Saturday 2 February 2013

Hebat!

Abang tidak terus MENEGUR jika adik-adik abang membuat SILAP
Jika semua yang abang kehendaki terus abang MILIKI, dari mana abang belajar IKHLAS

Jika semua yang
abang impikan segera TERJADI, dari mana abang belajar SABAR


Jika setiap doa
abang terus DIKABULKAN , bagaimana abang dapat belajar IKHTIAR

Seorang yang dekat dengan TUHAN, bukan bererti tidak ada air mata


Seorang yang TAAT pada TUHAN, bukan bererti tidak ada KEKURANGAN


Seorang yang TEKUN berdoa, bukan bererti tidak ada masa masa SUKAR


Biarlah TUHAN yang menentukan sepenuhnya atas hidup
abang


Kerana TUHAN TAHU yang tepat untuk memberikan yang TERBAIK


Ketika kerja
abang tidak dihargai


Maka saat itu abang sedang belajar tentang KETULUSAN


Ketika usaha 
abang dinilai tidak penting, maka saat itu abang sedang belajar KEIKHLASAN


Ketika hati
abang terluka sangat dalam


Maka saat itu abang sedang belajar tentang MEMAAFKAN


Ketika
abang lelah dan kecewa


Maka saat itu abang sedang belajar tentang KESUNGGUHAN


Ketika
abang merasa sepi dan sendiri


Maka saat itu abang sedang belajar tentang KETABAHAN


Ketika
abang harus membayar sesuatu yang sebenarnya tidak perlu abang tanggung


Maka saat itu abang sedang belajar tentang PEMURAH


Tetap semangat….


Tetap sabar….


Tetap tersenyum…..


Kerana
abang sedang menimba ilmu di UNIVERSITI KEHIDUPAN..
 
TUHAN letakkan
abang di “tempat abang” yang sekarang, bukan kerana “KEBETULAN”…… 


Orang yang HEBAT tidak dihasilkan melalui kemudahan, kesenangan, dan kebahagiaan.


 MEREKA dibentuk melalui KESUKARAN, TENTANGAN & AIR MATA

No comments:

Post a Comment