Tuesday 15 July 2014

Titisan Airmata di Bazar Ramadhan.................

Assalamualaikum w.b.t. Setelah sekian lama Abang Has menyepi kerana disibukkan dengan urusan duniawi, akhirnya Abang Has diluangkan sedikit masa untuk mencoretkan pengalaman yang bagi Abang Has amat bermanfaat untuk dikongsi.

Bila masuk bulan Ramadhan, sememangnya menjadi rutin harian Abang Has mengambil peluang berniaga di bazar Ramadhan yang diakui menjadi tumpuan warga Malaysia tiap-tiap petang....hendaknya... Masuk ni Abang Has dah 4 tahun Abang Has meniaga kepak ayam madu hasil ciptaan sahabat yang amat hebat yang Abang Has kenal sejak 8 tahun dulu. Tahun ini Abang Has berniaga di Rawang pula setelah menjadi raja ayam madu di bazar-bazar sekitar Kuala Lumpur pada tahun sebelum ini.

Tapi bukan pasal keseronokan berniaga yang nak dikongsi kali ini. Tapi satu cerita di sebalik penat berniaga pada hari ini. Seperti biasa Abang Has akan tiba di lokasi pada pukul 2 petang setelah menghantar stok di beberapa cawangan yang sejalan dengan lokasi Abang Has beniaga. Bila sampai perkara pertama yang Abang Has buat adalah membersihkan pemanggang dan peralatan yang masih belum dicuci ketika habis berniaga semalam. Sedang Abang Has mencuci peralatan tu, Abang Has melihat seorang lelaki yang berpakaian lusuh sambil membawa beberapa beg plastik berisi pakaian(Nampak macam pakaian terpakai) sedang berjalan melintasi deretan kedai bersama dua orang kanak-kanak perempuan yang berkaki ayam.

Ketika Abang Has sedang menghidupkan arang di atas pemanggang, lelaki itu menghampiri Abang Has.Sambil tersenyum dia berkata "Susah juga ya nak bakar arang ni. Kalau tak betul caranya tak hidup baranya kan." kata dia memulakan bicara. Abang Has cuma iakan sahaja kata-katanya itu. Selepas itu dia membebel-bebel pula pada dua kanak-kanak perempuan yang membontotinya sejak tadi itu seperti seorang cikgu yang sedang menerangkan proses sains pada anak muridnya. Kenapa Abang Has cakap macam tu? Ye la..Abang Has dengar butir-butir katanya itu ada sebut perkataan 'api' la, 'oksigen' la,.....

Pastu Abang Has pun tanya siapa budak-budak tu. Dia jawab anak-anak dia.Abang Has pun teruskan kerja seperti biasa dan mengharap sangat lelaki itu dan anak-anaknya beredar cepat. " Abang tahu tak saya dapat baju ni dari pekerja-pekerja Aeon kat sana tu tadi", tiba-tiba dia buka cerita pula."Baju-baju ni walaupun bukan baru tapi boleh lagi dipakai.Cuma nak kena pilih saiz yang sesuailah kejap lagi" Abang Has cuma mengangguk.

Tiba-tiba salah seorang kanak-kanak perempuan tu menjerit kesakitan di sebelah lelaki itu. Rupanya dia terpijak bara arang yang Abang Has hidupkan tadi. Biasanya ada ketulan-ketulan kecil bara arang akan bertaburan di bawah pemanggang. Kebetulan pula dia berada terlalu dekat dengan tempat pemanggang. Dek kerana tak berkasut, maka kakinya menjadi mangsa bara arang pula. Abang Has terus mendekati kanak-kanak perempuan itu yang sedang mengaduh menahan kesakitan. Abang Has dudukkan dia di belakang van yang telah dibuka pintunya. Abang Has angkat kakinya untuk melihat keadaan."Tulah, kenapa tak pakai selipar. Kalau kaki adik ni kebal lainlah. Nasib tak luka, cuma merah je. Kejap lagi hilanglah sakit tu."Abang Has pun terus tinggalkan dia di situ bersama seorang lagi kanak-kanak perempuan dan lelaki tadi dan terus naik masuk ke kedai 2 ringgit yang berada betul-betul di belakang gerai Abang Has meniaga tu. Abang Has terus beli 2 pasang selipar yang bersaiz kanak-kanak dan terus kembali ke gerai untuk dapatkan mereka.

"Nah, pakai selipar ni.Lepas ni kalau nak berjalan pakai selipar. Jangan dibiar budak-budak ni bang. Abang selipar pakai tapi anak-anak dibiarkan macam ni", bebel Abang Has pada lelaki itu. Abang Has terus beralih menyambung kerja Abang Has dan lelaki itu juga meminta diri."Terima kasih ye. Assalamualaikum"....dia memberi salam sebelum beredar. Abang Has menjawab salamnya dan terus buat kerja tanpa menghiraukan mereka selepas itu.

Sepanjang hari itu Abang Has tak putus dikunjungi pelanggan. Lepas seorang, seorang lagi. Bila ada masa terluang sekejap, Abang Has keluarkan telefon unuk melihat jam. Dah pukul 6.30 petang. Abang Has menjenguk tong ayam, masih banyak ni. Dalam hati Abang Has berkata, hari ini pasti ayam tak habis dijual.Tapi seperti biasa juga Abang Has sentiasa redha dengan rezeki yang diperolehi setiap hari.

Beberapa ketika kemudian, seorang pelanggan lagi berkunjung ke gerai Abang Has. " Ye , bang. Nak kepak ayam ke? Satu RM1.50, tujuh RM10 bang.Abang nak berapa puluh ringgit?" Seperti ayat-ayat yang biasa Abang Has ucapkan kepada pelanggan setiap kali ada yang menyinggah.lelaki berkopiah dan berjubah putih  itu cuma tersenyum.Eh! Macam kenal je lelaki ini.Tapi di mana ya. "Kalau saya nak kepak ayam ni untuk 60 orang makan masa berbuka ni dan seorang dapat 2 ketul rasanya cukup tak?Sempat tak siap dibakar sebelum berbuka nanti?" terkejut Abang Has. Rezeki tak disangka. Apa lagi Abang Has kata bolehlah. Abang Has terus keluarkan baki ayam yang ada di dalam tong tersebut dan mula memanggang ayam-ayam itu. Sambil tu Abang Has bertanya pada lelaki berkopiah itu." Banyaknya abang beli. Ada jamuan ke?". "Taklah, saya beli ini untuk semua 60 orang anak-anak saya."

Biar betul anak sampai 60 orang.Hati Abang Has berkata-kata begitu. Lelaki itu berkata-kata lagi. Mungkin dia tengok cara Abang Has macam tak percaya sahaja." Anak-anak tu semua anak yatim piatu. Saya ambil mereka dan jaga di rumah saya sendiri. Cuma sekarang ni masih dalam proses nak dapatkan hak penjagaan dari Jabatan Kebajikan Msyarakat untuk anak-anak ini. Sebahagian besar adalah anak-anak sahabat saya yang telah meninggal dunia kerana penyakit kanser...." , cerita dia panjang lebar. Baiknya lelaki ini. Abang Has pun timbul niat macam tu jugadalam hati kecil ni. " Habis macam mana abang dapat dana untuk jaga mereka semua ini? Banyak diperlukan tu untuk makan minum diorang."" Alhamdulillah, saya masih berada di kalangan masyarakat yang suka membantu. Seperti awak yang tolong belikan selipar untuk anak-anak saya tadi." Ya Allah, Abang Has tak perasan. Lelaki berkopiah dan berjubah putih dan wangi di depan Abang Has sekarang ni adalah lelaki yang berpakaian lusuh bersama anak-anaknya yang Abang Has bersua tengahari tadi.

