Saturday 19 January 2013









..... hidup umpama suatu percaturan yang harus dihadapi oleh setiap manusia… manusia akan lebih semangat dan ceria dalam hidup jika “jiwa”nya hidup..andai manusia sudah mati jiwanya..umpama dia “bangkai hidup”..

Begitu juga dengan aku..apa yang aku alami dulu hingga kini..Aku tahu itu semua ujian dariNya..namun kadang kala aku tak dapat nak fikir lebih dari itu..kadang kala aku kalah dengan emosi aku sendiri.. seolah-olah malas untuk berjuang dalam kehidupan yang sementara ini..

Maafkanlah aku Ya Allah....
aku tidak mahu KALAH dalam percaturan hidup ini.. tabahkan diriku ini.. walau sebanyak mana dugaan yang menimpaku..aku tahu Engkau masih sayangkan diriku ini.. akan tetapi masih banyak nikmat yang masih dapat kukecapai.. nikmat iman dan keyakinan padaMu..

Mungkin Engkau mendugaku…ku tahu itu adalah ujian dariMu.. bila mengingatkan ujian atas kasih sayang manusia..aku tak terdaya..andai jodohku telah tiba, aku mohon Engkau jodohkanlah aku dengan isteri yang solehah...isteri yang bila ku pandangnya, aku sentiasa mengingatiMu..dan andainya aku tahu aku tak ada hak untuk dijodohkan dengan sesiapa yang layak denganku..aku terima Ya Allah.. mungkin ini adalah kifarah atas segala dosa-dosaku yang lampau..mungkin juga ujian untuk melihat ketabahan dan kekuatan jiwa hambaMu ini..

Tidak banyak yang ingin kupohon dariMu..
kuharap andai ini semua telah ditakdirkan untukku hadapi semasa hayat ku atas dunia ini…..
berilah aku sedikit masa dan peluang untukku membahagiakan semua insan kesayanganku.. sahabatku dan adik-adikku tercinta...

No comments:

Post a Comment