Kenapa adik-adik perempuan abang ada kelebihan ini...........................
Banyak wanita menyatakan bahawa susahnya menjadi seorang wanita:
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu minta izin dari suami apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima warisan kurang sedikit dari pada lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas dan lain-lain.
Tetapi. PERNAHKAH KITA LIHAT KENYATAANNYA ?
1.
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan
ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata yang
sama bandingannya dengan seorang wanita.
2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada Ibunya 3 kali lebih utama daripada Bapanya ?
3.
Wanita menerima warisan kurang sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah
bahawa harta itu akan menjadi miliknya kerana suami apabila menerima
warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya
?
4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan
anak, tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk,
malaikat dan seluruh mahluk Allah dimuka bumi ini, dan tahukah jika ia
meninggal kerana melahirkan adalah syahid dan surga menantinya.
Diakhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita, iaitu : Isterinya, Ibunya, Anak Perempuannya dan Saudara
Perempuannya. Bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung
oleh 4 orang lelaki, iaitu: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan
saudara lelakinya.
5. Seorang Wanita boleh memasuki pintu Syurga
melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan 4 Syarat saja,
yaitu : Solat 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, taat kepada Suaminya dan
menjaga Kehormatannya.
6. Seorang lelaki wajib berjihad di
jalan Allah, sementara bagi wanita jika taat kepada suami serta
menunaikan tanggung jawabnya kepada ALLAH SWT, maka ia akan turut
menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad di jalan
Allah tanpa perlu mengangkat senjata.
No comments:
Post a Comment