"Saya percaya, Allah akan bantu saya untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak ini.Buktinya apa yang awak buat tadi tu bukan kehendak awak tapi kerana Allah yang menjentik jiwa awak. Saya sangat-sangat berterima kasih dan bersyukur kerana berjumpa awak tadi. Sebenarnya dua anak perempuan tadi saya baru ambil dari seorang perempuan India yang sangat susah. Dia menjaga anak-anak tu sejak ibubapa mereka meninggal dalam satu kemalangan.Mereka tu jiran perempuan India ni. Dan boleh dikatakan semua penduduk di kawasan semak tu adalah orang yang tiada lagi saudara mara yang boleh mereka harapkan..." bila habis bicara lelaki itu, Abang Has pun telah siap menyediakan semua ayam yang diminta lalu menyerahkan kepada lelaki itu." Ambillah bang. Saya belanja." kata Abang Has. Memang tersentuh hati Abang Has. Mengenai persoalan tentang lelaki itu berpakaian lusuh pada awalnya itu, Abang Has tak ak persoalkan dan bagi Abang Has pasti dia ada alasannya yang tersendiri. "Tak apa lah, hari ini saya bayar kerana ini hajat seseorang untuk memebri makan pada anak-anak ini. Jadi saya tunaikan hajat dia dengan membawa rezeki pada tuan hari ini. Kalau tuan nak belanja, datanglah pada bila-bila masa pun.Anak-anak ini sentiasa perlukan bantuan dari orang seperti tuan ini".Dia menghulurkan duit bayaran ayam tersebut dan berlalu pergi.

Abang Has menjeling pada tong ayam di tepi, dah kosong.Allah itu Maha Mengetahui. Insyaallah esok Abang Has akan berkunjung ke rumah anak-anak itu. Abang Has nak bantu semampu yang boleh. Masa buka puasa tadi, menitis airmata Abang Has bila kata-kata lelaki itu berulang-ulang di dalam kepala Abang Has. Banyak lagi yang Abang Has tak tahu rupanya....................

Sunday 25 May 2014

Cinta Dan Abang Has

Tak pernah pun terfikir nak jatuh cinta lagi. Semuanya kerana kesan-kesan negatif yang diperoleh daripada insan yang pernah dicintai dulu. Sudahnya jiwa bertekad untuk tidak bercinta lagi. Walaupun kehidupan alam cinta itu amat indah dirasakan pada masa dulu, walaupun usia percintaan itu sudah cukup lama dan penuh dengan kenangan, tapi kerana kekecewaan yang diambil dalam masa yang amat pendek itu, ia melenyapkan segala kenangan yang maha panjang dalam ingatan cinta tersebut.

Sebenarnya ada kesilapan di sebalik kebahagiaan itu, iaitu kepercayaan terhadap seseorang yang sepatutnya bukan semestinya dipercayai kita. Kepercayaan ini wujud kerana manipulasi perasaan kita yang penuh dengan kasih sayang sehinggakan dunia kita yang sebelumnya lenyap begitu sahaja seperti membuka dunia sendiri di dalam kelambu bilik.

Ketika ini kita lupakan sesuatu yang menjadikan kita cukup dengkel tentang kehidupan ini, iaitu menjadi kacang lupakan kulit. Rasanya sesiapa pun pasti masih tersisip ingatan tentang peristiwa lalu walaupun berpuluh tahun telah ditinggalkan. SIAPA individu pertama yang kita kenali melalui hati ini? Selepas itu SIAPA? Dan SIAPA pula yang mengenalkan kita tentang erti kecewa? Sedih? Hampa? Dan juga BAHAGIA?

Pastilah jawapan yang kita semua tahu. Abang Has juga akan jawab IBU. Tak kisahlah nak panggil mak ke, ummi ke, mama ke, .... tapi itulah insan yang paling lama kita kenali dan paling banyak mencurahkan ilmu kehidupan pada kita. Walaupun IBU ini bukan seorang guru di mana-mana sekolah, tapi dia adalah guru yang paling utama dalam pembentukan diri kita sehinggalah kita dijemputNya.

Kita akan berasa bahagia bila IBU merestui segala tindakan dan keputusan yang kita ambil. Kita akan rasa teramat bahagia bila IBU bertemu kita tattkala kita dirundung kesedihan mahupun kecelakaan. IBU akan kita titipkan dibibir tatkala perasaan kita terasa gundah, bukan sahaja ketika masih kecil malah bila dewasa kini, masih juga menjadikan IBU sebagai pengubat resah.

Namun fitrah ini bukan yang utama lagi bila seseorang yang menjadi impian kita muncul. Yang kononnya dicanang-canang bakal memberikan kebahagiaan sempuurna dalam diri manusia. Dialah pasangan sehati sejiwa yang dicari selama ini. Dialah bintang hati penyulam jantung kita buat selama-lamanya. Dialah yang digelar KEKASIH mahupun PASANGAN HIDUPku.

Ketika inilah timbul kepercayaan yang menjulang tinggi terhadap KEKASIH itu. Bila mana segala kata-katanya umpama sebutir mutiara yang mesti diagung-agungkan. Tindakan-tindakannya terhadap kita menjadi inspirasi buat pembakar semangat kita. Adapun kekurangan-kekurangannya kita bakar sekelip mata sehingga lenyap dari ingatan kita kerana bukti pengorbanan kita terhadap cinta yang tulus suci itu.

Dan ketika ini tiada siapa pun yang mampu mengingati seseorang yang lebih dulu kita kenal, lebih dulu kita cinta dan lebih dulu menyemai pengalaman indah kita........iaitu IBU. Masa percintaan kita menjadikan takhta IBU jatuh ke tempat kedua dalam carta sanubari kita. Apa yang diperkata oleh ibu mula dipertikai dan dibandingkan dengan KEKASIH kita. Apa pilihan yang diberi IBU mula disebariskan dengan pilihan sang KEKASIH. Nasihat IBU yang ada kena-mengena dengan KEKASIH dicicirkan tanpa mahu diambil kira kerasionalannya. Itulah dahsyatnya perasaan cinta jika diberikan pada insan yang tidak sepatutnya.

Sebenarnya cinta ini hanya untuk IBU dan ayah serta keluarga dan 'keluarga' sahaja. Kerana hanya mereka ini sahaja yang menghargai cinta kita dengan setulusnya.Hanya mereka sahaja yang akan menerima kehadiran kita dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.  Abang Has dah alami semua ini dan tahu kesilapan tersebut.

Tapi kini Abang Has pula sudah jatuh hati. Walaupun sekarang Abang Has akan jaga hati ini sebaik-baiknya, tapi itu belum mampu menjamin kisah cinta selepas ini Abang Has tak akan melakukan kesilapan lagi. Namun yang pasti Abang Has sahaja yang jatuh cinta. Si dia belum tentu lagi. Lagipun sikap Abang Has yang terlalu mererendah diri ini masih menebal. Abang Has masih merasakan diri Abang Has yang gemuk dan tidak tampan ini bukan pasangan yang dicari oleh si dia yang cantik menawan itu. Mungkin kerana selalu bertemu si dia di tempat kerjanya membuatkan Abang Has mengenal personaliti dan sikapnya yang bagi Abang Has cukup sesuai dengan kehendak Abang Has. Cuma Abang Has tiada kekuatan untuk kembali menggapai cinta. Insyaallah kalau Dia tetapkan si dia itu milik Abang Has, Dia akan permudahkan.

