Adakah adik telah terdidik untuk kembali kepada fitrah sebenar kejadian adik, atau adik kembali kepada diri adik yang asal tanpa perubahan atau lebih teruk dari itu???
Ya Allah, jauhilah adikku ini dari syaitan yang direjam!!!!
Adakah adik menjaga seluruh anggota badan adik dari melakukan perkara-perkara mungkar...
Ya Allah berikanlah kekuatan untuk kaki ini terus melangkah dan berada di jalanMu.
Moga kita semua dipelihara, dan di jauhkan dari tipu daya syaitan dan manusia.
Umur
kian meningkat, usia menuju penamat dan ajal semakin dekat. hidup hanya
berbaki sisa. Moga adik tahu dan sedar hakikat dan tujuan hidup yang
sebenar dan mati dalam khusnul khatimah......
" Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. "
( 185 : سورة آل عمران )

Moga adik kuat untuk melawan anasir-anasir jahat dari luar dan dalam.
Harap adik-adik saling ingat memperingat, dan saling bantu-membantu untuk menjadi manusia dan hambaNya yang bertakwa.....
(1-3 : سورة العصر )
No comments:
Post a Comment