Thursday 24 January 2013

Hebat


Abang masa bersekolah dulu, semasa tinggal di asrama ingin berkongsi satu kisah yang sampai sekarang abang azamkan dan semat dalam hati abang. Yang abang mahu jadi HEBAT seperti ini dalam hidup beragama.

Ketika itu, kami semua baru selesai solat Maghrib secara berjemaah. Dan kebiasaan, waktu ini hampir semua pelajar asrama sekolah kami akan tetap di masjid bagi mengikuti sebarang program masjid di antara Maghrib dan Isya'. Akan tetapi, ditakdirkan malam itu masjid dan hampir keseluruhan asrama kami terjadinya blackout..dan kami semua terpaksa bergelap dan masih lagi tetap berada di dalam masjid. Memandangkan ketika itu abang masih lagi dalam tingkatan 2, menulis tazkirah yang diberikan di dalam buku tazkirah amatlah WAJIB ketika itu ibarat kalau tidak menulis, teruklah KAMU!!(Dulu pelajar tingkatan 1 dan 2 wajib penuhkan buku nota yang disediakan oleh Biro Kerohanian sebagai pengisian...Skang tak taulah...SMAKL ku rindui.....ahaks!)

Namun, dalam keadaan bergelap macam mana kami mahu menulis?? Jadi, kami dengar je la tazkirah yang akan diberikan nanti. Lama juga kami menunggu untuk senior-senior naik ke hadapan( Waktu tu senior lah yang akan menyampaikan tazkirah) dan memberikan pengisian..dan kami terus menunggu...tunggu dan tunggu....tunggu....

Tunggu punya tunggu, naik la seorang senior kami ini. Memang ditunggu juga senior ini (Abang Zuwairi Zakwa...TQ dan juga dirindui...) naik bercakap dan berkongsi tazkirahnya. Selalu ada makna disebalik tazkirahnya.

Macam biasa, bermula tazkirahnya. Dalam keadaan bergelap, angin sepoi-sepoi bahasa, lampu jalanan sebelah memberikan cahaya kami yang di dalam masjid yang bergelapan..satu-satu point tazkirah kami dengar..dan yang satunya ini abang amat tertarik dan akan ingat sampai sekarang..

"..........kita hidup atas muka bumi Allah ini, biarlah kita yang sentiasa terpilih. Biarlah kita yang sentiasa berjaya disaring oleh Allah dalam apa jua kerja dan lapangan yang kita buat. Lebih-lebih lagi dalam kerja dakwah Allah s.w.t. Kalaulah dalam 100 orang yang mahu berjuang, sekiranya 50 orang yang terpilih, biarlah kita ada sama dalam 50 orang itu. Kalaulah dalam 50 orang ini, hanya tinggal 25 orang, biarlah kita ada sama dalam bilangan 25 orang itu. Dan kalaulah dalam 25 orang itu nanti, tinggal 10 orang sahaja, biarlah kita juga ada dalam bilangan 10 orang itu..dan sekiranya akan ada tinggal seorang sahaja nanti dalam misi mahu berjuang dalam jalan Allah ini, biarlah seorang itu adalah KITA..inilah kerja orang-orang hebat..dan dia yang hebat inilah..akan menuju ke SYURGA Allah s.w.t yang juga HEBAT!!...."


Abang ketika itu dalam keadaan bergelap, satu-satu dapat mengingat ayat-ayat ini. Tapi kantoi sebab bila balik ke dorm, abang tak salin semula ke dalam buku tazkirah abang. Dan paling kantoi sebab bila kena check dengan AJK Biro Kerohanian, tak siap dan kena denda!!!hehee...Nampaknya saringan tak berjaya ini,huhu..........(Tapi tanpa denda tu mana mungkin abang ingat sampai sekarang...Syukran jazilan...)




No comments:

Post a Comment