Tuesday 22 January 2013

DOA



Hari ini masih lagi meniti laluan mencari kehidupan yang lebih selesa dan stabil……Bila keseorangan mengulit kegelapan malam, aku teringat satu peristiwa zaman sekolah menengah dulu.Ia sesuatu yang baru kusedar hari ini.Sesungguhnya aku memang sayangkan insan yang telah melahirkanku ke dunia ini juga insan yang telah mengambil alih tanggungjawab membesarkan ku dengan cukup sempurna ini…….

Satu hari aku dikejutkan dengan kejadian ngeri terhadap seorang adik angkatku, Firdaus.Dia terlibat dengan kemalangan.Dia dilanggar oleh sebuah teksi ketika melintas sebatang jalan raya. Kejadian itu menyebabkan kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setibanya aku di hospital, aku dimaklumkan oleh doktor bahawa keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Aku segera hubungi ibunya,Rosiah yang juga aku panggil ‘mak’ dan terus beritahu kemalangan yang menimpa anaknya.

Hampir pengsan mak mendengar berita tentang anaknya itu. Mak segera bergegas ke hospital yang aku bawa anaknya selepas kemalangan tersebut. Berlinang airmata seorang ibu melihat keadaan anaknya.Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, mak tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.

Hari bertukar minggu,minggu berganti bulan, namun keadaan Firdaus tidak banyak berubah. Tiap-tiap hari mak akan dating menjenguk anaknya itu tanpa jemu.Dan setiap kali jugalah aku yang menjadi teman setia mak mengunjungi ruang wad hospital itu. Malah aku menjadi peneman sementara mak di rumah setiap malam kerana maka adalah ibu tunggal kepada hanya seorang anak tunggal iaitu Firdaus seorang…..Dan saban malam jugalah mak bangun untuk menunaikan soalat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Setiap malam, ketika keheningan malam, aku diperlihatkan linangan airmatanya…Mak merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.

Sehingga kini masih terngiang-ngiang rangkap itu…”Ya Allah ya Tuhanku..Kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku….Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku ayng Engkau kurniakan kepadaku…aku suapkan ke dalam mulutnya…Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusanMu!...Aku redho dengan qada’ dan qadarMu yaaaa Allah……”

”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”

“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”

“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….Amiin……….”

Keyakinan mak terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.

Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Firdaus menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.

Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak kini…….Sehinggalah 5 tahun lepas.

Suatu hari, mak yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Firdaus masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya sampai mak menghubungiku memaklumkan keadaannya.Aku memarahi Firdaus kerana tidak beritahu hal itu padaku.Katanya “Mak sakit tua je.Biasalah….”

Hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.Firdaus segera bergegas ke hospital.Namun dia sempat hubungi aku dan aku bergegas ke hospital. Di situ, aku dapati keadaan mak semakin lemah. Nafas mak turun naik. Doktor memberitahu bahawa mak sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Mak akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.

Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Firdaus terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;

“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk mak, maka Engkau matikanlah makku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”

Sungguh aku terkenangkan saat peristiwa itu hari ini. Kenapa hari ini baru aku dibuka hijab olehNya tentang kewarasan akal dan kesedaran ini.Baruku Nampak, begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.

Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.

No comments:

Post a Comment