Saturday 26 January 2013

Hidup dan matiku.....Hanya untuk dia....



Selesai solat Isyak malam tadi,aku terasa sesuatu yang aku amat rindu. Tiba-tiba aku teringat satu pengalaman silam yang banyak memberi kekuatan kepadaku……
Aku ingat lagi waktu itu aku duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu..solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang aku yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “Abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh, lawak antarabangsa betul. Macam mana aku boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah ayah lah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay, salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay, salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay, salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.

Okay, salah aku lagi, duit syarikat ayah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya, ayah kahwinkan aku dengan Rabiatul Syahirah Binti Hj. Ramlan ni. Bukan itu je, ayah hantar aku dengan dia duduk dekat Mengabang Panjang, Terengganu ni. Itu okay lagi, ayah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Ayah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Terengganu bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh..

“Abang dengar tak? Macam cakap dengan laptop tu je”. “Hmm, saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh, surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “Saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aku tersentak. Aduh, dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Aku duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “Abang, dah siap.” Aku memandang isteriku yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “Abang..?” Aku tersedar. “Jom..” Kunci kereta di atas meja di capai. “Saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aku ragu-ragu. Syahirah senyum. “Harta saya harta abang juga.” Aku hanya mengangguk. Dalam kereta  hanya dengar radio ,HotFM Refleksi.

Aku dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “Abang, surau belok kiri tu.” Aku hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isteriku. Kami telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aku masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aku melihat diriku yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh, mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “Err, Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “Ya?” “Okay ke saya pakai macam ni? Mana tahu kena halau ke nanti?” Syahirah senyum. “Jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA, insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aku terdiam. Tak pernah sebelum ini aku bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “Jom.” Ajak Syahirah. “Hmm.” Enjin kereta di matikan.

Malam itu aku duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “Solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isteriku yang aku jumpa tadi. Terbaca. “Saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! Aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikiranku…. ‘Tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun!’ Televisyen di hadapanku itu di pandang kosong.

Berubah? Teringat juga aku amaran abang iparnya. “Aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aku hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu kami berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “Ingat! Aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . Aku dapat tahu, aku terus pergi Mengabang Panjang tu. Kau faham tak?” Aku hanya mengangguk. Huh,garang!

Syahirah memandang aku,suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang aku dan menutup mata aku dengan tangannya. “Cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aku yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandanganku gelap. Lama. Senyumku terukir apabila mendengar suara Syahirah. “Hmmm, Tom Cruise..” Main-main aku. “Salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aku ketawa. “Hmm, Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “Salah! Hj.Amran dekat Johor.” Haa! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aku menarik tangan isteriku agar duduk di sebelahku.

Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “Abang buat apa?” “Tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “Tanya apa?” “Err..kenapa awak terima lamaran ayah untuk kahwin dengan saya?” “Sebab Allah.” Aku diam sebentar. “Tak faham.” “Saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aku senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.

Seminggu berlalu..“Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aku. Nak makan apa kalau isteri aku ini tak reti masak. Hari-hari makan kedai bankrup lah. Dah lah ayah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isteriku. “Lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum kami bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati aku. “Macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aku menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “Tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”

“Maaf ya abang..” Aku senyum. “Tak apa.” Aku keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aku masuk dengan membawa laptop. “Abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “Belajar masak guna internet.” Aku senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “Huish masin.” Komen Syahirah. Aku mengambil gulai di hadapan isteriku itu. “Abang kan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aku rasa dan ketawa. “Okay lah ni. Haa,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen aku pula. “Okay apa..” “Its okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “Boleh ke macam itu?” “Boleh je.” “Okay..” “Dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aku langsung tak sedar apa yang aku cakap.

Ajak orang pergi surau? Ajak isteriku? Huh, sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “Ustaz..” Panggil aku pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “Ya?” “Saya nak…” “Nak apa?” Aku malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya aku cuba luahkan. “Anak nak apa?” “Saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “Mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu aku di kereta.

Senyum terukir apabila melihat aku menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “Ustaz kenalkan isteri saya.” Aku kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “Baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aku tersentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Hasifi ni.” kata-kata Syahirah membuatkan aku terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “Terima kasih ustaz.” Aku bersuara. Ustaz itu menepuk bahu aku. “Baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “Waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan aku serentak. Aku duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “Lamanya abang pergi..” Aku tersedar. “Hmm,seminggu je.” Ya,aku kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya aku mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang aku jumpa sewaktu di surau kelmarin.

