Tuesday 5 March 2013

Adik berambut perang......

Seorang adik perempuan berambut perang datang berjumpa dengan Abang Has. Dia ingin bertanya beberapa soalan

"Abang Has, bagaimana hendak ikhlas?"

"Kita perlu usaha untuk ikhlas."

"Ibu saya sering kali menyuruh saya memakai tudung."

"Kenapa kamu tidak mahu pakai tudung?"

"Saya tidak biasalah Abang Has.  Lagipun buat apa saya hendak melakukan pekerjaan yang saya sendiri tidak ikhlas."

"Habis tu, bila kamu hendak pakai?"

"Entahlah, tunggu saya ikhlas dahulu baru saya akan pakai. Bukankah, sebagai umat Islam, kita dituntut melakukan segala amal kebajikan dengan ikhlas. Ini kerana, hanya amalan yang ikhlas sahaja bakal mendapat pandangan Allah SWT."

"Kalau kamu mati dahulu sebelum ikhlas bagaimana?"

Intai-intaikanlah.......
Sesiapa yang berjaya mencapai keikhlasan di dalam beribadat, maka dia merupakan orang yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT. Oleh yang demikian, kita perlu berusaha  untuk melakukan amal ibadah seikhlas mungkin walau dengan apa cara sekalipun.

Ustaz Azhar Idrus pernah menyebut:
Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa...
Solatlah walaupun keadaan terpaksa...
Puasalah walaupun keadaan terpaksa...
Kerana kewajipan itu memang kadang kala sifatnya terpaksa...
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan 
hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribdah kepada Allah SWT.
Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dahulu baru untuk beribadah, sampai bila hendak menunggu?
Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari. 
InsyaAllah....
Ibarat makanan, kita perlu suap. Makanan tidak boleh masuk ke dalam mulut sekiranya tidak disuap...

2 comments:

  1. kalau boleh xyah la post gmbar dia x bertudung.. naik saham dosa dia.. :D

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana mengingatkan Abang Has...kadang-kadang Abang Has juga lalai dalam melakukan tanggungjawab.....

    ReplyDelete