Saturday 26 January 2013

Kadang-kadang....



Syukur Alhamdulillah….Sakit batu karang ni hilang serta merta bila disuntik tadi. Sedang aku duduk sambil menunggu untuk mengambil ubat di kaunter farmasi Hospital Selayang ni,seorang doktor bergegas melintasi aku dengan tergopoh-gapah.Agaknya menerima panggilan untuk pembedahan emergency kot...Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Aku nampak seorang lelaki yang agak berusia sedang bermundar-mandir di depan bilik tersebut.Mungkin juga menunggu kehadiran doktor.
Selepas nampak doktor, lelaki itu menjerit :
“Mengapa lambat sangat?
Doktor tak tahu ...nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak de rasa sebarang tanggungjawab?”
Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan:
“Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.”
“Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAH DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!” jerit bapa budak itu lagi.Terkejut juga aku masa tu. Tapi doktor tersebut boleh tersenyum dan berkata :
“Saya akan berpegang pada ajaran Islam – dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan…Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InsyaAllah.”
Lelaki itu masih tidak berpuas hati dan terus berpaling melintasi aku sambil bersuara rendah : “Mudah bercakap pasal nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”
Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria.“Alhamudulillah. Anak saudara selamat!” Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, “Ada apa-apa tanya jururawat saya.” Bapa budak tadi terserlah riak wajahnya menunjukkan rasa tersinggung,
“Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya?” kata bapa itu ke jururawat…Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, “Anak doktor Hisham meninggal semalam…accident… beliau tadi di majlis perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis bedah, doktor kena gegas untuk balik mengebumikan anaknya.”
Aku tergamam begitu juga kulihat lelaki itu. Tiada kata-kata yang keluar dari mulut bapa kepada seorang anak itu…….
Manusia biasa melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan kanan…ada pula yang pandai melihat dari atas dan melihat dari bawah terhadap sesuatu perkara…. Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri._ALLAHHUAKBAR….

No comments:

Post a Comment