Kepada adik-adik yang anggap , mereka susah nak belajar kat sekolah,, yang kuat
merungut, rasa buat semua perkara memenatkan... Selamilah kehidupan orang lain.
Pada 21 Oktober 2011 Yang Lepas, Beberapa Gambar Mengenai Seorang
Pelajar Sekolah Rendah Di Hunan Mendukung Adik Lelakinya Di Kelas Telah
Tersebar Luas. Ramai Yang Menangis Apabila Mendengar Kesusahan Yang
Dihadapi Oleh Pelajar Ini. Ramai Rakyat China Menderma Untuk Membantunya.
Menurut Jurugambar Sebenar Gambar Ini, Lu Qixing.. Gambar Yang Diambil
Bertarikh 29 Julai 2011 Berlokasi Di Kelas Sekolah Rendah Shanjiang
Town, Hunan, China. Pelajar Tersebut Terpaksa Menjaga Adiknya Kerana Ibu
Bapa Mereka Bekerja Di Luar Hunan. Manakala Datuk Dan Neneknya Pula
Terlalu Sibuk Menguruskan Ladang Mereka. Oleh Yang Demikian, Si Kakak
Tersebut Membuat Keputusan Untuk Membawa Adik Tercinta Ke Sekolah Agar
Dia Dapat Menjaganya. Si Adik Dilaporkan Mengalami Kekurangan Zat
Berkhasiat Yang Menyebabkan Kepalanya Begitu Besar.
*Alangkah
Mulianya Hati Anak Kecil Ini. Demi Tanggungjawabnya Terhadap Pelajaran
Juga Terhadap Keluarga.. Dia Sanggup Memikul Bebanan Yang Sepatutnya
Digalas Oleh Kedua Orang Tuanya. Betapa Kita Di Malaysia.. Ramai Bahkan
Berlambak Pelajar-Pelajar Yang Mengabaikan Pelajaran, Tidak Mahu Ke
Sekolah Biarpun Tidak Dibebani Sebarang Bebanan.
Sesungguhnya,
Manusia Akan Alpa Dan Lalai Sekiranya Mudah Untuk Memperolehi Sesuatu
Ni'mat.. Mereka Akan Mula Menghargai N'mat Tersebut Apabila Ia Hilang
Ditarik Tuhan.. Semoga Kita Sentiasa Digolongkan Dalam Golongan
As-Syaakirin.. Golongan Yang Sentiasa Berterima Kasih Dan Mensyukuri
Nikmat Kurniaan Pemilik Sekalian Alam.
Kita Kena Selalu Ingat Bahawa Kita Lebih Baik Dari Orang Lain.Jangan Cari Kelemahan Kita.Cari Kelebihan Kita Berbanding Orang Lain.Inilah Cara Terbaik Untuk Jadi Yang Terbaik!
Ingatan Ikhlas Dari Abang Has......
No comments:
Post a Comment