Saturday 19 January 2013

Wahai adik-adikku, sekiranya adik berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah adik memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika adik berbakti kepadanya, dia akan melindungi adik
  • Jika adik rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan adik
  • Jika adik memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu adik
  • Jika adik menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada adik, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan adik
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik pada adik, dia akan menutupnya
  • Jika adik meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
  • Jika adik berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan adik
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa diri adik, dia akan meringankan kesusahan adik
  • Jika adik berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kata-kata adik
  • Jika adik merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu adik
  • Jika adik berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantu adik menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat 
  • Dia mendorong adik mencapai kejayaan di dunia dan akhirat..

No comments:

Post a Comment