Thursday 24 January 2013

Penyakit abang......

Aduh. Kasihan abang. Nampaknya, penyakit ini datang lagi kepada abang. Sudah pelbagai cara abang buat. Sudah pelbagai kaedah abang cuba kurangkannya. Namun apabila di saat memerlukan begini, ia datang. Bagaikan payah mahu dielak, ia tetap datang juga.

Masa abang belajar di sekolah menengah dulu pun sama. Tak kira siang, malam pasti ia akan datang. Pernah abang dimarahi kerana penyakit ini datang. Ada kawan abang pun sama. Kadang-kadang, kami semua ada juga pernah didenda sama-sama.

Yang paling tak tahan, kalau di sekolah waktu kelas seorang ustaz ini. Namanya ustaz tuuuuuttt(tiba-tiba censor,hehe..) pasti abang akan datang penyakit ini. Yang tak tahan, baru aje 10 minit kelas itu berlangsung. Kadang-kadang sampai satu tahap, abang memang setiap minggu akan diejek oleh ustaz ini. Sebab dia dah tahu kalau waktu dia mengajar, penyakit ini pasti akan datang pada abang dulu. Pening-pening kepala den..huhu.

Tapi kalau kelas subjek lain, tiada la pula macam ini. Penyakit tidak pula mahu datang. Kalau subjek kira-kira, subjek tambah tolak darab bahagi, sihat segar bugar sahaja abang. Aaa..lupa. Ada satu lagi subjek, subjek Science orang puteh kata. Selalu juga datang penyakit begini.


Abang teringatkan kawan abang yang seorang ini. Dia pun sama ada penyakit ini. Bila datang penyakit ini, datanglah apa-apa pun tergolek ke, orang menjerit ke, memang dia macam itu juga.
Masa matrik pun sama. Pernah juga datang penyakit ini. Bersama geng-geng Pantai Timur, pernah satu meja kuliah kami didatangi penyakit ini. Adik pernah rasa penyakit ini??

Ada sekali tu masa kat U pun sama....
"Are you sleepy...?," tanya seorang rakan baru abang, Rastell Bachiuglu,bangsa Nigeria selepas kelas pertama.

" Not just sleepy, dreamie too, hehe...," abang menjawab dengan jawapan sambil gelak ringkas. Dia bertanya sebab dia pun tertidur juga masa kelas tadi. Kelas pertama abang, abang sudah buat onar dengan penyakit ini. Baru sahaja 20 minit, tengkuk ini sudah rasa mahu lentok. Tiba-tiba sahaja mahukan bantal.

Bantal,oooo...bantal,hehe...

Nasib baik di sebelah abang ada kawan yang sama 'tough' macam abang juga. Ameen namanya. Dia punya tangan sekali karate atas tengkuk abang terjaga sampai habis kelas,hehe.Syukran jazilan Ameen. Tapi alhamdulillah, untuk kelas kedua dan seterusnya abang dapat berjaga dengan baik. Mungkin sebab kesan abang berehat dan tidur serta makan sahaja dalam dua bulan sebelum ini abang senang mengantuk dalam kelas. Harap esok tidak begini lagi. Kalau masih begini, teruk abang  !!!huhu..

Tip-tips elak tidur dalam kelas.

Masa jadi guru dulu, selalu juga marahkan pelajar sebab tertidur dalam kelas. Maaf la ye pelajar-pelajar abang. Sebenarnya best juga tertidur dalam kelas ini,hehe. Tapi jangan selalu amalkan, ingat tuh!!huhu..
Abang sempat baca tips ini dalam Majalah 3G (Gah, Gempak dan Giler). Mungkin boleh diambil iktibar oleh abang khususnya dan adik-adik yang membaca blog ini amnya. Ada beberapa tips iaitu:

~bila rasa mengantuk sila buat senaman(berpeluh sakan la pasne,hehe..)

~beri izin kepada kawan sebelah untuk karate tengkuk anda(boleh patah ni,huhu)

~beritahu pada cikgu/tutor/pensyarah anda mengantuk dan minta dia bagi apa-apa tugasan segera (tak habis la kelas dok main macam ni,huhu)

~dan Gelak, Golek dan Golek atas lantai confirm tak tidur dah sebab malu (macam-macam la,hehe..)

Apa-apa pun, kalau ada yang baik ambil sahaja kan. Kalau tak, jadikan bacaan tambahan kita sahaja. Sebab ini majalah humor, mesti mahu dibuat untuk humor kita juga kan.

Mudah dan senang. Usahakan untuk jangan tidur dalam kelas semasa cikgu/tutor/pensyarah adik sedang mengajar. Kerana abang sentiasa ingat pesanan senior abang tentang hal ini (walaupun tidur juga,huhu.). 


Kita jangan sama sekali ponteng untuk ke kelas. Kalau ke kelas, jangan pula kita tidur semasa pensyarah mengajar. Sebab ilmu ini ia akan kembali kepada asasnya iaitu keberkatan untuk mendapatkannya. Walaupun kita cerdik pandai dan mungkin boleh melebihi ilmu orang yang mengajar kita, namun konsep keberkatan itu lah yang akan menjadikan kita seorang yang lagi BERILMU............

No comments:

Post a Comment