Tapi kali ini pasti Abang Has tidak mengulangi kesilapan lalu.............

Sunday 11 May 2014

TAK ADA SATU PUN IBUBAPA SEKARANG YANG ROTAN ANAK KERANA TIDAK SOLAT!




Di antara perkara yang Abang Has boleh lakukan untuk bantu anak-anak seagama menjadi insan yang soleh ialah:


1. Sentiasa berdoa untuk mendapat anak yang soleh. Doa itu senjata terpenting orang yang beriman.
2. Didik anak tentang solat & ibadah yang lain sejak kecil. Setelah beri ingatan & amaran, wajar rotan anak yang tak solat di umur 10 tahun. Ramai ibubapa yang rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10% ibubapa yang rotan anak sebab tak solat!!!
3. Biasakan anak mengamalkan sunnah harian-- makan & minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan, tertib tidur, dan sebagainya.
4. Pastikan anak-anak makan malam sebelum Maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas Maghrib buat anak mudah letih & mengantuk bila belajar. Makanan hadam sekitar 60 minit hingga 90 minit selepas makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan & fokus jika belajar 90 minit selepas makan malam. Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam & ikan. Daging merah buat anak panas baran & agresif. Pastikan mereka makan buah sebelum makan nasi agar badan dapat serap vitamin C yang ada dalam buah. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit. Makan buah selepas makan nasi adalah amalan yang sia-sia sebab badan tak dapat serap nutrien dalam buah bila perut dah kenyang!
5. Banyakkan memeluk & memuji anak. Anak yang sering dipeluk & dipuji atau dibelai akan tenang, kurang degil, rasa selamat & disayangi malah tak perlu nak buat nakal untuk tarik perhatian Abang Has.
6. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar/ mengaji. Ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
7. Beri anak makanan tambahan yang dapat menguatkan minda, tenangkan fikiran & stabilkan emosi. Cuba dapatkan Pil Minda HR (tel 014-6650511) atau makanan tambahan lain mengikut pilihan anda.
8. Cari peluang berjumpa guru-guru anak di sekolah tempat anak belajar. Minta nasihat & bimbingan tentang cara nak bantu anak belajar di rumah.
9. Bacakan di kepala anak: Surah Al-Fatihah, ayat qursi dan surah al-Insyirah untuk rangsang otak & memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, rajin ke sekolah & pintar. Bacakan waktu malam masa anak nak belajar atau waktu anak nak pergi ke sekolah atau bila-bila masa yang sempat.
10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agresif dan terlebih aktif.
11. Suruh anak tidur mengiring ke kanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur & ikut sunnah Nabi.
12. Pastikan rezeki yang Abang Has terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram & syubahah & keluarkan zakat pendapatan & zakat emas perak jika berkenaan. Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif & terlebih nakal.
13. Kenali kawan-kawan anak & ziarah ke rumah mereka untuk berkenalan dengan ibubapa kawan-kawan anak.
14. Doakan guru-guru, kawan-kawan anak & jiran kita agar cemerlang & soleh. Insya Allah akan di aminkan malaikat & malaikat akan doakan kita MENDAPAT APA YANG KITA DOAKAN UNTUK ORANG LAIN!
15. Anak tak ingat apa yang Abang Has tuturkan, tapi anak mudah ingat apa yang Abang Has pamerkan. Justeru, Abang Has wajib pamerkan amalan & peribadi yang Allah redha.
16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (seperti bodoh, jahat, degil, malas, bengong, goblok!) dalam rumahtangga. Kata-kata ibubapa sperti Abang Has ini merupakan doa!
17. Padam semua kata-kata negatif yang pernah disebut kepada anak-anak dengan memohon maaf & memuji anak dengan jelas. Contohnya," Abah minta maaf sebab kata kamu bodoh. Sebenarnya anak abah ni pandai.Anak abah selalu buat homework sebelum abah suruh, solat sebelum mama berleter, layan adik dengan baik & tak menjerit.". Ikut kajian psikologi, satu pujian yang jelas akan MEMADAM 300 KUTUKAN YANG LALU! Maha Suci Allah SWT.
18. Abang Has takkan mampu MENGUBAH ANAK-ANAK! Tapi bila Abang Has berubah, Allah akan ubah anak-anak. Justeru, Abang Has selami diri secara bersepadu agar Allah ubah anak-anak jadi hebat & cemerlang.
19. Abang Has JANGAN MENGHARAP ANAK-ANAK BERUBAH, SEBELUM IBUBAPA SPERTI ABANG HAS BERUBAH DULU!
20. Setelah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan, Abang Has BERSERAH KEPADA ALLAH SWT.
21. Abang Has BERPESAN KEPADA DIRI ABANG HAS & KEPADA SEMUA SAHABAT TERSAYANG UNTUK SAMA-SAMA BERUSAHA mendidik anak menjadi anak-anak yang Allah redha. Aminn, Wassalam....

 

Wednesday 7 May 2014

Rindunya Pada Arwah Mama.......

Suatu ketika dulu, Abang Has pernah dijemput menjadi seorang penemuduga bagi sebuah syarikat gas dan minyak terkemuka. Abang Has hanya berperanan sebagai penilai dari aspek personaliti dan karektor calon-calon yang hadir di dalam temuduga tersebut.Pada pagi itu, berlangsunglah temuduga di dalam bangunan syarikat tersebut. Selain Abang Has, terdapat lagi 3 penemuduga yang merupakan pegawai atasan syarikat tu termasuklah pemili syarikat itu sendiri yang begitu berkarisma dari pandangan Abang Has.Abang Has panggilnya Tan Sri je.
Semasa menemuduga salah seorang calon,  Tan Sri tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.
Tan Sri itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."
Tan Sri bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."
Tan Sri meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."
Tan Sri meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.
Tan Sri berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"
Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."
Tan Sri seolah-olah tidak menyukai gadis itu yang mungkin baginya seorang yang pentingkan diri sendiri. Memang betul pun gadis itu Abang Has lihat sangat mementingkan diri sendiri. Namun Abang Has rasa sifat itu boleh diubah. Lalu Abang Has memberitahu Tan Sri yang Abang Has mempunyai satu permintaan terhadap gadis itu, Abang Has menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan ibunya apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula keesokan harinya.
Terpancar di wajah gadis itu seperti merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersihkan tangan ibunya.
Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.
Abang Has menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu Tan Sri bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"
Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."
Tan Sri itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"
Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Tan Sri itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."
Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat sampailah sekarang.
Sebenarnya beberapa hari yang lepas Abang Has terserempak dengan gadis tersebut ketika makan di sebuah restoran. Malah gadis itu yang menegur Abang Has, kalau tak mungkin Abang Has tak perasan. Gadis tu tiba-tiba mengucapkan terima kasih pada Abang Has. Katanya kalau tak kerana Abang Has membuat permintaan semasa temuduga dulu, pasti dia tidak berada ditempatnya sekarang.
Gadis itu menceritakan kisah pada malam selepas temuduga itu.Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.
Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari airmatanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.
Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan inilah yang bersusah-payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.
Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.
Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.
Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.......


