"Aku rasa macam susah je aku ni nak
dapat rezeki. Cuba sana tak dapat. Cuba sini tak dapat. Alih-alih, aku
je yang banyak habiskan duit dan tenaga. Orang lain, sekali cuba macam
terus dapat. Orang lain, tak cuba pun tapi akhirnya dapat pula.
Cemburu itu tetap ada. Dengki itu pasti ada pada orang-orang sebegini. Abang bukan wali mahupun orang yang selalu kuat amalan pada Tuhan. Abang manusia biasa. Makan minum pun abang buat sendiri. Tapi bila bab-bab macam ini, abang rasa macam abang ni tiada tempat pada pandangan Tuhan. Abang juga solat. Abang juga berzikir. Abang juga buat macam orang-orang Islam lain buat.
Bab-bab macam ini, abang rasa abang lah manusia yang paling teruk. Sudah berapa kali abang cuba, last-last abang tak dapat juga. Abang juga dah belajar banyak tips-tips untuk interview. Tapi akhirnya abang tewas juga. Orang lain tiada lah sampai macam abang. Senang-senang je dapat kerja.
"Payah sangat ke nak bagi senang sikit dapat kerja ni???? Ya Allah, kau dengarkah rintihan hati ku ini," rintih abang suatu ketika dulu tatkala berbulan-bulan menghabiskan masa bertemuduga.
Cemburu itu tetap ada. Dengki itu pasti ada pada orang-orang sebegini. Abang bukan wali mahupun orang yang selalu kuat amalan pada Tuhan. Abang manusia biasa. Makan minum pun abang buat sendiri. Tapi bila bab-bab macam ini, abang rasa macam abang ni tiada tempat pada pandangan Tuhan. Abang juga solat. Abang juga berzikir. Abang juga buat macam orang-orang Islam lain buat.
Bab-bab macam ini, abang rasa abang lah manusia yang paling teruk. Sudah berapa kali abang cuba, last-last abang tak dapat juga. Abang juga dah belajar banyak tips-tips untuk interview. Tapi akhirnya abang tewas juga. Orang lain tiada lah sampai macam abang. Senang-senang je dapat kerja.
Muhammad terus bergerak menuju ke Taif. Dakwah ini harus disebarkan. Setelah penduduk Mekah menolak dakwah Muhammad s.a.w., Muhammad terus bergerak. Tiada apa yang mahu disesalkan lagi. Islam harus disebarkan. Sikap tidak putus asa Muhammad, sebagai ummat harus diteladani. Kesungguhan untuk menyebarkan deenul Islam, perit jerih yang ditagih, harus ditonton oleh semua umat Muhammad.
Setelah kematian isteri kesayangan, Siti Khadijah dan juga Abu Talib bapa saudara baginda, sebaran ke Taif terus digagahkan. Agar dengan harapan Kaum Thaqif dapat menerima Islam setelah Mekah menolaknya. Tidak semua menerima Islam di Mekah. Setelah Islam diwajibkan oleh Allah s.w.t untuk disebarkan secara terus terang.
Sehinggakan pada satu masa....
" Wan, kau ada kenal tak siapa-siapa yang boleh tolong untuk bantu dapat apa-apa?," tanya abang.
" Takde la pula aku tahu. Kau cuba la dulu. Buat betul-betul. Mesti dapat punya," Wan memberikan penyelesaian ringkas.
"
Bukan apa, nak buat betul-betul itu boleh. Cuma aku tak yakin la boleh
dapat. Macam-macam orang sekarang guna cara. Dari guna orang tengah
sehinggakan macam-macam lah untuk dapatkan ia," abang terus
menyambung hal ini.
"
Kalau macam itu, kau guna lah satu talian yang memang kau tak akan kena
bayar. Lagi-lagi, 24 jam kau boleh guna talian ini," Wan memberikan satu
lagi penyelesaian.
" Apa tu Wan? Apa nama talian tu? Ada yang aku tak tahu ke?," tanya abang. Semangat pula abang ini.
