Monday 18 May 2020

Abang Has @ DS Hasifi @ Bacikyellow

Dalam dunia perniagaan ada pasang surutnya. Kita sebagai usahawan harus sentiasa bersedia dan sanggup berubah untuk bangkit daripada sebarang cabaran.
.
Ingatlah, bahawa cabaran ini tidak akan berhenti dan silih berganti. Maka persoalannya kepada kita, apa yang boleh kita buat?
.
Abang Has paham, kadang-kadang sampai satu ketika kita buntu tidak tahu nak buat apa, otak jadi blank sampai malas dah nak fikir. Di sinilah moment yang sebenar bagi seorang usahawan muslim itu diuji.
.
Abang Has dah lalu banyak kali. Ketika bisnes dan kewangan kita maju orang akan puji dan sanjung, semua apa yang kita cakap laku. Apabila bisnes kita drop dan down orang tidak akan amik port langsung apa yang kita cakap. Digelarnya kita macam-macam, terasa seolah-olah seperti dah lah jatuh, dipijak-pijak pula.
.
Pada waktu inilah sebagai usahawan muslim kita perlu berbalik kepada-Nya. Serahkan diri ini kepada-Nya. Mengakui yang diri ini banyak silapnya. Buang semua ego di dada. Kerana apa? Kerana hakikatnya semua...Abang Has ulang...SEMUA yang berlaku, waimah daun layu yang gugur ke tanah pun berlaku atas izin-Nya.
.
Jadi cuba kita tanya, kenapa Allah bagi semua cabaran-cabaran ini kepada kita? Di mana dan apa jalan keluarnya?
.
Haa, nanti Abang Has share kat posting Abang Has yang seterusnya ya!
InsyaAllah.
.
.
Akhir qalam.
Guys, ingatlah kisah Nabi Yunus yang fed-up kerana tiada siapa yang ikut dakwahnya.
.
Ingatlah kisah Nabi Nuh yang isteri dan anak kesayangannya sendiri pun tidak patuh kepada arahannya.
.
Ambillah ibrar (pengajaran daripada kisah-kisah ini) This is real men's life story. Bukan kisah dongeng.
.
Cabaran is real my friend!
.
"Sentiasa mencari dan mengejar sampai dapat"

ABANG HAS @ DS HASIFI @ BACIKYELLOW

No comments:

Post a Comment