Thursday 24 January 2013

Semangat

Waktu semakin lama abang berkecimpung dalam bidang blog ini...sesungguhnya ini adalah blog yang ke 32 bagi abang...tak perlulah tahu blog2 abang yang lain sebab blog yang lain khusus untuk pemikiran dan ideologi yang lain...setiap blog yang abang karang pasti dengan semangat, personaliti dan pemikiran yang berbeza kerana bukan abang menghadapi kecelaruan identiti, cuma abang sedang belajar menghayati setiap personaliti agar mudah menjalani kehidupan yang penuh denga pelbagai jenis manusia ini....Dalam menaip saban hari ini,kadangkala abang juga terasa bosan dan seperti tidak dihargai...Kadangkala hilang pula niat asal untuk menulis ni dek kerana tiada respon atau komen dari sesiapa.....Namun berkat ingatan terhadap seseorang yang pernah abang temui...kata-katanya menjadikan abang sentiasa bertahan bertahun2 hingga sekarang.....
 
"...kita sekali dah buat blog atau apa-apa yang sama dengannya, kita kena teruskan menulis. Jangan kita mengambil perkara ini dengan mudah. Kita menulis dan tengok tiada orang mahu baca. Komen pun jarang-jarang. Kadang-kadang tiada. Kadang-kadang orang yang sama. Lepas itu kita pun mahu stop menulis. Jangan begini. Insyaallah, mesti ada antara ramai yang dah jadi silent reader. Mungkin ada mereka yang selalu buka dan membaca apa yang kita tulis. Update lah semampu mungkin. Jangan sampai ada yang dah mula mahu jadi pembaca setia tapi kita pula dah tak mahu update kan blog kita. Teruskan menulis..."

No comments:

Post a Comment