Thursday 24 January 2013

Abang Sedia Menemani Adik.....

Apabila seseorang di dalam tekanan, perkara yang kecil juga pasti sangat mengganggu. Dan apabila yang kecil-kecil itu bergabung di dalam satu keadaan, maka ia pasti sangat besar dan membebankan. Disaat ini, manusia biasanya cenderung bertindak di dalam mood atau emosi yang tidak terjangka. Bagi yang kuat memahami bahawa ini semua tidak lebih dari suatu ujian dan bakal di timbang kelak atas kesabaran mereka, maka mereka akan lebih kuat menghadapi hari-hari dengan bersabar.

Abang Has memahami, bahawa setiap manusia menghadapi pelbagai tekanan, begitu juga Abang Has, tekanan pelajaran yang kini berada dipenghujungnya. Saat ini, jika pun Abang Has mendapat hanya sepatah perkataan positif dari seseorang, pasti abang merasa amat-amat bersemangat dan lega. Dan walaupun abang diberikan hanya satu negative feedback, lalu itu juga amat mudah membuatkan abang down atau kurang bersemangat. Namun, lebih memberat, disebalik tekanan pelajaran, setiap seorang juga punya masalah personal sendiri, samada yang melibatkan keluarga, sahabat, mahupun sesuatu yang bukan berkenaan diri sendiri namun kesannya sehingga ke dalam diri sendiri.

Abang memahami dari sembang bicara kita, bahawa, kita seringkali menangis sendirian, dan terkadang air mata itu sendiri tidak mampu menolak ‘ujian’ itu jauh dari hati. Hendak diluah tiada bahasa, hendak berbicara tiada suara. Dan bak kata seorang sahabat abang ‘Di telan mati emak, diluah mati ayah’. Na’uzubillahi min zalik. ALLAH…
Abang memahami bahawa, kehidupan ini suatu perjalanan yang penuh ujian, kesakitan, dan tidak kurang juga kegembiraan dan peluang terbaik untuk kita mencari redha ALLAH subhanahu wa ta’ala.
Namun, abang juga merasakan bahawa, ada suatu ketika manusia itu terkadang lemah tak berdaya, perlunya pembimbing dalam mengharungi badai dan dalam menyelami lautan manfaat di sebalik gelora dan ombak.

Abang mungkin tidak mampu membantu menyelesaikan masalah, ataupun bersama menggendong tekanan, tetapi abang berharap abang mampu menjadi pendengar, sama menangis, mengesat air mata itu, adik-adik yang sangat abang sayangi.
Adik-adik, kita mungkin berbeza cara, namun fitrah kita sama, amanah kita sama, dan abang juga lemah seperti adik-adik. Abang juga punya masalah seperti adik-adik, dan mungkin abang juga memerlukan adik-adik lebih dari adik memerlukan abang yang terlalu banyak kelemahan ini. Tetapi adik-adik, jika adik izinkan abang bersama, izinkan abang titipkan sesuatu,  walau mungkin tidak mampu meringankan tekanan.
Adik, Abang sentiasa mahu pasakkan dalam hati, bahawa ujian ini tidak lebih seperti desiran angin yang meniup debu yang memedihkan mata, namun ia mampu pulih di dalam sehela masa yang singkat, setelah ada yang meniupkan kelopak mata, mahupun sendirian mengerdip mata. Abang tiada bahasa indah, hati abang juga mungkin tidak pandai memahami, tetapi abang tahu kita ada ALLAH yang sentiasa mengiringi......................
 
 

1 comment:

  1. tangisan hatimu ada dalam diari hatiku..

    ReplyDelete