Rasanya aku perlu berubah. Sampai bila aku nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila aku nak terus jahil. Sampai bila aku nak membiarkan isteriku keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila aku nak terus hipokrit mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya aku berubah.! “Seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “Pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “Kalau pejam tak celik- celik?” tersentak aku apabila mendengar ucapan isteriku itu. Sudah, rasa berat pula aku nak tinggalkan si Syahirah ni. Aku memandang Syahirah. “Apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “Gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aku diam. “Tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isteriku tarik muncung. “Tak mau lah, nanti kurang pahala.”

Sudah dua hari aku di pondok agama itu. Memang airmataku di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah..Banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, aku menelefon isteriku. Salam berbalas. “Awak sihat?” Aku duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aku hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..Haa, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..Saya tahu, saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aku terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut aku tiba-tiba terdengar esakkan. “Awak nangis ke?” Diam lagi. “Awak, saya…” Syahirah memintas. “Tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “Abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “Baik sayang.” Terdiam Syahirah.
Aku senyum je. “Lagi?” “Err..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aku ketawa. “Next?” “..Kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajjud..” Aku hanya mengangguk. “Lagi?” “..Selalu beristigfar” “Okay. Lagi?” “..Ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “Alright, next?” “Sentiasa berselawat.” “Okay.” “Abang ni last.” “Apa dia tu?” soal aku lembut. “Doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aku senyap sekejap. “Sure.”

Setelah seminggu mencari cahaya aku pun pulang.Dari jauh aku telah nampak senyuman isteriku di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi aku mengheret bagasi berodaku. Syahirah telah pun keluar menyambutku siap bertudung. Kami bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapaku. “Waalaikumsalam, abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan aku. Terpegun juga dia melihat aku yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (Aku tak perasan masa tu).

Wajah aku seolah ada sinar keimanan katanya. Sangat tenang! Aku perasan isteriku memerhatikanku. “Err..awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “Eh, tak.. abang nampak lain.” “Apa yang lain?” Aku memandang diriku dan baru perasan akan kopiah di kepalaku. “Oh..” jawab aku dan menarik kopiahku. “Jom masuk.” Kami beriringan ke ruang tamu. Aku telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata aku menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.

Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa ayah tak pernah rasa selesa dan tenang. “Abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya ini. Aku menyambut. “Thanks.” “Abang, nak tahu tak?” dia duduk bawah melutut depan aku yang duduk di sofa itu. “Hmm?” Aku merenung Syahirah. Aku sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “Ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi aku. “Oh, apa benda tu?” “Apalah abang ni..itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya Cinta Fitri.” “Oh..” gelas di letak di atas meja. “Kenapa dengan cerita tu?” “Best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat aku masih lagi melayan. “Apa yang best?” “Lagu.” Ek.. “Oh..jalan cerita tak best.?” Sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup aku berbual mengenai drama Indonesia. “Best jugak tapi sedih.” “Kenapa?” “Entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “Lagu apa?” “Tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” 

Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.
Aku hanya memerhati. “Haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada aku. “Hmm, awak ambil satu..” kata aku dan menghulurkan sebelah lagi pada isteriku “..Err..kita dengar sesama..” teragap-gagap aku. “Ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aku menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahku. Mudah untuk dengar mp3 itu.
~Inilah aku apa adanya, Yang ingin membuatmu bahagia, Maafkan bila ku tak sempurna, Sesempurna cintaku padamu~ “Saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aku turut senyum.

Sungguh aku tak pernah buat benda luar alam ini untuk melayan lagu dari seberang. ~Ini cintaku apa adanya, Yang ingin selalu di sampingmu, Ku tahu semua tiada yg sempurna, Di bawah kolong langit ini~ “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aku diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je aku dengar. Tak tahu kenapa. “Hmmm.” ~Jalan kita masih panjang, Ku ingin kau selalu disini, Biar cinta kita tumbuh harum mewangi, Dan dunia menjadi saksinya, Untuk apa kita membuang-buang waktu, Dengan kata kata perpisahan~ Kedua-dua kami melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari aku telah meletakkan tanganku di bahu sofa dan spontan menarik isteriku ke dalam pelukkanku. Khusyuk melayan lagu.

