Saturday 26 January 2013

Masih ingatkah pada tanggungjawab....



Dah dua malam aku asyik fikir pasal budak tu.Pada malam Jumaat tu aku buka pose di luar sebab esok Sabtu aku nak jumpa anak aku.Lepas tu aku singgah restoran mamak kat Segambut lalu order roti canai (Gatal tekak....mungkin buka pose tadi tak kenyang kot).Tiba2 datang sorang budak
"Abang nak beli kuih saya ni?" sambil menyelak kain di dalam raganya.
"Tak apelah dik. abang dah order".
Budak tu berlalu pergi ke meja lain.Kulihat pasangan di meja tu pun menolak juga.Kasihan kulihat budak tu.Kecil2 lagi dah kena kerja cari duit.Manalah pegi orang tau dia.
Setelah selesai makan sekali lagi budak tu menghampiri meja aku.
"Abang nak beli kuih saya untuk buat pencuci mulut?"Pandai budak ni bercakap.Petah dan cukup bersopan.
"Dah kenyanglah dik.."
Jawab aku sambil mengusap perut ku yang besar ni. Budak tu berlalu pergi ke meja lain yang baru diduduki pelanggan.Rajin budak tu.Tak ada rasa putus asa langsung.Selepas bayar makanan aku terus pergi ke kereta dan aku nampak budak tadi sedang berdiri di kaki lima kedai.Sedang aku menghidupkan enjin kereta,cermin kereta aku di ketuk.
"Abang,mungkin abang dah kenyang,Tapi abang boleh beli kuih saya untuk adik-adik atau kawan-kawan di rumah".
Hati aku tersentuh dengan kata-kata yang cukup tulus itu."Nah dik,abang sedekah"
Aku menghulurkan sekeping wang RM10 padanya.Kasihan aku padanya.Budak tu terus mengambil duit tu dan berlalu pergi.Mungkin dah lama dia di situ untuk habiskan semua kuih-kuihnya. Aku tersentak selepas itu bila aku terlihat budak tadi menghulurkan duit yang aku beri tu kepada seorang pakcik tua yang buta di tepi kedai tu.Aku memandu keretaku menghampiri budak tersebut.
"Kenapa adik bagi duit tu pada dia?Duit tu abang bagi pada adik"
"Mak saya kata saya tak boleh jadi pengemis.Hanya orang yang tak berupaya saja boleh mengemis sedekah orang lain.Saya masih sihat dan cukup anggota badan lagi"Aku terasa hiba sangat masa tu.....
"Berapa semua kuih adik tu?"Aku membeli semua kuih budak tu. "Abang nak beli semua kuih saya?RM25 je abang"lalu dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik. Lalu budak tu terus beredar sampai hilang dari pandangan aku.....Cukup sopan dan penuh hormat kata-kata budak tu.Dia patuh pada etika kerja dia sebagai penjual kuih dan gigih berniaga. Siapakah mak yang bertuah melahirkannya itu? Cukup mulia didikan maknya sehingga dapat seorang anak yang sempurna itu..........

No comments:

Post a Comment