TERSEDAR KESILAPAN DIRI......
Ada satu penyesalan dalam diri abang yang menyebabkan abang bekerja keras menumpukan segala kasih sayang abang dicurahkan pada mereka yang memerlukan. Setelah sekian lama mencari punca perpisahan dalam rumahtangga abang dulu, baru abang jumpa di mana silapnya.Namun kesilapan itu bukan lagi untuk diperbetulkan tapi dijadikan pengajaran pada abang agar tiada lagi insan yang abang lukai. Pengajaran ini bukan abang dapat dari seorang guru,bukan dari syarahan mahupun kata-kata cendekiawan.Tapi hanya dari tulisan seorang penulis yang menulis sebuah cerpen di dalam majalah hiburan......Bacalah....Semoga ada yang mengikuti kesedaran yang abang perolehi....
Rina
sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang
tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu
dan dapat ku lihat keresahan di matanya.
Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.
Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia
hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran
aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula
menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku
tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.
Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami
bercerai. Rina merenung wajahku. Pandangannya kosong. 10 tahun kami
berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya
tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air
matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka.
Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas
dan nyata.
Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa
dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam
satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai
suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam
masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan
penceraian kami. Aku bersetuju.
Kemudian Rina menyuruhku
mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama
kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar
dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak
masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.
Aku memberitahu Tasya
permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila.
Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam
membatu.
Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan
kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa
kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa
dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku.
Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan
sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju.
Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat
kerja.
Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina
bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan
halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata
perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku
tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.
Masuk hari keempat,
aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku
berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan
keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak
memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin
ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.
Suatu
pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai.
Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin
kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya.
Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan
keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul
tubuhnya dan membelai rambutnya.
Kemudian, muncul anak kami di
muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”.
Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin
hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan
mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku
kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku
eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.
Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan
berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku
terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di
pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan
aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina.
Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.
Muka Tasya
berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan
bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak
menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami
tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku
terus melangkah keluar.
Aku kembali ke kereta dan niat hatiku
mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah
di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina.
Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi
hingga maut memisahkan kita”.
Setibanya di rumah, aku terus
berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil.
Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina
kaku. Hatiku berdetak keras.
Kini Rina pergi untuk selamanya.
Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang
dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk
menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia
mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya
kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami,
aku adalah suami yang penyayang.
Perkara-perkara mudah dan
ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam
perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu
hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak
dapat memberi kebahagiaan pada kita.
Jadi carilah masa untuk
menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara
kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan
rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.
ANAK ABAH, NURFARISYA HANANIA.........
No comments:
Post a Comment