"
Gunalah talian terus dengan Allah s.w.t. Terus tanpa halangan. Mohon
lah padaNya. Minta lah segala apa yang kau nak minta. Kau pun tahu,
dengan Allah s.w.t. ini anytime kau
boleh minta, masalahnya kita sahaja yang tidak mahu yakin dan tidak
memintanya dengan bersungguh-sungguh. Usaha kau dah buat betul-betul.
Lagipun kalau kau tak dapat apa yang kau minta nanti, paling kurang kau
tidak ada rasa bersalah dengan siapa-siapa. Kau yakin ke dengan guna
orang tengah atau apa-apa pun cara lain atas nama makhluk, kalau kau tak
dapat apa yang kau mahu kau akan redha begitu saja? Aku rasa tidak.
Mesti kau akan tak habis dok
marah-marah kan orang yang kau minta tolong ini. Tapi dengan Allah s.w.t
lain. Insyaallah, kalau bukan sekarang rezeki kau, insyaallah kita
beriman dan percaya, satu masa nanti laluannya akan dibuka dan
dijelaskan jua. Kalau tidak di dunia, kita juga beriman bahawasanya di
akhirat nanti ia juga boleh ditunaikan. Yang penting, kau beriman dan
yakin padaNya setelah puas kau berusaha untuk mencubanya," tegas Wan
membasuh fikiran abang ini.
" Mohon lah padaNya," akhirkan perbualan Wan.
Abang senyap tidak berkata. Mungkin berasa malu setelah banyak hal mahu hanya bergantung kepada makhluk semata. Lupa, kita masih lagi bertuhan Allah semesta Alam yang menciptakan segala dan Maha Pemberi Rezeki sebenarnya.
Setibanya
di Taif, lain pula yang disangkakan oleh Baginda Muhammad s.a.w. Kaum
Thaqif ini terus terang mahu menolak apa yang di bawa oleh baginda
Muhammad s.a.w. Mereka menolak dakwah baginda secara kasar. Mereka
mengajar anak-anak mereka dengan membaling batu-batu ke arah Muhammad
s.a.w. Anak-anak ini sememangnya menyakiti baginda. Sudah lah baginda
baru sahaja kehilangan dua orang tersayang, ditambah dengan apa yang
berlaku kali ini, begitu menyebabkan baginda Muhammad sakit dan lagi
berdukacita.
Anak-anak ini membaling batu sehinggakan baginda Muhammad s.a.w. mengalir darah hingga ke kakinya. Mengalirnya darah Muhammad yang suci akibat dilontar oleh anak-anak yang tidak bersalah. Mereka cuma dihasut oleh mereka yang dewasa. Dewasa kaum Thaqif yang mahu secara terang menolak agama yang suci ini. Sehinggakan baginda berlindung di satu kebun. Bagi mengelakkan ia berlaku lagi teruk. Baginda dilayan sebegitu teruk sekali oleh kaum Thaqif. Begitu tidak sepatutnya layanan yang diberi.
Sehinggakan baginda menadah memohon..
" Kau tak mahu balas apa yang mereka dah buat pada kau?," tanya Syed pada abang tatkala lamaran abang ditolak oleh sebuah keluarga dulu..
" Apa kau nak aku balas? Kau tak tahu ke negara kita ada undang-undang. Kau mahu aku masuk penjara kalau aku balas balik, " bentak abang.
" Apa kau nak aku balas? Kau tak tahu ke negara kita ada undang-undang. Kau mahu aku masuk penjara kalau aku balas balik, " bentak abang.
"
Bukan apa, dia dah jatuhkan maruah kau. Dia kutuk kau. Dia caci kau.
Nasib baik je dia tak gunakan fizikal untuk menjatuhkan maruah kau. Aku
memang tak boleh kalau orang perlakukan macam ni pada kau," serius Syed
menerangkan.
"
Biarkan lah Syed. Mungkin ini yang harus aku terima. Bukan mahu
mengalah, mungkin ada jalan dan usaha lagi baik di hadapan sana nanti.
Kau pun tahu, si Muna itu adalah antara pilihan keluarganya. Tambahan
lagi, Muna itu adalah salah seorang wanita yang ada atas muka bumi ini.
Bisa ada orang lain yang boleh gantikan.(Kata-kata sindir abang dah kuar dah masa tu....)