Teknik Menjawab Soalan Memang Mudah Sangat!!!!

Teknik menjawab soalan ni sebenarnya semuanya sama je. Tak kisahlah yang sedang amik UPSR ke, SPM ke, Diploma ke, Ijazah ke.......Yang pasti Abang Has dah buat semua tu dan semuanya Abang Has buat perkara yang sama.Abang Has kongsilah sedikit sebahagian ilmu teknik belajar kali ini yang adalah serba sedikit dicedok dari idea orang lain. Namun intipatinya sama seperti apa yang terbuku di dalam hati Abang Has...

TEKNIK PERTAMA UNTUK SOALAN YANG BERASASKAN KEFAHAMAN DAN FAKTA.

Teknik ini sesuai untuk pelajar yang menghadapi peperiksaan bercorak menguji kefahaman dan teknik hafalan.Kedua-dua perkara ini sangat penting untuk membantu mereka menjawab soalan dengan berkesan. Bagaimana nak menghafal buku setebal buku sekolah tu kalau masa peperiksaan dah makin hampir?


Okay…langkahnya mudah… bagi mereka yang mahu menghafal tu… ambil fakta-fakta sahaja untuk soalan yang bercorak fakta seperti Sejarah, Geografi, dan mata pelajaran Sains Tulen… Ingat..cuma fakta sahaja. Masa yang terbaik untuk anda mula menghafal adalah dari jam 12-3 pagi…itupun setelah dipastikan bahawa anda sudah tidur sebelum itu…seelok-eloknya tidur selepas waktu isyak sebelum pukul 10…. 


Kenapa perlu tidur? Okay…otak perlukan rehat…bila anda mahu menghafal…pastikan otak anda sudah dapat berehat walaupun cuma 1-2 jam… itu sudah memadai… masa bila otak dapat berehat? Jawapannya semasa tidur kan? 


Bila sudah bangun tidur…apa-apa pelajaran yang diperolehi semalam telah dihadam oleh otak… formula-formula..peristiwa-peristiwa yang berlaku…semuanya sudah dihadam… jika anda tidak tidur… otak akan terus bekerja…sehingga tiada masa untuk menghadam maklumat yang diperolehi sebelum itu….


Ambil contoh zaman sahabat dulu…bagaimana mereka boleh menghafal al-Quran sedangkan mereka hiasi malam mereka dengan bangun bertahajjud? Bagaimana mereka boleh ingat kesemuanya? Itulah jawapan kepada persoalan anda. Tidur jangan berlebihan…


Bila anda bangun dari tidur…otak anda sudah sedia untuk menerima maklumat-maklumat baru yang lebih segar…jadi bila anda ulang topik yang sama berulangkali…otak anda akan mampu mengingatinya dengan lebih berkesan. Tidak kira berapa banyak sumbatan maklumat yang anda masukkan…selagi ianya berulang…selagi itulah ia terus dijadikan daya ingatan…


Teknik menghafal adalah teknik yang paling sukar untuk diamalkan…namun amat mudah jika kita faham betul2 langkah-langkahnya…


Teknik Menjawab Soalan yang berunsur kuantitatif seperti Matematik, Fizik, Matematik Tambahan dan sebagainya....


Teknik ini bukan sahaja memerlukan daya pengiraan yang tinggi…tapi apa perlunya jika sekarang ini semuanya bergantung kepada kalkulator? Siapa yang paling bijak di dunia sekarang ini jika keputusan peperiksaan dia dapat banyak A tapi gagal dalam kaedah mengira? Kalkulator dengan otak…mana yang lebih pantas? 


Ada seorang individu di dunia ini yang kiraannya menggunakan otak lebih pantas dan tepat daripada menggunakan kalkulator…rumus-rumus dan formula-formula hanyalah menyebabkan kita menyerapnya sahaja…tanpa tahu apa fungsi setiap huruf dan angka dalam rumus tersebut…


Jadi..hafal sahaja rumus itu…dan siapkan kalkulator anda…kelak amat mudah untuk anda menjawab semua soalan yang diajukan kepada anda di dewan peperiksaan…


Teknik menjawab soalan Sejarah?


Ini teknik pelik…dalam sistem pemarkahan sejarah…berapa banyak dan panjang pun jawapan sejarah anda…tapi kalau perkataan yang terdapat dalam skema jawapan tidak ada di dalamnya… mana mungkin anda akan dapat markah bukan? Kasihan…Tapi itulah hakikatnya…sistem pemarkahan yang pelik ini digunakan dalam sistem pendidikan Malaysia… Cukup hanya dengan satu ayat ringkas…anda dah dapat markah… tak perlu panjang berjela-jela…hehe…


Bagi soalan berasaskan pilihan. Anda kena guna daya ingatan dan hafalan anda untuk menjawabnya.


TEKNIK ABANG HAS


Teknik yang Abang Has gunakan sangat lain..Abang Has lebih gemar menjawab soalan sebanyak mungkin..dan seterusnya menyemak jawapan tersebut di skema jawapan. Jawapan yang Abang Has dapati itu  dibandingkan dengan jawapan yang tertera… 


Jawapan itulah yang menjadi rujukan Abang Has…. tapi itu dulu…ketika bank soalan peperiksaan sangat banyak mengambil tempat…tapi yang paling penting adalah soalan-soalan peperiksaan yang lepas… jawab semuanya…lagi banyak soalan-soalan peperiksaan yang boleh anda kumpul dan jawab…lagi tinggi peluang untuk anda menjawab dengan lebih berkesan. InsyaALLAH…


Sebagai contoh…anda ditanyakan soalan…anda tak tahu jawapan…anda semak jawapan..dan anda tahu… atau anda menghadapi masalah…anda tak tahu jalan penyelesaian…anda semak masalah-masalah lepas yang mungkin sama dengan apa yang anda hadapi hari ini… dan anda dapat jalan penyelesaiannya… mudah bukan??


Menjawab peperiksaan ini sama sahaja dengan menyelesaikan masalah-masalah yang anda hadapi di dunia ini mahupun dalam dunia buatan anda sendiri… benar kan??


Makanya…apa tunggu lagi… jawablah soalan banyak-banyak…ekekeke….


Sekian…selamat maju jaya… Dari Abang Has yang mula sibuk yang teramat sangat dengan program-program untuk mendidik anak bangsa.....

Monday 21 April 2014

TERIMA KASIH CIKGU......

Ceritanya.......
Semalam,

Ada mak bapak yang datang meradang,
Menghentak meja,bersuara lantang,
Meluah rasa menjeling pandang,
Kecil hati tak diundang,
Marah benar bila dibuang,
Macam amuk pemain bola dibuang padang.....


Ceritanya.......
Semalam,

Maruah Abang Has diejek-ejek,
Dikata tak layak jadi pendidik,
Ijazah yang ada sekadar dikelek,
Masa mengajar dipendek-pendek,
Pengalaman yang ada disukat cetek..
Telinga Abang Has mendengar jelek..

Ceritanya....
Hari ini,

Ada murid yang datang lewat,
Sedangkan rumah duduknya dekat,
Abang Has pun tanya kenapa liat,
Hari-hari lambat, ke mana solat?
Muka murid tersenyum kelat,
Otak murid berfikir ligat,
Nak gentar apa,Abang Has tak boleh nak sebat,
Paling kuat pun tulis nama dalam buku lewat.....

