Cinta dan kasih bagai umpanan merimbun merentap
keinginan manusia memilikinya. Manusia mahu mencintai dan dicintai.
Kasih mahu di kasih tanpa terkasih. Banyak sasterawan ahli puitis
memadahkan puisi kasih yang akhirnya persis kepada cinta kepada
Pencipta. Itu tak dapat dinafikan, itu cinta yang hakiki tiada
bantahan... aku juga akur kepada sang pujangga.
Memang
menjadi lumrah manusia diciptakan berpasangan, tapi bagaimana bisa kita
tahu mana satu pasangan kita? Aku kurang mengerti tak mungkin tak siapa
pun tahu bagaimana. Kadang kita sukakan seseorang tapi dia sudah
berpunya, kadang ada orang suka kan kita tapi kita tak suka kan dia.
Bagaimana hidup ini bisa dicerakinkan? Apabila kita suka kan seseorang
perlukan kita terus berusaha walaupun kita tahu dia sudah berpunya?
Pernah
ku terdengar kata-kata 'cinta tak semesti bersatu' dan 'love is letting
go'. Ya mungkin aku bersetuju. Apa yang penting ialah, kalau kita
cintakan seseorang kita mahu melihat dia bahagia walaupun bukan bersama
kita kerana kita kasihkan dia tanpa syarat. Tiada syarat untuk dia
bersama kita, buat apa kalau itu menambah deritanya.. Kita tak mahu
orang yang kita kasihi disakiti jauh sekali melihat dia menderita...
Cinta
yang ada jangan dikorbankan, biar di tolak, biar disisih jangan biarkan
ianya bertukar menjadi dendam. Semaikan ia sebagai kenangan,
bergembiralah dengan ia kerana cinta itu nikmat kebahagiaan. Doakan
mereka yang kita kasihi dan cintai itu bahagia dan kita pasti bahagia
dengan kebahagiannya. Apalah ada pada rasa marah, kecewa dan sedih dalam
usia yang sesingkat ini. Gunakanlah hidup ini sepenuhnya, buangkan rasa
marah apabila cinta kita ditolak, buangkan rasa kecewa apabila cinta
kita tidak dihargai, buangkan rasa sedih apabila cinta kita tak
terbalas..
Hiduplah sepenuh hati, cinta tak semestinya bersatu, mudah-mudahan engkau bahagia di samping keluarga mu..
No comments:
Post a Comment