Hari itu, aku ke doktor lagi. Sakit kali ini tidak tertahan. Makin lama
di tahan makin terseksa. Bulan lepas doktor memberitahu aku, benda itu
patut dibuang, kalau tidak pun mesti diubat. Lama-lama takut akan parah,
berjangkit ke semua tempat. Menggigil aku mendengarnya, sejuk kaki
tangan menerima berita itu. Adoooiiii….
Hari ini. Dengan langkah
longlai aku ke doktor semula. Kali ini aku pasrah, apa nak jadi,
jadilah. Aku kena terima! Sakitnya semakin menggunung, terasa semua urat
mahu putus. Tak tertahan beb, kepala rasa mau pecah.
Dengan
bertemankan dua orang sahabat, aku terpaksa ‘memberanikan’ diri. Hanya
mereka yang tahu penyakit aku ini. Psssttt… dorang jer yang tau!
Merekalah sahabat dari dulu, kini dan selamanya, kut…. Menangis bersama,
ketawa mereka kuat sikit dari aku. Aku sedih dorang pun sedih. Aku tak
makan, dorang belikan makanan. Aku susah, dorang hulurkan bantuan. Bak
kata, hujan ribut petir panas taufan kami tetap bersama. Tapi malam2
dorang ngn bini dorang laaaa…
Tangan dah sejuk, kaki menggigil. Rasa
nak lari keluar pun ada. Ishh… lambatnya nurse nak panggil nama aku.
Wajah doktor semakin menghantuiku. Kalau ikutkan hati mahu saja aku
tangguhkan appointment dengannya. Mesti sakit, mesti perit… aduh,
takutnya!
Aku pandang kedua sahabat, mereka tersenyum. Aku pandang
lagi, mereka paling muka ke arah lain. Aku tahu mereka tidak mahu aku
gugup, resah gelisah menghadapi kenyataan ini.
Akhirnya… namaku
dipanggil. Rasa nak pitam. Aku tarik baju sahabat di sebelah. Dia
mengiringi aku ke bilik rawatan. Aku takut! Dia pujuk memberi semangat
pada aku. Kini aku berada di depan doktor, airmata mula bergenang.
Gunting, segala besi tajam, jarum juga berada di depan aku. Sahabat
setia aku telah keluar dengan arahan nurse. Hanya aku dan doktor yang
tinggal di bilik itu. Wajahnya yang segak selama ini aku pandang, dah
bertukar macam muka hantu yang menunggu masa mencekik mangsanya.
“Baring, jangan takut. Saya buat tak sakit…” Katanya lembut. Aku tarik nafas perlahan-lahan. Ku pejamkan mata rapat-rapat.
“Adoi… tolong!!!! Sakitnya tampal gigi!!!”
No comments:
Post a Comment