"Kito jange bui(beri) bola tanggung, nanti kan
kena smih(smash) sedap," teringat kata-kata sahabat abang dalam teguran
bila mana berlaku dalam satu peristiwa dahulu. Ini maksudnya jangan kita
berani untuk berada dalam kena TANGGUNG kalau kita tidak bersedia dalam
keadaan pandai menJAWAB.
TANGGUNG + JAWAB
Apabila berada di dalam bidang terjun mengajar ini, selalu dan sentiasa berada di dalam macam bola TANGGUNG. Bukan kerana tidak pandai menJAWAB akan tetapi situasi yang memaksa untuk berada dalam keadaan semacam bola TANGGUNG. Sentiasa kena tegur, sentiasa kena marah dan sentiasa kena perli. Tetapi lama kelamaan ini nampak best je.hehehe..
Pandai
menJAWAB satu hal, tapi satu hal yang penting adalah biarlah kita
menJAWAB apabila dalam keadaan yang memerlukan. Janganlah kita menJAWAB
sebarangan sedangkan banyak hati kawan, sahabat, ketua dan siapa-siapa
sahaja yang dalam sekeliling kita ada terasa. Sama-sama kita renungkan..
TANGGUNGJAWAB
Amat
sesuai, ambillah jalan untuk jadi lebih berTANGGUNGJAWAB. Insyaallah
apabila kita berada dalam semacam bola TANGGUNG pun kita tahu ini
tanggungjawab kita yang menyebabkan berlaku sedemikian. Jika kena
menJAWAB pun, kita tahu kita menjawab kerana atas dasar keperluan bukan
kerana sebarangan. Dan kerana TANGGUNGJAWAB juga lah kita boleh dan
perlu untuk menJAWAB.
Dan
ingatlah pesan Nabi kita tentang tanggungjwab. Bahawasanya
tanggungjawab akan sentiasa diperhatikan dan akan dipersoalkan oleh Maha
segala Maha di akhirat nanti..
No comments:
Post a Comment