Thursday 24 January 2013

SERIUS.JANGAN SERIUS.COM

Memang abang selalu terkena kalau cakap pasal serius. Lebih-lebih lagi masa jadi tutor di sebuah kolej swasta dahulu. Pernah pertama kali masuk ke kelas, semua pelajar untuk subjek Human Resource Management tiba-tiba senyap sedangkan sebelum itu mereka dok bising je. Abang masuk dan buat-buat macam senyap, depa pun bersama senyap. Barangkali depa terkejut abang masuk dan bagi salam dengan suara macho kononnya,hehe..


Abang perkenalkan diri. Salam juga diberi.

" Emm..nama saya Mohd Hasifi, kamu boleh panggil saya En. Hasifi. En.Has pun boleh. Nama lain selain dari nama itu tak dibenarkan. Yang penting, saya nak dalam kelas ni, jangan tidur-tidur curi masa saya mengajar. Nak tidur juga, sila angkat tangan. Saya bagi tidur. Tapi kalau lepas tu kamu tak faham, kamu kena buat-buat faham sendiri lah," ucap pertama abang bekerja sebagai tutor.


Depa
pelajar masih lagi senyap. Mungkin intonasi abang serius lagi kot.

" Saya pelik, kenapa muka kamu semua macam takut-takut?," abang pula kena triggerkan suasana konon-konon ceria.

" Ingat, saya ni muka je nampak garang, badan je sedikit besar (sambil depa boleh mula gelak kat abang) dan insyaallah, saya ni baik hati orangnya," lagi depa dah lebih gelak pula. Dan abang tiba-tiba pula masuk bakul lepas tu angkat sendiri,hehehe..

Bukan apa, abang hanya mahu cetuskan suasana riang-riang. Tiada takut-takut dengan pengajar dan juga yang diajar. Tambahan lagi, dicampur dengan muka abang yang nampak serius, memang lagi banyak abang kena triggerkan suasana sebegitu.

Tiada apa-apa pun kaitan tulisan tajuk kat atas dengan alamat web ke atau selainnya. Cuma, suka abang tuliskan di sini, lebih-lebih kepada ex-pelajar abang (sebab abang kuat dok kempen kat depa suruh masuk blog abang,hehe..) dan juga bakal pelajar abang nanti, abang memang serius juga. Tapi tiada lah pula mahu serius sampai mahu makan orang barangkali,hehe..

Apa-apa pun, ada dua orang bekas pelajar abang ini(Abang ada juga view blog depa ni) selalu juga ceritakan bila abang bawa mereka jumpa kawan-kawan abang la dan macam-macam. Cerita yang hampir sama. Cerita tentang masa depa first time masuk kelas dengan abang, abang nampak garang dan serius la. Kadang-kadang abang naik malu sebab ending cerita itu mesti dia nak ceritakan abang ini tiada lah garang sangat, tiada lah serius sangat. Baik hati sebenarnya. Malu juga seh,huhu..Tapi takpe, mereka memang pelajar yang baik.

Abang sebenarnya nak cerita pasal akhlak dan tingkahlaku kita sebagai manusia..Biar ada 3D dalam diri kita.Disayangi, Dihormati dan Disegani.....

Jangan terlebih serius, jangan pula tak serius langsung. Sebab orang yang mahu bawa agama itu harus ada jiwa keduanya. Jadi lah kita semua semacam Umar Al Khattab r.a. Garangnya di siang hari bagaikan singa di rimba kerana berjuang pada jalan Allah, tapi malamnya pula bagaikan hamba abdi yang terus memohon dan meminta ampun padaNya dengan hati yang lembut dan juga sebagai hati seorang makhluk ciptaanNya. Wallahu'alam.............



No comments:

Post a Comment