”Busuk betul di sini,” keluh seorang petani ketika berada di luar rumahnya. Anak petani itu melihat sahaja kerenah bapanya.”Aku
hairan, sebegitu banyak pokok bunga yang aku tanam, tapi halaman rumah
ini masih busuk juga.” Orang tua itu masuk ke dalam rumah.”Eh, masih busuk juga. Pelik.” Orang tua itu terus marah-marah. Kenapa ke mana sahaja dia pergi terhidu bau busuk.
Tiba-tiba anaknya masuk lalu berkata, ”Ayah, cuba ayah lihat cermin…”
Orang
tua itu pun pergi ke depan cermin. Dia amat terkejut kerana didapati
pada hidungnya terpalit baja tahi ayam yang digunakan di kebun pagi
tadi.Patutlah ke mana sahaja
dia pergi berbau busuk… rupa-rupanya yang busuk bukan orang atau tempat
yang lain, tetapi tahi yang terpalit di hidungnya sendiri.
Pengajaran:
Kejahatan atau keburukan yang selalunya kita nampak ada kalanya
berpunca daripada kita sendiri. Apabila kita asyik nampak akan kejahatan
orang lain, boleh jadi itu petanda kita sendiri yang jahat. Tidak
hairan kalau orang yang berprangsangka dan prejudis sering bertemu
dengan keburukan dalam hidupnya.
No comments:
Post a Comment