Tuesday 1 February 2022

KENAPA BUDAK-BUDAK SELALU KACAU KITA


Pernah satu masa dulu Abang Has notice wife Abg Has (skrg dh exwife la😁) macam nampak garang dengan anak-anak bila anak-anak play around her dan tanya itu ini. 


Abg Has perhatikan je. Sebab she is always the cool version of me.

Ohh i know why. So i said to her,

"Yunk, if you tak nak rasa annoyed, put down your phone dan enjoy the moment dengan budak-budak ".


Yes I know sebab Abg Has sendiri pun biasa dalam keadaan macam tu.

Satu tangan pegang Aurora.

Satu tangan pegang phone.

Kadang tak buat apa pun. 

Just scrolling Facebook or IG.


Aurora akan merengek-rengek.

Bangun duduk bangun duduk tak jadi.

Eeee awat nya hang ni dik😂


Tapi Abg Has dah lama belajar untuk cepat sedar situasi macam ni.

Letak phone ke tepi.

Fokus dekat dia.

Agah dia. Main dengan dia.

Terkekek-kekek dia gelak.


Orang selalu cakap pasal effect of screen time pada budak-budak.

Tapi kita tak sedar effect of screen time pada adult.

Pada parents.


Banyak dah kajian tunjuk screen time dan media sosial ni ada DOPAMINE effect dekat kita.


DOPAMINE ni adalah FEEL-GOOD chemical.

Dopamine ni buat kita rasa syok, rasa happy, khayal.

Dopamine ni macam dadah.

Kita jadi ketagih.

Kita nak lagi, nak lagi.

It makes us happy kan.

Budak or dewasa.

Effect nya sama je.

Dopamine equals to happy, khayal.


Sebab tu budak bila dah addicted dengan screen time, kita tarik gadget dari dia, dia mengamuk.

Siapa tak marah bila sumber kegembiraan dia dirampas dari dia kan.


Sama juga kita dewasa.

Kita main phone.

Anak datang kacau.

Kita rasa annoyed.

Kita yang kata dia kacau 

Padahal dia tengah tagih perhatian kita.

Siapa yang salah?

Anak or kita?


So put our phone away.

Kena latih diri untuk sedar dopamine effect ni pada kita.

Jangan sampai kita addicted.

Sampai rosakkan hubungan kita dengan anak-anak.


Main hp je pon. Stop la kejap😁😁😁
 

Tuesday 27 July 2021

BUKAN SALAH KITA TAPI KITA SALAH TEMPAT


Seorang bapa berkata kepada anaknya:

"Kamu lulus peperiksaan dengan kepujian, ini adalah kereta yang ayah beli bertahun-tahun yang lalu. Ayah sayang dan simpan untuk hadiahkan kepada kamu"


Si anak melihat kereta yang agak lusuh dan terbiar lama di garaj usang.


"Tetapi sebelum ayah berikan kepada kamu, bawalah ke kedai menjual kereta terpakai dan beritahu mereka bahawa kamu ingin menjualnya dan lihat berapakah nilai yang akan mereka tawarkan kepada kamu."


Anak lelaki itu pergi ke kedai kereta terpakai dan kembali kepada bapanya dan berkata:


"Mereka menawarkan saya 5000 kerana kereta itu tidak terjaga dan kelihatan sangat usang."


Si bapa berkata, "Cuba bawa ke kedai yang boleh di gadai."


Anak lelaki itu pergi ke kedai gadai. Kembali kepada bapanya dan berkata:


"Kedai itu menawarkan 500 saja kerana ia adalah sebuah kereta yang sangat tua."


Kemudian Si bapa meminta anaknya pergi ke sebuah kelab kereta dan menunjukkan kepada mereka kereta itu.


Anak lelaki itu membawa kereta itu ke kelab, kembali dan memberitahu bapanya:


“Beberapa orang di kelab itu menawarkan 100,000 untuknya kerana ia adalah Nissan Skyline R34. Kereta ikonik dan dicari oleh banyak orang.


Si bapa berkata kepada anaknya:


"AYAH NAK KAMU TAHU. TEMPAT DAN ORANG YANG TEPAT MENGHARGAI KAMU DENGAN NILAI YANG BETUL"


*****


Sekiranya kita tidak dihargai, jangan marah, ini bermakna kita berada di tempat yang salah.


Mereka yang benar kenal pasti tahu bagaimana untuk menghargai.


Jangan tunggu lama2 ditempat kita tidak dihargai. Jangan buang masa berurusan dengan orang yang tidak menghargai kita.


Credit : Mohamad Faidzal via Jipilli Saikar

Saturday 15 May 2021

SELAMAT HARI GURU












Dari subuh tadi dok cube mengingati insan2 yg berjasa dalam membentuk kejayaan DS pada hari ini. Sekarang baru abis ingat. So pada yg DS terlupe tu, tetap DS hargai.


Terima kasih atas ilmu2 korang untuk DS gunakan dalam mencapai kejayaan2 DS sehingga hari ini. Halalkan segalanya. 


Ya Allah,  Kau balasilah mereka ini dengan rahmatMu dan kasih sayangMu,  sebagaimana Kau berikan pada kekasihMu.....Allahummasolli ala Muhammad, wa ala alihi Muhammad....


Guru pertamaku dunia akhirat, Ayah n Mama. 

Guruku paling setia, kakak abang dan adikku. 

Rakan2 sepermainanku serta ibubapa mereka yg sering menegur silapku. 

Guru Pasti Al Huda,  Segambut. 

Guru SRK Batu Empat (2) Jalan Ipoh. 

Guru SMK Aminuddin Baki.

