Friday 12 April 2013

Beratnya rasa bebanan bila banyak masalah yang ditanggung........

Hari ini genap seminggu Abang Has menumpang di teratak seorang sahabat lama yang tiada sekelumit pun yang boleh dirasakan mewah.Segalanya serba sederhana malah adakalanya Abang Has rasa secebis kedaifan.Masyaallah.....Cuma secebis tapi terasa kuatnya tekanan bila hidup dalam suasana begini.

Namun Abang Has tak mengeluh dengan keadaan ini.Abang Has ingat lagi seorang sahabat Abang Has pernah cuba menasihati Abang Has satu ketika dulu tatkala diri Abang Has dirundung kesedihan dan penderitaan.

Tasha....Itulah nama sahabat yang kini telah tiada.Al-fatihah...Beliau adalah sahabat yang paling tekun bila melakukan sesuatu tugasan di syarikat pertama yang Abang Has bekerja dulu.Beliau sering mengisi masa terluang dengan mengelap mejanya tatkala semua tugasan telah selesai.Bila semua berada dalam keadaan 'suci'; (Perkataan yang sering beliau ucapkan sehingga menjadi trademark dia), bukulah yang menjadi peneman sementara menunggu waktu bekerja tamat.....

Abang Has tak pernah bertegur sapa dengannya.Cuma senyum-senyum sahaja kerana meja kami berdekatan. Satu hari Abang Has ditimpa perasaan tertekan seperti keadaan yang dialami sekarang.Semua kerja yang dibuat serba tak kena.Kerja jadi berulang-ulang kerana banyak berlaku kesilapan.Selepas tengahari Abang Has cuba tenangkan hati Abang Has di bilik rehat yang telah tersedia di pejabat tu.Bilik itu jarang ada orang sebab semua pekerja akan mengambil peluang untuk mengisi perut bila sampai waktu tengahari.Kalau tak makan, ada yang pergi jalan-jalan dengan pasangan masing-masing.

Sedang Abang Has mengelamun di bilik tu, tiba-tiba lalu segelas air di depan mata Abang Has. "Hah! Termenung apa tu sampai Tasha masuk pun tak perasan!", rupanya Tasha cuba menyakat Abang Has dengan mengganggu pandangan Abang Has dengan segelas air di tangannya.Abang Has cuma tersenyum dan terus memalingkan muka ke arah lain.Memang Abang Has selalu mengelak dengan kaum Hawa ni sebab dirasakan diri ni tak mungkin disukai mereka....

"Ada masalah ye Has?",Tasha mula bertanya."Tak adalah", balas Abang Has pendek. Tasha terus duduk di sebelah Abang Has.Abang Has tak berganjak dari bersandar di sofa tu.Sambil tu Abang Has pejamkan mata macam orang yang sedang hendak berehat."Has, rasa-rasanya berapa berat air dalam gelas ni?", tanya Tasha sambil menunjukkan gelas di tangannya.Abang Has membuka mata lalu berkata"Dalam 200 gram hingga 300 gram je kot?".....

"Ermmm....ini bukanlah masalah berat mutlaknya, tapi bergantung kepada berapa lama kita memegangnya.Jika saya pegang selama satu minit,tidak ada masalah.Jika Tasha memegangnya selama sejam,lengan Tasha akan sakit.Dan jika Tasha pegang gelas ni sehari penuh,mungkin Has kena panggilkan ambulans untuk Tasha.Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama Tasha pegang,maka bebannya akan semakin berat", celoteh Tasha panjang lebar walaupun Abang Has buat macam tak layan.Tapi sudah menjadi kebiasaan, telinga sentiasa peka dengan apa yang orang sekeliling cakap.

"Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat-laun kita akan tak mampu membawanya lagi.Beban itu akan meingkat beratnya. Apa yang Tasha harus lakukan adalah meletakkan gelas itu sekejap.Berehat sejenak dan mengangkatnya lagi.Kita harus meninggalkan beban kita secara berulang-kali agar kita kan lebih segar untuk membawanya lagi.Jadi sebelum Has pulang ke rumah lepas kerja petang ni, tinggalkan beban tersebut", kata Tasha dan terus berlalu pergi. Abang Has terpinga-pinga................Tapi makna di sebalik kata-kata tu cukup Abang Has faham.......

.

Bermula dari susah....

