Wednesday 13 February 2013

bILA mARAH mELANDA......

Hanya seorang yang pemarah yang boleh betul-betul bersabar. Seseorang yang tidak boleh merasa marah tidak boleh disebut penyabar, kerana dia hanya tidak boleh marah. Sedangkan seorang lagi yang sebetulnya merasa marah, tetapi mengawal kemarahannya untuk berlaku baik dan adil adalah seorang yang berhasil menjadikan dirinya bersabar. Dan bila kita mengatakan bahawa untuk bersabar itu sukar, kita sangat tepat, kerana kesabaran kita diukur dari kekuatan kita untuk tetap mendahulukan yang benar dalam perasaan yang membuat kita seolah-olah berhak untuk berlaku melampaui batas.Jadi janganlah memandang serong orang yang marah.Cubalah membantu untuk meredakan kemarahannya...........kerana orang itu sedang kesunyian....sunyi dari nasihat dan kasih sayang orang sekeliling........




No comments:

Post a Comment