Thursday 24 January 2013

ADA SEDEKAH KE?

Teringat satu ketika dulu masa di kampung....Kelantan nama diberi...heheheh...(Kelantan Celup la jadinya)Masa tu abang singgah di sebuah rumah Allah untuk menyelesaikan tanggungjawab. Selepas tu ada kuliah...Hehehe...sekali Tuan Guru Nik Aziz lah pulak...Abang pun terus sertai...Nak juga dengar apa ilmu yang nak disampaikan masa tu....
Tuan Guru memberikan analogi mudah bila ada orang tanya macam manakah ahli syurga dan ahli neraka. Macam mana??

" Ambo bagi satu cerito di mana biar semua kita faham. Ada seorang fakir yang bertongkat datang ke rumah kita dan seorang lagi datang kawan kita untuk memberikan buah durian pada kita. Kalau kita rasa dengan melayan kawan kita yang nak berikan buah durian itu lebih baik daripada kita melayan seorang fakir yang mahu menuntut untuk memberi sesuatu padanya, maka itulah dengan sendirinya boleh menunjukkan kita ini adalah ahli syurga ke atau sebaliknya. Ambo nak pesan memberi itu lebih baik daripada menerima. Orang fakir itu nak bagi kita pahala. Pahala macam mana? Pahala iaitu dengan kita memberi sedikit sedekah dari harta kita padanya. Kita pun tahu macam mana seorang fakir. Kalau pun dia nak tipu kita, masih lagi di kira sedekah kalau kita beri sekali pun. Bukankah itu satu pahala dan itu sendiri menunjukkan kita mempunyai perangai ahli syurga.."

" Kalau kita lebih melayan orang yang hendak beri kita durian, maka orang yang beri durian itulah yg dapat banyak pahala. Kita hanya menerima. Mungkin sedikit sahaja ganjaran yang kita dapat. Biasanya perangai ini boleh menjurus untuk jadi ahli neraka kalau semakin teruk. seperti yang berlaku sekarang. Maka, jadilah seorang yang banyak memberi daripada seorang yang menerima. Kerana itu juga adalah salah satu perangai ahli syurga" demikian kata tuan guru.
Betul juga kan. Semua mengangguk tanda setuju.
Abang pun berpaling kiri dan kanan, rupa-rupanya betapa ramai pakcik makcik yang berteleku di bawah tanah dan bersila. Meminta sedikit bantuan dari orang ramai yang hadir. Bukan tak mahu berusaha namun dengan halangan kekurangan bentuk fizikal, mereka meminta bantuan sebegitu.

Maka bila tuan guru sebut macam tu, ramailah lagi yang menghulurkan sedekah.

" Memang pandai tuan guru menegur orang ramai yang datang untuk sekali menderma pada yang perlu. Kalau tak sebut macam tu tak ramai yang menderma," tercetus dalam hati abang....

Begitulah Tuan Guru nak mengajak orang ramai yang datang untuk menderma. Dalam bahasa yang tak menyakiti sesiapa, namun mengajak untuk semua membuat pahala. Kalau kita boleh ke belajar nak jadi macam ini. Hanya masa menentukan..

**Tergerak juga tangan untuk berbuat begitu setelah kena penangan tuan guru,hehe.....

No comments:

Post a Comment