Kali ini Abang Has akan menceritakan tentang pengalaman Abang Has dan beberapa orang rakan lain dalam menghadapi cabaran memulakan perniagaan. Rata-rata antara kami bersetuju, antara penghalang utama seseorang menjadi usahawan adalah Ibu.
Karektor biasa seorang ibu adalah menginginkan anaknya
  1. 1. Berkerja dengan stabil walaupun tidak kaya raya
  2. 2. Hidup bahagia tanpa masalah
  3. 3. Mempunyai masa depan yang cerah.
Tiga karektor ini nampak biasa, tetapi ketiga-tiga ini adalah mustahil untuk dipastikan. Hanya masa dan keadaan akan menentukan semua ini.Tak ada kerja yang stabil, setiap hari orang dibuang kerja. Setiap hari orang menukar kerja.Tak ada hidup yang tidak ada masalah. Masalah pasti akan ada.Datang pula dalam pelbagai bentuk dan gaya.Kalau pada zaman dahulu, orang lebih suka apabila anaknya bekerja dengan kerajaan. Malah mereka mengatakan “jika kerja jaga lembu sekalipun, kena kerja dengan kerajaan” Sebabnya, kerja kerajaan walaupun gajinya rendah, namun ada pencen, ada elaun, ada cuti, ada diskaun kesihatan dan lain-lain.Ini belum lagi kisah-kisah yang bapa makwe tidak mahu mengahwinkan anak perempuannya kepada orang yang bergelar “peniaga” atau “usahawan”.Tetapi dari aspek ini, ada juga kesalahan dari kalangan peniaga dan usahawan ini, pekerjaan ini susah untuk kita nilai kestabilan mereka. Ada yang punya harta yang mewah tetapi hutang berjuta-juta. Ada juga yang hidup sederhana, tetapi duitnya berkepuk-kepuk.

Apabila seseorang itu membuat keputusan untuk menjadi usahawan, ramai yang bersetuju bahawa antara orang pertama yang menentang adalah ibu mereka. Ibu risau terhadap masa depan anak ini. Ibu mana suka melihat anak bekerja tanpa mengira masa ?
Namun apa pula tanggungjawab kita sebagai seorang anak ?
Salah seorang dari kami menyebut bahawa beliau memberi kata dua kepada ibunya.
“Mak, mak ada dua pilihan. Yang pertama, kalau mak dok merungut tentang saya jadi usahawan nie, pasti perniagaan saya ini akan lingkup.

Yang kedua, kalau mak mendoakan saya berjaya menjadi seorang usahawan, saya pasti saya akan berjaya. Jadi mak pilih lah antara dua ini.”
Ibu kita menyayangi kita, jadi kita kena mengambil peluang untuk menerangkan dengan baik kepada mereka tentang pilihan yang kita telah buat supaya restu dan doa mereka akan menguatkan lagi usaha kita menjadi usahawan yang berjaya..............

Berjayanya seorang usahawan bermula dengan kesusahan dan kepayahan......Mulakan langkah pertama anda dalam arena perniagaan. KING CHICKEN WING adalah contoh perniagaan yang boleh dimulakan.Lagi-lagi bulan Ramadhan dah dekat.Bulan rahmat untuk semua peniaga.Baik yang baru nak mula mahupun yang telah lama berniaga.Pasti bulan puasa itu di tunggu-tunggu.


Saturday 6 April 2013

Usaha itu bagaimana?

Ada satu hari tu Abang Has berniaga di sebuah sekolah ketika Hari Sukan Sekolah tersebut.Beberapa acara sukan baru sahaja berakhir untuk beberapa acara. Lantas kanak-kanak lain membuat hal masing-masing. Seorang kanak menghampiri Abang Has. Mungkin cuba untuk berkawan ataupun cuba bermanja mungkin.  Hehehe...Umurnya tidaklah terlalu besar. Sekitar darjah 3 atau 4 mungkin rasanya. Abang Has tahu dia baru sahaja menyertai sukan sebentar tadi dan tidak memenangi hadiah ataupun tempat. Biasalah, dalam pertandingan ada menang ada kalah.

  Abang Has cuba mengusik dia. “Menang ke tadi?” Sengaja soalan itu dilontarkan walaupun seolah-olah tahu apa jawapannya.

“Tak menang pun. Yang penting usaha.” Jawab kanak-kanak itu tegas.

Jawapan yang diberikan membuat Abang Has terkesima sebentar. Kagum dengan jawapan yang diberikan kerana budak itu masih kecil tetapi mampu memberi jawapan yang cukup matang. Jika jawapan itu diberikan oleh orang lain yang dewasa mungkin itu lain ceritanya. Jawapannya membuatkan teringat Abang Has kepada sebuah kisah tentang seekor burung. Tentang usaha.



Berlaku sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.Walaupun nampak tidak ada gunanya, si burung itu tetap tabah melakukannya.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu:
“Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.”
Lalu dijawab oleh burung berkenaan:
“Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”
Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan).

DARIPADA Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas) katanya:
“Sesungguhnya Nabi S.A.W memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai ‘si penjahat kecil’.” (Hadis riwayat Muslim)
Kisah itu sama sahaja seperti kisah kanak-kanak itu. Mungkin kanak-kanak itu tidak menang, tetapi dia telah berusaha. Menang atau kalah itu lain cerita. Jadi, perkara yang sama dapat diaplikasikan dalam kehidupan. Jangan difikirkan menang yang akhir tu, tetapi tanyalah pada usaha yang dilakukan. Adakah kita telah berusaha bersungguh-sungguh? Ataupun kita melakukannya sambil lewa sahaja?

Jangan dikhuatir usaha yang diberikan. InsyaAllah setiap usaha pasti akan dibalas Allah S.W.T nanti walaupun ianya tidak nampak sekarang. Dan jika kita tidak menang pun pasti rasa kita puas pabila kita menoleh mengingati kenangan itu.

Kredit untuk Raswan sahabatku yang telah berjaya dalam perniagaannya setelah berhempas pulas hampir 7 tahun di medan perniagaan...