Monday 15 July 2019

Pertubuhan Kebudayaan Yang Membentuk Agama Di Dalam Diri



Kenali Apa itu Persatuan Dendang Anak

PERSATUAN KEBUDAYAAN DAN MUZIK MELAYU NUSANTARA MALAYSIA (DENDANG ANAK) – PERANAN DAN  KEPENTINGANNYA

Keutamaan dan kepentingan Dendang Anak ialah untuk membawa jin-jin untuk beriman.

Pengetua dan ahli Dendang Anak, tidak perlu ambil kisah
ramai atau tidak orang yang datang melihat apa yang kita dendang atau persembahkan.

Kerana, apa yang penting adalah untuk kita menarik jin-jin datang dan membawa jin untuk beriman. Namun jangan lupa untuk kita beriman.

Oleh sebab itulah orang putih, orang Cina, orang India dan lain-lain akan tertarik dengan Dendang Anak kerana jin-jin mereka yang tertarik sebenarnya.

Kita (Insan) dari alam langit, tiada dendang. Ini yang bermaksud kena balik kepada usul.

Apa yang berlaku, adakala kita bina dulu baru orang datang. Adakala orang datang dulu, baru akan terbina. Jika  teori biasa, orang datang dulu baru terbina. Namun bagi Dendang Anak “kita didatangi maka akan terbina”

Ini kerana ia berkaitan dengan Surah Ar Rahman: ayat 33 iaitu untuk kita lepasi beriman perlu kepada jin (perkara ini berkaitan umat bukan soal infradi).

Jika tiada jemaah dan tidak berserta Sultan maka umat tidak dapat beriman. Atau jika ada Jemaah tetapi tidak berserta Sultan maka umat tidak dapat beriman. Atau ada Sultan tetapi tak berjemaah maka umat tidak dapat beriman.

Jadi kena ada Jemaah dan berserta Sultan, baru benar-benar umat dapat beriman. Baru menepati Surah Ar Rahman : ayat 33. Ini membawa maksud mereka (jin) kena main peranan mereka untuk membolehkan kita menembusi langit. Sebab itu kita perlukan jin-jin datang kepada kita untuk bergabung, mengikat dan membentuk satu jemaah.

Dalam penembusan ke langit, iblis telah sekat dengan halangan yang tidak nyata maka kita perlukan benda yang tidak nyata untuk lepasi sekatan itu. Sebenarnya rahmat Allah itu sentiasa ada, tetapi ia dah disekat. Jadi kita kena usahakan, untuk melepasi sekatan itu untuk mendapat kembali rahmat Allah.

Pengetua tangguhkan program salik, kerana ramai tidak akan lepas jika salik atas perjalanan infradi. Sebabnya jalan ke langit  telah disekat (bottom line). Iblis akan pastikan kita tidak beriman.
(Perjalanan iman ini akan melalui apa yang disyarahkan tentang 9 alam sebelum ini)

Irama Dendang Anak, contohnya lagu Ulek Mayang kesannya akan mendatangkan perkara-perkara yang sebahagiannya berlaku “kerasukkan”. Sebenarnya perkara yang berlaku itu, akan menyerlah untuk kita dapat melihat, menilai, mengkelaskan dan membezakan mentaliti pemikiran manusia. Samada waras @ tidak waras. Antara fikir dunia @ fikir agama. Namun orang yang mentaliti dunia mengatakan kolot, karut, tahyul, mistik dan sebagainya.

Mula-mula sekali perkara yang disekat oleh iblis melalui manusia yang pemikirannya dunia adalah kaedah pembelajaran dalam agama sehingga melahirkan golongan wahabi dan sebagainya. Ia terbukti apabila cara belajar dan mengajar diubah melalui kelulusan ukuran tahap dunia (universiti) dan bukan ukuran dengan Allah. Atau Allah SWT yang iktirafkan.

Oleh sebab itu kita terkongkong dengan dunia dan tidak mencapai tahap iman sepertimana sahabat yang menjadi unggul.

Akhirnya, pemikiran kita dibelenggu oleh jin.

Amat perlu kita kembali membuat kerja sebenar kita (Bani Adam). Kita diutuskan ke dunia bukan untuk buat urusan dunia tetapi untuk buat usaha ke atas jin. Sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Adam, ketika mula sampai ke bumi. Tujuan dibuat usaha ke atas jin ialah untuk membuka jalan menuju Allah, yang mana jalan kepada Allah itu telah disekat oleh iblis laknatullah.

Allah hantar kita (Insan) berupa sebegini ke atas dunia  agar makhluk-makhluk mengenal Allah yang pada diri kita ini, ada Allah Batin dan wajib makhluk datang sujud kepada kita.

Seandainya mereka (jin) tidak sujud maka, ini menunjukkan belum sempurna kerja kita.

Ketika kita solat jin datang melalui kaki sebab itu jadi gatal-gatal pada kaki.

Irama Dendang Anak adalah rentak-rentak yang dapat membuka kembali jalan kepada Allah.

Dendang Anak merupakan suatu kesucian dari Allah.
Jangan mempermainkan Dendang Anak walaupun boleh dimainkan dalam keadaan suka dan ceria namun kena jaga nama baik Dendang Anak. Jaga nama baik DA ialah  dengan menjaga kesucian diri. Semua yang berkaitan DA samada ahli persatuan DA dan ahli Jemaah DA mesti menjaga kesucian dan maruah diri. Jangan disalah gunakan apa-apa tentang DA untuk kepentingan diri. Dan tidak boleh pihak lain secara bebas menggunakan nama Dendang Anak.

No comments:

Post a Comment