~Demi cinta kita aku akan menjaga, Cinta kita yg telah kita bina, Walau hari terus berganti hari lagi, Cinta kita abadi selamanya~ Aku tersentak apabila terdengar azan. Pantas aku menarik earphone itu. Aku menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “Eeerr..awak” Aku cuba mengejutkan isteriku lagi. “Awak..bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “Abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aku pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “Awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang aku.
“Allah Bagi Cuti lah!. Sakit perempuan….” Aku teragak-agak. “Oh..haa. Okay. Saya solat dulu.” Aku telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “Abang.” Langkah aku mati. Aku menoleh. “Doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “Sure.”

Malam tu kami ke pasaraya….“Abang, saya nak cari buku masak..” Aku hanya mengangguk dengan tanganku yang ada dua beg kertas barang yang aku beli dan Syahirah beli tadi. “..Nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aku hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aku berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatiku tafsir Al-Quran. Aku pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.
“Boleh saya bantu encik?” “Hmm, ada tafsir tak? Hmm..tafsir Al-Quran?” “Maaf encik tiada stok.” Aku senyum paksa. “Okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “Abang tak beli apa-apa?” “Tak..Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada aku. “Tadaaa..nanti kita try dekat rumah ok?” “Okay.” Aku membayar buku itu. Sewaktu kami telah keluar dari kedai buku itu,aku terdengar suara sayup-sayup pekerja kedai buku itu berbisik. “Wah,romantiknya mereka!” “Tahu tak apa. Untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “Mana kau tahu baik?” “Tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “Oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “Sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “Superb! Romantic!” “Terdetik dalam hatiku kata-kata ustaz dulu. Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “Betul-betul.”

Aku sibuk membuat kerjaku di ruang tamu. Lama aku bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “Abang..” sapa Syahirah manja. Aku senyum. “Kenapa?” “Nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada aku. Aku mengambil dan berfikir. “Birthday saya rasanya belum lagi..” “Abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan aku membuka balutan itu. “SubhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” Terasa macam nak mengalir air mata aku. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aku turn off laptopku. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjaku, aku mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Aku lihat Syahirah sudah lena tidur.

Mungkin penat sangat. Aku senyum. Aku meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. aku menuju ke tandas. Aku perlu melakukan sujud syukur kerana aku memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. Sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok aku seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguh lah kemanisan iman itu sungguh manis.
Esoknya aku ke pejabat….“Hasifi!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking ayahku. Aku hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah aku banyak sangat mendiamkan diri. Aku tak banyak cakap.

Selepas pulang dari pondok agama hari tu aku tak cepat marah atau melenting. “Kamu dengar tak ni?! Hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? Ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Ayah mencampak fail itu di meja pejabat aku. “Ayah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Ayah memandang sinis anaknya ini. “Bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Ayah..” “Dah! Ayah tak tahu kamu buat macam mana, ayah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang aku .Mana aku ada duit banyak tu. “Ayah, saya tak da duit banyak tu.” “Ayah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Ayah terus keluar dari pejabat itu. Terduduk aku. Ya Allah..tiba-tiba telefon aku berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah aku menjawab. “Waalaikumsalam, weh Hasifi. Kau balik rumah kau sekarang.!” “Err, kenapa along?” “Kau balik je!” Tersentap aku tatkala talian di matikan. Tak tahu pula aku yang abang iparku ini datang Mengabang Panjang. Ada apa ya?

Aku mengambil briefcaseku. Satu, satu masalah aku dapat. Laju aku memandu kereta isteriku itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhku membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” terdengar olehku suara rayuan Syahirah. “Eh, kau diam lah dik..” Aku melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “Hah, sampai pun kau..” Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparku tetapi lelaki itu tidak melayanku. Aku menarik kembali tanganku. “Kenapa along?” “Aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap aku mendengar. Mataku memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..Ta..tapi kenapa?” “Kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak aku dengar. “Along tak boleh buat macam ni..” “Apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “Along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela aku. “Kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.

Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “Saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “Hoi, Hasifi. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isteriku pula. Betul juga apa yang abang iparku cakap. Aku nak bagi makan apa dekat isteriku ini. Memang kali ini aku muflis tersangat! “Abang..tolong..” sayu Syahirah meminta pertolonganku. “Saya izin..” sebak. “..Saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata aku jatuh juga. Mata di pejam. “Abang..” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh padaku yang membelakanginya. Aku terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU..

Aku baru selesai solat Maghrib. Sayu hatiku melihat rumahku itu sunyi. Memang aku tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas aku memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil tu. Sedang aku termenung di atas sejadah itu telefonku berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aku terkejut mendengar esakkan di talian itu. “Awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “Sampai..sampai hati abang..” Aku senyap. “Saya buat macam ni agar awak senang” “Tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “Awak tak faham..” sayu aku jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “Abang, biarlah susah senang kita bersama.” Aku senyap. “Abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aku masih lagi senyap. Air mataku mengalir. Terharu dengan kata-kata isteriku. Di saat semua orang menyalahkanku tapi Syahirah tidak. “Abang, tolong jangan senyap macam ni..saya bersalah sangat ni..” “Sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah..“Abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aku bangun dan menuju ke meja tempat isteriku melakukan kerja- kerja. “Cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)

 Aku beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “Sayang..abang betul-betul tak kuat..” Buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “Abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “Tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “Abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali..” Aku hanya diam. “Istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA..Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aku menarik nafasku. YA ALLAH..
Malam itu aku ke surau…….

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

“Assalammualaikum..” Aku menoleh. “Waalaikumsalam, eh ustaz.” Kami bersalaman. Ustaz itu senyum. “Baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “Oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aku senyum. “Tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aku sentap. “Hmm, dia balik kampung.” “Oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aku menyambut lembut buku nota kecil itu. Tanganku menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya. Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit. Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka. Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah. Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya. Terkedu aku. Ya Allah..Telah dua hari aku tidak berjumpa dengan isteriku. Tipu kalau aku kata aku tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupku ini. Memang perit sangat aku rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras aku agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatku. Ayah memang dah tak nak tolongku. Yelah, dulu banyak kali ayah tolong, tapi aku yang mensia-siakan. Tapi itu dulu, sekarang lain.

Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aku membaca message itu dan senyum. Aku tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice denganku. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isteriku itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Hasifi
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Hasifi
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. InsyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aku senyum membaca message itu. InsyaALLAH. – Hasifi.
“Assalammualaikum, abi.” Aku menelefon ayah mertuaku, Haji Ramlan. “Waalaikumsalam. Hasifi, kenapa ni?” nada risau. “Abi, saya..saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Hasifi, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Hasifi.” “Terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. 

Talian di matikan. Syukur, abiku seorang yang memahami. Aku membuka emailku. Abiku agak moden kerana seorang dekan di sebuah universiti terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Mataku tertala pada email versi video itu. Kamu hayati dan kamu renung²kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air mataku jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, aku hampir melepaskan tanggungjawabku sebagai seorang suami. Astaghfirullahalazim.
 
Aku bergegas ke rumah mertuaku………..Erat Syahirah memeluk suaminya  ini saat aku masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Ramlan hanya senyum melihat kami. “Abang please..jangan tinggalkan saya lagi..” Esak Syahirah. Aku yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “Syhhh, abang dah datang ni. Jangan nangis lagi ya.” Mata kami bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “Jaga dia baik-baik Hasifi.” Pesan Hj. Ramlan. “Terima kasih abi, umi..” sayu sahaja aku bercakap. Teringat nasihat abi itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul, Korea. Tak perlu aku berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “Kami balik dulu abi, umi.” Aku bersalaman dengan kedua mertuaku itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “Waalaikumsalam.” “Saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu kami dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aku yang tengah memandu itu senyum. “Saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira..” panggilku. “Ya?” Syahirah memandang suaminya ini yang tengah memandu itu. Aku diam sekejap. “Thanks.” “Thanks untuk apa?” “Sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “Bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “Tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kataku. Syahirah senyum. “Saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aku mengangguk dengan mata yang masih lagi fokus memandu. “Thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “Untuk apa pula?” “Settlekan bil-bil syarikat tu..” “Kita suami isteri kena saling membantu.” “Mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada aku,abi, umi dan along selama ini . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah, hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini.Itulah apa yang telah ku baca dalam diarinya baru-baru ini. Aku memandang Syahirah sekilas.
“Sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “Hmm, rezeki Allah.” “Dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal aku lembut. “Abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah restoran di sebelah kiri itu. Aku terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu kami bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aku terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aku terus menerpa ke arahnya. “Awak.” Terkelu lidahku sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “Biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “Kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “Tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “No, nampak serious ni.” ujar aku yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “Abang ni, panas je lah ni. Saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalaku pula tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. aku tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan aku menghantar isteriku itu. Sebak tiba-tiba hatiku. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.Aku mabuk darah…..