"
Caci ke, keji ke, apa-apa pun aku kena terima. Mungkin ini yang telah
ditulis oleh Allah di sana. Di Luh Mahfuz. Skrip cerita aku mungkin
berbeza dengan orang yang memiliki si Muna itu. Mungkin aku kena lalui
banyak lagi cabaran-cabaran lain untuk mendapatkan jodoh. Ala..jangan
bimbang lah Syed. Bak kata orang Melayu kita, bunga bukan sekuntum.
Nanti kalau dah jumpa bunga yang sekuntum nanti, biar lah bunga itu
mekar juga di samping senang di sunting. Tak mahu lagi aku bermain-main
dalam hal ini.
"
Aku, kau mahupun sesiapa pun nanti semuanya telah ditulis skrip
hidupnya. Kau kahwin dengan siapa, anak berapa, mati nya bila malah
rezeki nya macam mana. Cuma kau juga tak boleh putus asa atas apa yang
berlaku. Aku juga begitu," tegas abang panjang lebar.Entah mana dapat ilham berceramah tu pun tak tahulah.....
"
Baik lah kalau begitu. Memang kau seorang yang sabar bro. Kalau aku,
dah lama pecah muka orang tu. Bukannya bagus sangat depa tuh," marah
lagi Syed ni.
" Sabar bro. Sabar," nasihat abang biarpun riak muka menunjukkan tidak apa-apa tetapi sebenarnya ada juga sedih pada diri abang.
" Ya Allah, berikan aku kekuatan, " abang bermonolog sendirian.
" Sabar bro. Sabar," nasihat abang biarpun riak muka menunjukkan tidak apa-apa tetapi sebenarnya ada juga sedih pada diri abang.
" Ya Allah, berikan aku kekuatan, " abang bermonolog sendirian.
Baginda
mengangkat tangan memohon padaNya. Doa ini antara doa yang paling
menggetarkan jiwa pada mereka yang selalu susah hati, selalu berasa mahu
putus asa. Biar dalam apa keadaan sekalipun. Dalam dakwah, dalam
kehidupan..betapa hidup perlu terus biar apa yang terjadi.
"
Ya Allah aku mengadu pada-Mu kelemahan kekuatanku, sedikitnya
kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang
Maha Pengasih, Kamu lah Tuhan golongan yang lemah dan Kamu juga Tuhanku.
Kepada siapa Kamu serahkan aku? Kepada orang jauh yang memandangku
dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya
Kamu tidak murka padaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa) . Namun
keselamatan daripada-Mu lebih melapangkan aku. Aku berlindung dengan
cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan
dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada kemarahan-Mu atau
kemurkaan-Mu terkena kepadaku. Kamu berhak untuk mencela aku sehingga
Kamu redha. Tiada kuasa dan juga tiada kekuatan melainkan dengan-Mu"
Doa ini dipanjat baginda Muhammad. Penuh kekhusyukkan dan penuh sifat hamba dan sebagai Rasul pilihanNya. Agar apa yang berlaku di Taif ini adalah satu cabaran yang perlu dihadapi selagi ini bukan lah kemurkaan dari Allah s.w.t..
Maka,
turunlah malaikat untuk membalas atas apa yang telah dilakukan Kaum
Thaqif terhadap baginda. Diriwayatkan, Jibrail memohon untuk meminta
cara macam mana untuk menghancurkan kaum ini. Mahu laga kan bukit antara
penempatan Taif ini atau macam mana? Namun, baginda terus menunjukkan
sifat pemaaf dan santunnya. Biarpun berdarah kaki baginda, baginda tetap
optimis untuk menghalang Jibrail perlakukan sebegitu rupa. Baginda
optimis bahawa satu hari nanti akan lahir tokoh-tokoh Islam dari kaum
Thaqif dan juga dari Taif ini. Dan sirah terbukti tentang hal ini.
Segalanya tercatat dalam sirah..
Apa lagi mahu kita fikirkan. Bahawa baginda tetap teruskan juga walau apa yang terjadi. Yang penting, jangan lupakan permohonan kepadaNya setelah terus berusaha ye adik-adik sayang.....
No comments:
Post a Comment