Wednesday 24 February 2021

JANGAN MENGAKU KALAH

 


Kalau ikutkan, banyak perkara kita nak buat. Kita nak bahagiakan semua orang yang kita kenal dan mengenal kita. 
Kita nak turutkan semua pinta mereka. Kita nak 'memberi' lebih banyak berbanding 'menerima'. 
Kita nak orang tak menyesal mengenal kita. 

Namun, kita punya kelemahan.
Banyak kekurangan. Kita ada keterbatasan. 
Kita sedih, kerana tak mampu turutkan apa yang orang lain hasratkan. 
Kita serba salah tak mampu
menghulurkan bantuan seperti
yang sesetengah orang harapkan. 
Kita jadi ralat harus bertingkah 
bagaimana, demi memuaskan
hati semua orang. 

Allah... 
susahnya. 
Adakala terfikir.  Lebih baik berkawan dengan warga rimba
di hutan. Mungkin tak adalah nak
pening kepala sangat untuk 
fikirkan apa cara untuk  membahagiakan mereka. 

Aduh, jangan begitu diri. 
Janganlah memilih untuk berlemah.
Memilih untuk 'berkalau-kalau'. Teruskan berjuang, jalan terus meluru ke hadapan. Di mana saja yang ada dijanjikan redha Tuhan. Tak apa, usahakan yang termampu.
Tak banyak tak apa. Tak besar tak 
apa. Sedikit yang ada, itu jauh lebih
baik jika diikrarkan dengan jiwa - 
lillahitaala......