Abang teringat suatu pengajaran ketika abang belajar di SMK Raja Ali (Aliran Agama ye) dulu....Nama ustazah tu abang dah lupa sebab abang sempat belajar 4 bulan je di sana.....Ustazah sedang bersemangat
mengajarkan sesuatu kepada pelajarnya. Ia duduk menghadap pelajarnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada
pemadam. Ustazah itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini,
ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya
angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam
ini, maka katalah "Pemadam!"
Pelajarnya pun mengerti dan mengikuti. Ustazah berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya,
semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian ustazah kembali berkata,
"Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah
"Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan
diulangkan seperti tadi, tentu saja pelajar-pelajar tadi keliru dan kekok,
dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah
biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Ustazah tersenyum kepada pelajarnya. "Pelajar semua, begitulah kita umat
Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu
jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada
kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq
menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi
kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa
dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu
tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.
"Keluar
berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak
lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa
malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang
asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya ustazah kepada pelajarnya. "Faham ustazah..."(Fahamlah sangat...padahal dulu tak masuk pun dalam hati.Sekadar menerima di akal je...)
"Baik permainan kedua..." begitu ustazah meneruskan.
"Ustazah
ada Qur'an,ustazah akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang kamu
berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Pelajarnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.
Akhirnya ustazah memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an.
Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Pelajar semua, begitulah ummat
Islam dan musuh-musuhnya. ..Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak
anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah
mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan
mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir,
sehingga anda tidak sedar.
"Jika
seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.
Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan
dulu,kerusi dipindahkan dulu, perabot dibuang dulu satu persatu, baru
rumah dihancurkan. .."
"Begitulah
musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam
terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari
perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun
anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti
cara yang mereka tunjukkan... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah
fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan
oleh musuh musuh kita... "
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak ustazah?" tanya seorang rakan abang.
"Sesungguhnya
dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang
Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam...
Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur.
Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit
serentak, baru mereka akan sedar".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala abang dan rakan-rakan keluar meninggalkan tempat belajar kami dengan pikiran masing-masing di kepala............
No comments:
Post a Comment