Wednesday 13 February 2013

Untuk mu di medan Kinrara.......

Aku memang sedar aku bukan siapa-siapa.
Aku memang sedar aku tidak pantas dihargai
keberadaan aku tidak pernah diperlukan

Aku sahaja yang menghargai kamu seperti ini
aku sahaja yang menganggap kamu seperti permata yang tiada nilainya
aku sahaja yang tidak pernah dapat menerima perubahan

Kamu bergerak pantas meninggalkan aku jauh di belakang
Kamu lupa pada apa yang pernah kamu ucapkan dulu
atau sebenarnya kata-kata itu memang bukan untuk aku
atau segalanya berubah kerana perbalahan antara kita

Aku mohon maaf ...
maaf atas semua kesilapanku
maaf atas semua yang tersilap bicara, tersilap tulis, tersilap kata
aku mohon maaf dunia akhirat.

Semoga Allah swt melindungimu selalu .........
Aku pergi dulu ..........

No comments:

Post a Comment