Guru SMAKL. 

Guru SMK Raja Ali.

Guru SMK Segambut Jaya.

Guru Tuisyen Cikgu Rohaya.

Guru Pusat Tuisyen Perijaya. 

Jurulatih PKSN. 

Guru Kolej Mara Seremban. 

Pensyarah Kolej Profesional MARA Melaka. 

Pensyarah Kolej IKIP Kampus Kuantan. 

Pensyarah Kolej MCS Banting.

Pensyarah UTM Space Jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. 

Pembimbing Motivasi Dr Hassan Ali. 

Pembentuk Disiplin Diriku Sarjan Lazim ATM. 

Guru Kehidupanku Pak Habib S.H.A.T.

Guru Dunia Konsultanku Abg Shah Sham. 

Guru Pertama Dunia Pemasaranku warga kerja Legend Worldwide Holidays Berhad. 

Guru Pemasaran Dalam Talianku warga Perfect Editions (M) Sdn Bhd. 

Guru Dunia Insuransku warga Symphony House Bhd. 


Guru Millenium Bisnesku Dato Rozali Che Pin, Pn Ainon, DAO, UAI, UIK, UAK, Cgu Jinggo, Parlindungan Marpaung, Mujahid NSH, AirLiurEmas, Normah Nordin FINAS, Mama Erma Fatima, K. Murali Abdullah, Ahmad Suhandi Zakaria, Jalaluddin Md Lela, Dr Mazlee A1 Niaga, Ir. Taufik Sevenoak, Wainie Vini Sinun Kaleerful, keluarga KCW, keluarga Homestay Sg. Sireh, keluarga Master Trainer Consultancy, keluarga Smartgen Consultancy, keluarga CSQ Training, keluarga Luxor, keluarga Alpha Lipid, keluarga HiGoat HR Marketing, keluarga Menara HLA, keluarga Lampberger, keluarga HP Tower n keluarga Safeguard Securicor. 


Guru hidupku yg ku tak lupakan,  arwah pakcik Bakar, arwah Abuya, arwah Azli Paat, arwah Harun Salim Bachik, arwah Tok Teh Pah, arwah Ayah Long Osman Zakaria, arwah Pak Yus Jambu, arwah Tok Abu, arwah Pak Nuar, arwah Kak Masjuraini... Al Fatihah... 


Guru ku yang menyumbang dalam keluasan fikirku,  kawan2 sekolah, kawan Taman SPPK, kawan kolej, kawan2 Rejimen Askar Wataniah dan Rejimen Semboyan ATM, kawan persilatan Kegayungan Helang Putih dan Raja Sakti, kawan Balai Adatku, kawan Dendang Anak, kawan sekerja, kawan perniagaan, kawan pasar malam,  kawan ekspo dan karnival, kawan kursus2 perniagaan, kawan kursus NLP, kawan kursus PLF, kawan LCCI, kawan Tawau, kawan MLM ku, kawan insurans ku, kawan2 telesales n telemarketingku,  kawan2 timesharing ku, kawan2 PKSN yg kurindui, dan kawan2 kampung ku... 


Guruku yg menyumbang dalam ketajaman fikirku, senior sekolah ku, senior kolej ku,  senior tempat kerjaku,  senior MLM ku,  senior dalam industri perniagaanku, senior jemaahku dan senior forex. 


Guruku yg menyumbang dalam kedalaman fikirku, isteri2 n anak ku, adik2 angkat ku, anak2 angkatku, anak2 muridku di sekolah, pelajar2ku di IPT,  pelajar2 ku di dalam program dan kursus2 kendalian ku dan anak2 didik ku dalam bidang perniagaan yg telah berjaya kini. 


Guru yang baru hadir dalam hidupku, Hazalina Hamzah isteri tercinta yang telah, sedang dan akan mengajarkan ku lebih banyak ilmu dalam seluruh kehidupan bersamanya...


Terima kasih Allahku. Kau datangkanku ilmu melalui QuranMu, Sunnah RasulMu dan mereka2 semua yg hadir dalam hidup ku sehingga hari ini.... 


SELAMAT HARI GURU.....

Wednesday 24 February 2021

JANGAN MENGAKU KALAH

 


Kalau ikutkan, banyak perkara kita nak buat. Kita nak bahagiakan semua orang yang kita kenal dan mengenal kita. 
Kita nak turutkan semua pinta mereka. Kita nak 'memberi' lebih banyak berbanding 'menerima'. 
Kita nak orang tak menyesal mengenal kita. 

Namun, kita punya kelemahan.
Banyak kekurangan. Kita ada keterbatasan. 
Kita sedih, kerana tak mampu turutkan apa yang orang lain hasratkan. 
Kita serba salah tak mampu
menghulurkan bantuan seperti
yang sesetengah orang harapkan. 
Kita jadi ralat harus bertingkah 
bagaimana, demi memuaskan
hati semua orang. 

Allah... 
susahnya. 
Adakala terfikir.  Lebih baik berkawan dengan warga rimba
di hutan. Mungkin tak adalah nak
pening kepala sangat untuk 
fikirkan apa cara untuk  membahagiakan mereka. 

Aduh, jangan begitu diri. 
Janganlah memilih untuk berlemah.
Memilih untuk 'berkalau-kalau'. Teruskan berjuang, jalan terus meluru ke hadapan. Di mana saja yang ada dijanjikan redha Tuhan. Tak apa, usahakan yang termampu.
Tak banyak tak apa. Tak besar tak 
apa. Sedikit yang ada, itu jauh lebih
baik jika diikrarkan dengan jiwa - 
lillahitaala......