Ceritanya,.....
Hari ini,

Abang Has mengajar di depan kelas,
Ada murid di belakang bersembang bebas,
Ada kerja untuk satu kelas,
Tapi yang siap tak sampai sebelas,
Marah Abang Has bagai diberkas,
Niat di hati mengajar ikhlas,
Yang rajin hanya tiga belas,
Yang lain malas!

Ceritanya,....
Nanti,

Tatkala keputusan keluar,
Satu sekolah berdebar-debar,
Mak bapak tak sabar-sabar,
Mesti kepututusan anak aku bikin gempar...
Silap-silap masuk surat khabar..

Ceritanya,......
Bila keputusan mula diumumkan,

Anak dapat cukup-cukup makan,
Anak nangis mintak ehsan,
Bukan apa takut balik dirotan,
Anak dipujuk,Abang Has dipersalahkan,
Konon Abang Has tak berkelayakan,
Ilmu yang ada tak cukup padan..
Mak bapak melepas baran,
Anak aku bukan sebarangan,
Lahir dari keturunan tuan-tuan,
Patut dapt keputusan number one..

Ceritanya......
Hari ini,

Hati Abang Has mendidih-didih,
Mak bapak tak tau berterima kasih,
Hati cikgu mana tak sedih,
Tapi cikgu macam Abang Has hatinya jernih,
Marah pergi sejuk diraih,
Biar mak bapak makinya berbuih,
Nawaitu Abang Has bersifat bersih..
Luhur hatinya tetap ditagih,
Hari ini,Abang Has berterima kasih..
Pada guru yang berperit jerih,
Yang tak pernah letih,
Bukan wang ringgit yang cikgu ketagih,
Cukuplah sekadar terima kasih......

Friday 18 April 2014

APA ADA PADA NAWAITU.........

Berdecip-decip bunyi kedengaran bila sang bibir menongkah udara tatkala disedut dalam ruangan yang terhad. Sebenarnya Abang Has tidak mudah berpatah balik bila jalan yang Abang Has pilih dulu mula diharungi. Abang Has tidak mudah berpaling tatkala kaki melangkah di atas laluan yang ditekadkan walaupun kedengaran suara yang dirindui di pangkal jalan.

Bila berpisah dulu, cukuplah dirasakan pengalaman yang tersemat di hati ini dalam jilid rumahtangga Abang Has. Dan tatkala itu Abang Has tekad memindahkan sang nama yang pernah disayangi itu ke kotak fikiran semata-mata tanpa memberi sedikit ruang untuk nama itu tersemat di hati. Abang Has nekad menjadikan nama dan pengalaman itu sebagai satu ilmu pengetahuan buat Abang Has mengharungi hari mendatang .

Benar, ia cinta pertama di dalam hati ini tatkala bersarang satu ikatan perhubungan yang sah malah sebelum itu dimulai dengan mengharungi hampir 7 tahun gelombang hubungan kasih kekasih yang maha indah dan banyak jua pahitnya. Benar juga ia amat memberi kesan di dalam matlamat hidup ini untuk menjadikannya satu pemangkin yang jitu dalam mengejar matlamat hidup Abang Has.

Ketika perpisahan itu, tiada lain yang Abang Has ingat melainkan zuriat yang diwujudkan bersama ketika bahtera masih gah di medan lautan. Rasa bimbang dan risau menyelimuti diri bila terkenangkan kehidupan Farisya, anakku yang satu....selepas peristiwa itu. Walaupun mama dan neneknya cukup dipercayai oleh jiwa dan akal Abang Has untuk menjaganya sebaik mungkin, tapi ada tersisip sedikit kemusykilan di dalamnya.

Bertahun lamanya mengembalikan diri dalam dunia solo ini membuatkan segala duka nestapa dapat dikuburi. Tiada lagi amarah mahupun kebencian di dalam diri Abang Has terhadap sang ibu itu lagi. Semuanya kerana kasih sayang terhadap anak yang satu, Nurfarisya Hanania.....

Semalam adalah satu calitan sejarah dalam diari kehidupan ku. Bila mana sang ibu menghubungi Abang Has..... Dipohon maaf dan keampunan untuk segala kehidupan yang bersama pada masa lepas.Ya, telah lama Abang Has maafkanmu sayang seperti mana maksud nama Abang Has sendiri, Hasifi iaitu KEMAAFANKU......Hati ini redha dengan kehendakmu untuk melayari bahtera rumahtangga buat kali kedua. Abang Has cukup gembira bagi dirimu sayang. Tidak terlintas sedikit pun rasa cemburu mahupun benci terhadap kehendakmu ini. Abang Has juga cukup memahami dan pernah juga hati ini mengharapkan dirimu itu ada pengganti yang lebih baik.

Namun bila dirimu lancar menitipkan kalimat "Syg sayangkan abang"........Seusai itu juga airmata Abang Has ini tumpah membasahi pipi. Tika itu juga Abang Has tahu kalimat keramat itu adalah yang terakhir Abang Has akan dengar dari dirimu untuk Abang Has.....Hari ini dengan izinNya dirimu akan dimiliki oleh sang suami yang lebih baik hendaknya. Abang Has mengharapkan ada sinar baru buat Farisya dan juga dirimu sayang, seorang insan yang pernah menjadi cinta pertama Abang Has, cinta sejati dan tulen dari lubuk hati yang ikhlas.....Semoga sayang bahagia sehingga ke akhir hayat....

Ikhlas dari hati ini untuk mu, Norharira Najaruddin............


Wednesday 16 April 2014

Jerung Yang Dicari

Sedang Abang Has termenung pagi tadi tatkala tersedar dari mimpi, Abang Has teringat satu dokumentari tentang sistem perikanan di Jepun. Orang Jepun memang suka makan ikan segar. Sampai satu masa bekalan ikan segar menjadi kurang dek kerana terlalu banyak permintaan dari pasaran Jepun. Maka nelayan Jepun mula meluaskan kawasan tangkapan ke laut dalam. Kapal menjadi semakin besar dan masa pelayaran menjadi semakin lama sehingga berhari-hari di lautan.

Namun masalah timbul bila ikan yang tiba di darat tidak segar seperti selalu.Orang Jepun tak suka makan ikan yang tidak segar. Lalu nelayan mula menyediakan tong ais yang banyak di perut kapal mereka agar ikan yang diperolehi dapat dibekukan sehingga sampai di darat.

Tapi jangkaan mereka meleset, orang Jepun tidak mahu ikan yang dibekukan tapi mereka mahu ikan segar. Akhirnya sang nelayan mula menyediakan sebuah kolam yang besar di dalam kapal mereka untuk memastikan ikan yang ditangkap kekal hidup sehingga tiba di darat.

Dan nelayan berjaya tiba di darat dengan tangkapan yang masih hidup untuk dijual kepada orang Jepun. Namun orang Jepun merungut kerana ikan yang diperolehi tidak sesegar ikan yang aktif di dalam laut. Ikan-ikan yang ditangkap itu hanya berdiam diri di dalam kolam dan itu menyebabkan rasanya dagingnya menjadi kurang segar.

Setelah segalanya menemui jalan buntu, tiba-tiba timbul idea untuk meletakkan ikan jerung kecil di dalam kolam tersebut. Walaupun ada beberapa ekor ikan di makan oleh jerung itu, tapi semua ikan yang lain berjaya sampai di darat dalam keadaan yang masih aktif kerana sentiasa berlari menyelamatkan diri dari dimakan jerung.

