Friday 15 January 2016

Instagram Bacikyellow penyambung legasi.....




Salam.... Abang Has kini fokus dengan perniagaan berasaskan makanan. Terlebih dahulu abang Has mohon beribu ampun dan maaf kerana dah agak lama tak aktifkan blog ni. Kerana kekangan masa dan tumpuan kepada sesuatu yang sangat mengujakan kini, Abang Has tak dapat meneruskan perkongsian dan cerita-cerita inspirasi untuk tatapan semua.

Namun begitu Abang Has masih tetap berkongsi ilmu berguna dan inspirasi untuk semua melalui aplikasi Instagram dengan nama Bacikyellow. Lebih mudah untuk diurusselia setiap hari, Instagram Bacikyellow juga Abang Has gunakankan untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dengan kata-kata perangsang dalam bahasa Inggeris. Insyaallah, dengan pemantauan dari seorang guru bahasa Inggeris, ayat dan perkataan di dalam Instagram tersebut dapat disampaikan dengan baik dan berkesan.

Kepada yang terus menyokong Abang Has, terima kasih banyak-banyak dan sehingga kini BacikFan dah mencecah 700 pengikut. Abang Has bukan nak kaya tapi sekarang Abang Has tengah kumpul dana untuk membantu semua yang memerlukan Abang Has.

Akhir kata, blog ni masih tetap aktif selagi nyawa Abang Has hidup di atas muka bumi ini.

" Semangat yang berterusan adalah insurans terbaik kepada kejayaan "...

Assalamualaikum w.b.t....

No comments:

Post a Comment