Keadaan kembali normal selepas sehari aku keluar dari hospital.Esoknya… “Abang, bangun..” Syahirah menggerakkan aku di sebelahnya. “..Encik Hasifi, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan aku lagi. “Abang….abang.. bangun…” Aku membuka mataku perlahan-lahan. “Hmm, kenapa sayang?” “Abang, jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aku duduk menghadap Syahirah. “Dah pukul berapa?” “Hmm, 4.30 pagi.” “Jom.” Ajak Aku. Kini, aku telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia aku ke pondok agama hari itu. “..Sayang ambil wudhuk dulu..” “Okay.”

Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi aku. Terkejut juga aku. “Mimpi ke realiti ni?” seloroh aku dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa aku bersalaman dengan Syahirah. “Abang, saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya ini selepas solat. “..Halalkan semua makan minum.” Aku menarik Syahirah dalam pelukkanku. “Abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isteriku di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aku hanya senyum. “Hmm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “Boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aku mengangguk. “Oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “Okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “Sayang awak juga.”
Aku memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar aku mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aku keluar dari kereta.

PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut aku mendengar pinggan pecah. Terus aku berlari masuk ke rumah. Aku ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas aku cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahku itu. Aku berlari ke dapur. Terkejut aku sewaktu aku ke dapur. Darah berlimpahan. Isteriku. “Sayang !!!!” jerit aku melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aku cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutku dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan aku tidak bernafas dan pengsan.

Aku terpisat-pisat bangun. Kepalaku seakan sakit. Sewaktu mata terbuka aku terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Mataku beralih ke kiri. Ya Allah. “Sayang..” Aku memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana aku boleh memegang pisau. Aku mencampakkan pisau itu. “Haa, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut aku tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahku. “Bukan saya.” “Dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan aku bergari. “Bukan saya!..” Aku terkejut melihat ayahnya juga turut ada bersama. “Ayah! Bukan Hasifi!!! Ayah!!” anggota polis itu membawa aku keluar rumah. Ayahku hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “Kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni..” sayu ayahku berbicara. “Bukan Hasifi yah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahku. Aku memandang abi,umi dan alongnya. “Abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta aku. “Sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparku yang mata merah mungkin sebab menangis. Aku cuba meronta. “Bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “Cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah.. Semoga dia selamat. Air mataku jatuh tika pandangan rumahku makin hilang. Sayang..Bantu hamba Ya Allah..

Haji Ramlan melawat menantunya ini di penjara. “Abi..percayalah saya..” Haji Ramlan senyum. “Sabar Hasifi, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “Abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Ramlan senyap. Air matanya bergenang.
Sebak dadanya. “Abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Ramlan hanya senyap dan senyum terpaksa. “Bersabarlah Hasifi, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Abi bangun dari kerusi itu. “Abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mataku tatkala ayah mertuaku tidak menjawab soalan. “Abi, kena pergi dah ni. Banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Abi terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut aku mendengar kata-kata abiku itu. Ya Allah, hamba tak kuat..“Abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aku bangun dan menuju ke meja tempat isteriku melakukan kerja- kerja. “Cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)

“Encik, saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kataku pada warden yang menjagaku itu. Alhamdulillah, sepanjang aku di penjara itu. warden-warden di situ berlembut denganku. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aku membuat solat sunat. Selepas itu aku membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air mataku terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air mataku. Allah..

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN

Tidak berapa lama selepas itu aku dibebaskan.“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutku. Abi hanya senyum melihat wajah menantunya ini. “Bebas juga saya abi..” kata aku. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aku senyum. Terima kasih Ya Allah. “Abi, jom jumpa Syahirah.” Bicaraku ceria. Ku lihat abi tersentak. Dia hanya mengangguk. Aku duduk di bahagian sebelah memandu. Ayahku telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur aku tak bersalah. Aku hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isteriku. Rindu. Hampir sebulan aku tak bertemu. Abi berhenti di hospital.