Orang Jepun juga sudah tidak merungut lagi kerana ikan yang diperolehi mereka segar sentiasa.

Dan Abang Has mula berfikir, kehidupan kita juga begitu. Kalau kita tiada cabaran masakan kita akan jadi orang yang berkualiti seperti mana ikan-ikan itu tadi. Jadi di mana jerung kita? Abang Has mahukan jerung di dalam kehidupan Abang Has agar perjalanan hidup ini menjadi semakin baik dan berkualiti. Janganlah kita memilih kehidupan yang terpisah dari sebarang cabaran.Kita mungkin akan jadi lesu dan minda kita tidak berkembang. Carilah cabaran yang mampu membina kehidupan kita sehingga mencapai satu tahap yang membanggakan. Abang Has nak cari jerung untuk hidup Abang Has ni? Bagaimana pula dengan anda?

Tuesday 1 April 2014

BAPA KITA BAGAIMANA?

Semalam berakhir sudah tarikh 30hb bagi bapa-bapa yang bekerja makan gaji. Teringat tentang seorang rakan yang datang meluahkan kekusutan di hati. Beliau merupakan seorang suami. Pada setiap 30hb, si suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk... sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan?
Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..
Sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak. Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genab Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....
Selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung Rm15.00 tu....Uaaaaa Uaaaaa..isteri ku sayang.....Begitulah realiti kehidupan seorang suami yg penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah kepadanya...Nak buat kerja lebih masa dan part-time nanti isteri mengeluh selalu tak lekat kat rumah...penat dia melayan kerenah anak anak sorang diri...tapi bila gaji tak cukup pun di sindir katakan suami tak jalankan tanggungjawab...bila mintak dibantu nanti di katakan itu tanggungjawab suami untuk sediakan nafkah anak isteri...lagipun dia katakan dah tlg bayarkan duit baby sitter yg sepatutnya tanggungjawab suami...
Kesimpulannya dan persoalannya bahagiakah suami itu atau dayuskah suami itu atau boroskah keluarga mereka ??Atau perlu mencari peluang utk berubah.
SATU LAGI PERSOALAN IALAH ADAKAH KITA SEBAGAI ANAK INI FAHAM KESENGSARAAN SEORANG AYANH INI?
INTAI-INTAIKANLAH.....

Wednesday 26 March 2014

PEKAK DEMI MENCAPAI KEJAYAAN...

Dalam meniti arus cabaran kehidupan ini , Abang Has bukan dijadikan pekak mahupun dipekakkan oleh sesiapa tetapi Abang Has sendiri yang memekakkan diri sebaik mungkin. Kerana untuk mencapai matlamat Abang Has yang sangat-sangat tinggi itu, Abang Has perlu mengelakkan diri dari dipengaruhi unsur-unsur negatif yang boleh menjatuhkan semangat .....

Pengajaran yang diperolehi dari cerita sang kodok satu ketika dulu.....
Begini ceritanya.... Terdapat segerombolan kodok yang berpusu-pusu melompat menuju ke satu tempat penghijrahan. Ketika dalam perjalanan dua ekor kodok terperosok ke dalam sebuah lubang yang amat dalam dan tebingnya yang licin....

Kedua-duanya cuba melompat memanjat disegenap tebing lubang tersebut menuju cahaya di permukaan lubang tersebut namun gagal mencapai puncak lubang tersebut.Kodok-kodok lain mula menghampiri lubang tersebut dan mereka melaungkan kepada keduanya dengan kata-kata berikut " Tak payah panjat lagi.Lebih baik mati sahaja". Kesemua kodok-kodok yang lain melaungkan ungkapan yang sama setiap kali kedua-dua kodok itu berusaha memanjat tebing lubang itu. Akhirnya seekor kodok di dalam lubang itu berputus asa dan melepaskan impiannya begitu sahaja sehingga sang kodok itu mulai jatuh lebih dalam ke bawah lubang tersebut dan hayatnya habis begitu sahaja.

Namun kodok yang satu lagi tetap terus melompat-lompat mendaki tebing lubang itu walaupun kesemua kodok di permukaan lubang itu melaungkan ungkapan yang tajam itu. Akhirnya si kodok itu berjaya juga memaut ke permukaan lubang itu dan keluarlah ia dari kesengsaraan. Ketika itu bertanyalah sekalian kodok kepada si kodok yang berjaya itu kenapa masih terus berusaha sedangkan yang seekor lagi dengan mudah menyerah kalah. Namun si kodok yang berjaya itu tidak terus menjawab tapi cuma memberi tumpuan sepenuhnya kepada bibir kodok yang sedang bertanya itu. Maka dapatlah ia fahami melalui gerakan mulut itu lalu sang kodok itu mencapai sebatang ranting lalu menulis di atas tanah " Walaupun aku pekak, tapi aku dapat rasakan kata-kata semangat yang kalian ucapkan untuk aku yang berada dalam kesusahan tadi. Aku tak mahu mensia-siakan laungan semangat yang kalian beri pada ku tadi . Maka aku berusaha bersungguh-sungguh mendaki lubang tersebut kerana aku telah berjanji kepada diriku untuk ucapkan terima kasih kepada kalian bila aku selamat nanti sebagai tanda penghargaan dari ku"

Sebenarnya Abang Has tahu apa yang hendak dikhabarkan oleh cerita kodok tu kepada Abang Has. Sesungguhnya jika semua cabaran dan halangan yang kita hadapi ketika sedang mendaki ke puncak kejayaan kita tukarkan ia menjadi satu dorongan buat kita, ia pasti akan menaikkan semangat kita dan itulah yang Abang Has lakukan kini demi mengejar cita-cita yang suci lagi murni itu.....


Tuesday 25 March 2014

Waktu Yang Sukar Menjadi Penentu....

Lebih sepurnama rasanya tidak mencoret di ruangan tinta bernama Abang Has ini..... Memang sukar menongkah arus ketika ini. Bukan tidak pernah mengalami tapi bila kembali menatapnya kembali, ia menimbulkan keresahan di hati. Masih ingat dulu tatkala menggamit impian hidup seorang diri. Bagaimana perit ketika itu menarik akar-akar di dalam lubang yang cukup dalam untuk panjat ke permukaan bumi.....

Tatkala itu juga kadangkala terpesong niat di hati bila berhadapan dengan kalajengking mahupun ular yang membelit diri. Namun setelah terpaling melihat dasar lubang yang maha dalam itu, hati kembali ke paksi matlamat yang sebenar. Segera bertaubat dan menyesali kealpaan. Berkat usaha yang tidak mengenal letih dan putus asa, akhirnya diri ni berjaya mencapai puncak yang diidamkan. Berjaya berdiri di atas permukaan bumi yang nyata setelah lama menjadi penghuni lubang hitam yang gelap tanpa cahaya.

Namun tatkala merasa lega, terlihat pula gunung yang menggapai di ufuk langit. Timbul pula rasa rendah diri walaupun telah mampu berdiri di kaki sendiri di hamparan rumput nan hijau kerana kini berdepan pula dengan gunung yang gah terbentang di hadapan mata. Maka wujudlah matlamat baru untuk mendaki gunung tersebut mencecah puncaknya pula.Hati ini berkata sedangkan lubang yang gelap mampuku lepasi, takkan gunung yang terang benderang itu tak mampu tawani.....

