Sunday 27 January 2013

Kebahagiaan Dan Ketenangan.............

Apabila kita asyik termenung
Memikirkan nasib diri di sini...
Merenung jauh mereka di sana
Hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat
Erti kebahagiaan yang sebenarnya...

Ramai orang...
Tersalah sangka tentang maksud
Ketenangan dalam hidupnya
Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta...
Dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
Tetapi itu bukan segala-galanya

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
Tidur di atas katil yang empuk
Tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
Kadang-kadang dia lebih lena dari kita

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
Lauk-pauk yang bagus
Tetapi lidahnya tidak enak
Lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
Satu dua mata lauk...
Tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "Lihatlah bagaimana Dia membahagi-bahagikan nikmat"

Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar
Ada makanan yang sedap
Tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!
Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Dia

Jika Dia hendak memnberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Dia menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Dia uruskan urusan kita
Dia tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata
Dunia boleh berbuat apa-apa
Tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Dia
Jika Dia mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
Kita akan melihat kemenangan dari sisiNya

Apa yang orang rasa rugi
Dia akan berikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka
Tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan
Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...

Adik-adik tengoklah dunia ni
Kadang-kadang adik-adik

Manusia hilang suatu benda ini daripada dunia
Kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
Abang nak sebut adik-adik

Berapa banyak dalam hidup adik-adik telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
Kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Dia telah keluarkan kita
Berada dalam keadaan yang baik....

Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "Habislah aku kali ni"
Tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaanNya
Ketika kita kata: "Ya Rabb... tolonglah aku,
Ya Rahman... tolonglah aku, aku susah Ya Rahim"
Hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
Dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
Di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Dia keluarkan kita daripadanya

Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"
KataNya: "Iman dia tambah"
Bukan kita kata: "Pasal apalah tuhan benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "Iman mereka bertambah"
Mereka kata: حسبنا الله ونعم الوكيل"
"Cukuplah bagi kami, tuhan...
Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"
(آل عمران: 173)
Pengalaman sering mematangkan kita..........

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
Dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك
Ya tuhan... aku serahkan urusan ini kepadaMu.....
Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat..........

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
Dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
Kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Dia bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Tuhan ambil dia, Tuhan masukkan dia ke dalam syurga
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "Tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Tuhan ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Tuhan masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "Tak! Aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya
Masihkah kita teringat akan nikmat yang Dia berikan selama ini?.....

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
Dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba tuhan

Yang patah kakinya
Yang dia tidak pernah pun sebut
Dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Rabb... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
Tetapi jangan lupa yang telah ada
Bersyukurlah abang Has dan adik-adik semua.....

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
Syukur kadangkala makamnya lebih tinggi daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
Tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti adik-adik
Syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق
فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر
"Ya tuhan... apa saja yang aku alami
daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.
Subhanallah...!
Adik-adik, jika nak bersyukur kepadaNya, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34
Jika kamu hendak menghitung nikmat Tuhan, kamu tak mampu

Adik-adik... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
Kita akan rasa masyaallah..... hidup ini
Apa yang Dia kurniakan kepada kita lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau adik-adik ingat daripada hari adik-adik dilahirkan
Tempat adik-adik dilahirkan
Rumah adik-adik dilahirkan
Sehingga tempat adik-adik ada pada hari ini
Masyaallah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut
Pun tak mampu......................

No comments:

Post a Comment