Aku terkejut. “Abi, kenapa di sini?” “turun dulu Hasifi. Jom.” Ajak abi. Aku hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad aku terkejut melihat ramai orang. Aku merenung dari luar sebuah bilik itu. Aku nampak abang iparku dah duduk menangis. Aku nampak umi tengah menangis. AKu nampak doktor. Perlahan aku melangkah ke arah bilik itu. “Maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut aku dengar. Bukan…….. Salah ni. Aku menghampiri katil itu. “Barah hatinya dah kriktikal, effected. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki aku hampir di tepi katil itu. Ya Allah..Air mataku cuba di tahan. Sakit! Aku lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aku mengangkat sedikit kepala isteriku itu dan kukucup dahi isteriku lembut. Selepas itu, kakiku sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jeritku dan terduduk. Aku menangis. Abi menenangkan menantunya ini. “Sabar Hasifi..bawa mengucap.” “Bukan Ira abi..bukan dia…” tangisku. Abi mengusap bahuku. “Dah di tentukan ajalnya..” sebak abi berkata-kata..

“Tak…tak…bukan dia..” sayu aku mengungkap. Sekali lagi aku memandang wajah jenazah isteriku itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah..Air mata lelakiku deras mengalir. Video cinta kita – “Lagu apa?” “Tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aku hanya memerhati. “Haa, nah..” dia menghulurkan earphone padaku. “Hmm, awak ambil satu..” kataku dan menghulurkan sebelah lagi pada isteriku. “..Err..kita dengar sesama..” Tergagap-gagap aku. “Ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aku menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahku. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aku diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je aku dengar. Tak tahu kenapa. “Hmmm.” Kenapa harus begini..

Aku menutup buku agama yang di bacaku itu. Buku itu di letak di sisi katil. Kugosok pelipisku. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan aku cuba kembali ke realiti. Ayah dan abinku puas meredhakan hatiku. Puas mereka menghantarku berubat. Waktu itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya aku kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan Tuhan. Akhirnya, aku akur. Setiap hari tak pernah aku lupa untuk membacakan Yassin untuk isteriku. Isteriku yang solehah. Inspirasi hatiku. Aku turun dari katil dan keluar dari bilikku. Kini, aku kembali tinggal bersama ayah dan mamaku di villa mereka. “Hasifi, nak pergi mana?” Aku senyum. “Ma..” Aku menghampiri mamaku dan kucium tangan wanita itu. “Nak keluar.” “Pergi mana malam-malam ni?” soal ayah pula. Aku bersalaman dengan ayah pula. “Hmm, pergi masjid. Hasifi pergi dulu. Assalammualaikum.” “Waalaikumsalam.”

Aku meletakkan kereta sportku di hadapan masjid itu. Senyumku terukir. Aku keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aku melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu aku melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat aku membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aku memberhentikan bacaanku. “Waalaikumsalam.” “Anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aku senyum. Aku tahu dah hampir 12 tengah malam. “Saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “Oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” 

Aku mengangguk. Setelah hampir satu juzuk aku baca mataku sudah mahu terlelap. Aku menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aku membaringkan badanku. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “Baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aku senyum je. “Lagi?” “Err..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aku menadah tanganku untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata aku mengalir. Aku baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata aku terpandang seseorang. “Sayang….”. Aku bangun. Aku menghampiri Syahirah yang senyum memandangku dengan siap bertelekung. “Sayang..” Aku menggenggam tangan Syahirah. “Jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu kukucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan aku agar mengikutinya…

Berpeluh-peluh seluruh tubuhku…Tiba-tiba aku tersedar….Astaghfirullah al- Azim…Aku bermimpi.Seluruh tubuhku basah berpeluh.Mataku berair………
Tapi sehingga sekarang aku mengharapkan mimpi itu menjadi kenyataan buatku….Insyaallah……..
“Kepada isteriku di alam mimpi @ yang aku sentiasa termimpi-mimpi itu,tunggulah suamimu ini sehingga tercapai harapan…”

No comments:

Post a Comment