Tuesday 5 November 2013

SMART

Assalamualaikum wbt. Setelah sekian lama Abang Has menyibukkan diri di dalam pengurusan perniagaan, kini Abang Has tampil dengan beberapa tips untuk adik-adik tersayang. Kini hujung tahun dah hampir dekat.Tahun hadapan bakal menjelma dan pastinya kita akan mempunyai azam dan matlamat yang baru.Tapi bagaimana kita nak mencipta matlamat itu? Caranya mudah.Kita hanya amalkan SMART.

Apa itu SMART?
S-Specific - Matlamat yang kita ingin bina mestilah tepat dan bukan samar-samar.Contohnya matlamat Raswan ialah ingin menjadikan perniagaan Kepak Ayam Madu nya terkenal di kalangan pencinta makanan tersebut.Kini KING CHICKEN WING telah mempunyai ramai pelanggan tetap.Setiap hari pasti pelanggan-pelanggan ini akan membeli produk beliau dengan kuantiti yang tetap untuk dinikmati seisi keluarga.

M-Measurable - Matlamat itu mestilah boleh dikira atau boleh diukur.Contohnya Raswan menetapkan dalam matlamatnya untuk mempunyai hasil jualan sebanyak RM300 sehari.Alhamdullilah hari ini setiap cawangannya memperoleh hasil jualan RM300++ sehari.

A-Acceptable - Matlamat itu mestilah yang boleh diterima akal.Contohnya Raswan menetapkan matlamatnya untuk setiap cawanagn barunya memperoleh hasil yang memberangsangkan dalam 6 bulan,bukannya hari pertama buka dah capai target harian.

R-Reasonable - Matlamat kita mestilah munasabah dengan keadaan semasa.Jangan sekali-kali bermatlamat untuk menguasai pasaran yang besar.Cukuplah dengan menguasai pasaran yang kecil dulu mengikut kemampuan yang kita ada.

T-Time Bound - Setiap matlamat itu perlulah ada tempoh masa tertentu untuk dicapai.Contohnya Raswan tetapkan matlamatnya akan dicapai pada 5 tahun akan datang. Alhamdullillah matlamatnya itu telah tercapai sekarang di mana dia mempunyai banyak cawangan perniagaannya di Lembah Klang kini atas niatnya untuk membantu insan lain yang sama pemikiran dan tujuan seperti beliau iaitu ingin mempunyai empayar perniagaan sendiri.

No comments:

Post a Comment