Aku persiapkan diri. Aku jajahi setiap perjalanan menuju ke kaki gunung itu. Aku mula mendaki dengan penuh semangat. Tapi aku lupa. Lain padang, lain lalangnya. Ku sangka mendaki gunung yang terang adalah semudah menyusuri lubang yang gelap gelita.Namun sebenarnya ia cukup menguji kekuatan hati dan mental ini tatkala mata sentiasa berdepan dengan pelbagai rintangan yang jelas dan terang. Mata yang celik di tambah hati yang mempunyai iman senipis kulit bawang ini tewas dengan ujian-ujian di lereng-lereng gunung tersebut. Dan akhirnya aku tergolek dalam kelemahan dan kelemasan sehingga kembali ke sisi lubang yang pernah ku lepasi.

Aku melonjak terkejut tatkala melihat lubang tersebut dan terus keinsafan dan kesedaran menguasai diri. Aku mengorak langkah kembali ke kaki gunung dan mula mendaki lagi. Aku menyelinap di laluan yang lain pula dengan harapan tidak akan berdepan dengan sesuatu yang membawa kealpaan. Namun sekali lagi aku tewas dalam dakapan ujian yang maha dahsyat tatkala kali ini ranting-ranting penyelewengan pula menjalar di dalam diri. Akar-akar dendam pula memaut erat di kaki ku setiap kali cuba mendaki ke puncak.Akhirnya langkah ku tersadung dengan dahan penipuan lalu kembali bergolek ke bawah. Kali ini tidak berhenti di sisi lubang tapi terus menggelongsor ke dalam lubang dan terjelepok di dalam dasar lubang seperti dulu kembali.

Kini aku kembali memanjat lubang yang gelap tanpa cahaya. Aku kembali merasa perit. dan kini aku teringat satu ucapan dari seorang guru yang kusanjung tidak lama dulu.

.....Aku pernah dilanda kebuntuan yang amat sangat ketika zaman persekolahan dulu. Ketika itu rumah sang guru menjadi temptku bermastautin. Sedang kebuntuan itu, aku bertanya pada sang guru " Cikgu, kenapa saya rasa otak saya semakin serabut cikgu? Makin dekat SPM ni makin kosong otak ni dirasakan "...sang guru hanya diam seribu bahasa. Tapi terus dia ke dapur dan menjerang tiga periuk air di dapur. Ketiga-tiganya mendidih serentak lalu dimasukkan pula setiap satunya periuk itu dengan lobak merah, telur ayam dan biji kopi. Lalu diri yang ingin mengetahui ini bertanya" Kenapa cikgu buat macam tu?", tidak juga berjawab dan beberapa minit kemudian sang guru mengeluarkan ketiga-tiga isi periuk itu ke dalam pinggan lalu menyuruh aku memegang lobak merah tersebut. Sang guru bertanya " Apa kamu rasa?", aku rasa lobak tersebut lembut. Lalu disuruh pula aku mengupas telur rebus itu. Aku mengupas dan isi telur itu masak pejal sepenuhnya. Lalu sang guru menyuruh pula aku menghirup air rendaman biji kopi tersebut. Semasa aku menghirupnya aku dapat rasakan aroma kopi yang cukup wangi dengan bauan kafeinnya.

Lalu sang guru berucap" Begitulah hidup kita ini, kita yang menentukan diri kita ini ingin menjadi apa. Adakah kita nak menjadi seperti lobak merah itu yang pada awalnya keras tetapi bila berhadapan dengan cabaran air didih itu ia terus menjadi lembut. Atau adakah kita nak jadi seperti telur yang pada luarannya saja nampak keras tetapi di dalam cair secair-cairnya,malah bila berhadapan dengan cabaran hidup seperti air mendidih itu dalamannya menjadi keras dan tidak lagi mampu mencair dalam apa jua keadaan pun. Dan adakah kita nak jadi seperti biji kopi yang bila menghadapi cabaran dari didihan air itu, bukan sahaja dirinya tidak berubah malah air didihan itu pula berubah mengikut aromanya secara keseluruhan..........."

Dan yang pasti, dari dulu sampai sekarang aku tetap memilih menjadikan diri aku seperti biji kopi tersebut. Ya! Abang Has tak mungkin dipengaruhi oleh kehidupan sekeliling, tapi Abang Has yang sepatutnya mempengaruhi semua orang di sekeliling Abang Has.......


Monday 17 March 2014

ADIK ANGKAT AKU NI.....

Tipah tertipu lagi… cerita ini membuatkan aku terguling-guling ketawa. Sandiwara dunia kadang-kadang mengundang duka. Adakalanya lucu bagai nak pecah perut ketawa. Nasib baik baru berkenalan, cinta dah hampir berputik, dia terkantoi!

Dah lama aku nasihatkan adik angkat aku  ni. “Jangan suka berchating, nanti kena tipu. Nak cari ramai kawan pun janganlah sampai percaya sangat sampai tak lalu makan.” Hmm… dia masih berdegil. Hari-hari duk depan tv, melayan ‘karpet’ konon, hilang boring katanya. Duit gaji habis melayan chating yang tak memberi faedah langsung. Pembaziran! Berderet list nama lelaki diumpannya(jeles pun ade sebenarnye), siap hantar pix melalui mms lagi dalam pelbagai gaya. Tiap malam ada saja lelaki yang ajak keluar, nak berkenalan. Ada yang menipu, ada jujur… tapi hanya setakat bertemu sekali saja, lepas tu terus senyap.

Maklumlah, dia masih anak dara. Tapi…. Adik aku ni selalu bercerita, betapa girangnya dia bila ada lelaki mahu bertemu dengannya(Aku?). Aku hanya tersenyum. Dia juga akan mengadu dengan aku kalau ada lelaki yang tidak jujur dengannya. Aku juga tersenyum… (macam baru kenal dunia, bisik hati aku.)

Alkisahnya… dia dapatlah sorang mamat ni, layan punya layan hampir 2 bulan jadi kekasih sms. Kembang la hati sekejap, terasa hidupnya terisi dengan kehadiran si jantung hati tu walaupun tak pernah bersua muka. Pagi lagi dah hantar sms tanya dah sarapan ke belum, tengah hari sms lagi tanya dah makan ke belum. Malam pun macam tu juga, buat apa, makan apa, tidur lena ke tidak!... Bak kata dah macam sepasang kekasih. Dalam hati dah rasa lelaki macam nilah yang ditunggu-tunggu selama ini. Aku hanya mengangguk bila adik ni cerita.Maklumlah, dah berjanji akan bahagiakan semua adik-adik sejak putus cinta dulu(Walaupun berharap lagi). Mengiakan saja walaupun dalam hati aku kata ‘tidak’!

Paling seronok, adik aku ni dah perasan agaknya. Cerita ni disampaikan kepada ibu bapa di kampong. Seronoklah keduanya, kerna anak daranya akan disunting orang. Maklumlah, dah tunggu lama sangat nak dapat menantu.

Aku tanya dia, “Kerja apa lelaki tu?” “PA. Kat syarikat hartanah di KL.” Jawabnya. “Wah, kaya tu. Bahagia hidup adik nanti dapat suami macam tu.” “Tu la… dia pakai kereta MBenz.” Sambungnya lagi dengan bangga. Aku pun tumpang bangga. Huh, habis la lembu, kambing, kerbau tumbang kalau jadi kawen ni… agaknya riuh rendah la kampong pukul canang sambut menantu.

Adik dah jumpa ke belum lelaki tu?” “Belum. Tapi dari cara dia sms macam serius jer. Sebab umurnya dah 40an, dia tak memilih sangat untuk calon isteri.” “Suami orang kut…” Aku menduga. “Ishhh… taklah. Ni ha tengok ni, gambar dia dengan kucing. Dia duda anak 3. Anak2 dia isteri jaga.” Jawabnya penuh yakin.

Dari gaya adik aku ni cakap, dia memang dah suka sangat dengan lelaki ni. Aku pun tak boleh cakap apa. Doakan saja agar dia bahagia.

Tapi semalam dia menelefon aku. Menangis-nangis dalam corong telefon. Tersedu-sedu menahan sebak… adusss sedih sangat la tu!
Adik dah jumpa dengan lelaki tu semalam. Eeeee….. dia penipu!”
“Kenapa pulak. Kan adik dah suka dengannya…”
“Dulu suka, tapi sekarang tidak!” raungnya…. Waaaaaa….
“Nak tau, bukan kerja PA. Dia driver jer…”
“Mana adik tau? Kan aritu adik kata dia pakai MBenz…”
“Memang la pakai MBenz, tapi bukan dia punya. Dia driver jer, adik ternampak ‘pas’ dan name tag kat dashboard. Bila adik tanya dia tergagap jawab…”
“Ni satu lagi yang musykil, takkan kerja PA tak ada gigi….” Katanya lagi. Yang ni la buat aku terguling-guling ketawa. Ha.. ha.. ha... lawaksssss!
“Sudah la tu, lupakan saja lelaki itu. Jangan bersedih sebabkan hal ni. Tu la lain kali jangan cepat percaya dengan janji manis. Lidah lembut tak bertulang, ramai orang suka menipu!” Pesan aku pada adik aku tersayang ni.
“Menyesal I! Nyesal!!!” Jeritnya. Sakit telinga aku. Apo nak dikato, cempedak dah jadi nangko!

Gitulah, tertipu dan di tipu. Bagi aku itu perkara biasa. Manusia sekarang dah banyak hilang arah dalam menentukan hidup. Kualiti menjadi manusia jujur dan ikhlas dah luput dan pupus. Mereka jadikan perkara seperti ini satu permainan, sering bersandiwara mempersendakan perasaan orang lain. Lebih suka hidup sosial dan tersasar jauh dari pegangan hadis dan sunnah. Iman yang kukuh bukan lagi terletak di jiwa, tapi di hati penuh dengan perkara-perkara khayalan yang membawa keseronokan di dunia, akhirat dilupakan!

Saturday 1 March 2014

ADIK-ADIK YANG DIKASIHI........

SATU PERINGATAN UNTUK ADIK-ADIK PEREMPUAN ABANG YANG DISAYANGI.....

Malaikat datang dan bertanya,

“Mengapa begitu lama, Tuhan?”

Tuhan menjawab,

“Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?”

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan… Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya… Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan… Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini…

Malaikat menjawab,

“Hanya dengan dua tangan ini?”

“Tetapi…,Engkau membuatnya begitu halus & lembut”

“Ya…, AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa”

“Apakah dia mampu berfikir?”

Tanya Malaikat Tuhan menjawab,

“Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya”

Malaikat itu menyentuh dadanya, “Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya”

“Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga”

“Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan”

“Ya….., Harus…!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki… Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri… Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit… Mampu tertawa saat hatinya menangis… Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya… Dia boleh melawan ketidakadilan… Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia… Hatinya terluka saat melihat kesedihan… Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka… CINTANYA TANPA SYARAT”

Malaikat sangat kagum,

“Lalu apa kekurangannya?”

Tuhan menjawab,

“Hanya satu hal….., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia”~~

Friday 28 February 2014

SMART

Tak sedar selama ini banyak kesilapan dan keburukan yang wujud dalam diri abang ni.Tatkala dirodok siulan cerca dan sindiran, bukan kesedaran yang menerpa tapi amarah pula yang dibangga. Bila perkara menjurus kepada konflik baru terkapai-kapai mencari kesedaran dan menyesal tak sudah.

Ya....abang tak sehebat langit yang sentiasa didongak orang ramai.Abang tak segagah lautan yang boleh menerima segala-gala yang dihumban padanya.Tapi selemah-lemah abang, abang jelas tentang masa depan abang.Mencipta matlamat yang jelas bukan susah. Seorang yang abang hormati mengajar satu konsep untuk merangka matlamat.SMART. Specific,Measurable,Achievable,Reasonable,Timebound.

Matlamat kita mestilah terperinci(specific).Kita selalu bercita-cita.Sebagai contoh nak jadi guru.Tapi Guru apa?Guru sukankah?Guru agamakah? Kalau nak jadi guru agama, tapi di mana?Guru agama di sekolah rendah ke? Guru agama di sekolah agama ke? Guru agama di pusat pemulihan akhlak ke? Inilah yang dinamakan terperinci.

Matlamat kita juga mestilah boleh diukur(measurable).Ukur? Macam ni.....Saya nak jadi seorang guru agama yang boleh mengajar 100 orang murid dalam satu masa di sekolah rendah.ermmm....Maksudnya orang boleh menilai tahap pencapaian kita...Mungkin guru lain mampu mengajar 30 orang je dalam satu masa.Dan ada yang boleh mengajar sehingga 500 orang dalam satu masa tanpa masalah.Jadi kita tetapkan matlamat kita untuk mengajar pada satu tahap mengikut kemampuan kita.

Matlamat juga mestilah yang boleh dicapai(achievable) dan munasabah(reasonable) untuk dilakukan.Saya nak jadi seorang guru agama di sekolah rendah yang boleh mengajar 100 orang murid dalam satu masa selama 24 jam tanpa henti di sekolah rendah.LOGIK ke? Ada ke yang mampu mengajar tanpa henti seperti itu?Atau pun ada ke yang nak diajar selama itu tanpa henti?Jadi jangan buat matlamat yang tak logik apatah lagi terang-terang bercanggah dengan hukum agama mahupun sains.

Dan yang pasti kita mesti menetapkan tempoh(timebound) matlamat kita untuk dicapai. Saya nak jadi seorang guru agama yang mampu mengajar 100 orang murid serentak di sekolah rendah.....Tapi bila nak jadi tu? Bila umur 40 tahun?Lepas dapat anak ke 5? Sebelum masuk universiti? ermmm........Kalau nak matlamat yang hampir tepat macam ni. SAYA NAK JADI SEORANG GURU AGAMA YANG MAMPU MEMBIMBING 100 MURID SERENTAK DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH YANG TERKENAL DI MALAYSIA DALAM MASA 7 TAHUN DARI SEKARANG......BOLEH?   Be SMART!!!!!

Bukan adik abang tak boleh. Memang boleh pun buat matlamat yang sempurna dmi masa depan kita.Tapi tanpa semangat yang kuat untuk menempuhi laluan ke arah matlamat tu, matlamat tu tak mungkin menjadi realiti pun.Abang teringat satu rangkap masa kursus pra perkahwinan dulu... 

 "Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"

Ni ayat Al Quran....Ayat ni selalu abang ingat setiap kali menghadap kesukaran....Sebab Dia suruh kita tetap lakukan walau payah macam mana pun sebab baru kita ketahui kenapa perkara yang kita buat tu payah...Kalau kita tak lakukan sebab payah, sampai bila pun kita tak tahu sebabnya kenapa benda tu payah nak buat........