Friday 12 April 2013

Beratnya rasa bebanan bila banyak masalah yang ditanggung........

Hari ini genap seminggu Abang Has menumpang di teratak seorang sahabat lama yang tiada sekelumit pun yang boleh dirasakan mewah.Segalanya serba sederhana malah adakalanya Abang Has rasa secebis kedaifan.Masyaallah.....Cuma secebis tapi terasa kuatnya tekanan bila hidup dalam suasana begini.

Namun Abang Has tak mengeluh dengan keadaan ini.Abang Has ingat lagi seorang sahabat Abang Has pernah cuba menasihati Abang Has satu ketika dulu tatkala diri Abang Has dirundung kesedihan dan penderitaan.

Tasha....Itulah nama sahabat yang kini telah tiada.Al-fatihah...Beliau adalah sahabat yang paling tekun bila melakukan sesuatu tugasan di syarikat pertama yang Abang Has bekerja dulu.Beliau sering mengisi masa terluang dengan mengelap mejanya tatkala semua tugasan telah selesai.Bila semua berada dalam keadaan 'suci'; (Perkataan yang sering beliau ucapkan sehingga menjadi trademark dia), bukulah yang menjadi peneman sementara menunggu waktu bekerja tamat.....

Abang Has tak pernah bertegur sapa dengannya.Cuma senyum-senyum sahaja kerana meja kami berdekatan. Satu hari Abang Has ditimpa perasaan tertekan seperti keadaan yang dialami sekarang.Semua kerja yang dibuat serba tak kena.Kerja jadi berulang-ulang kerana banyak berlaku kesilapan.Selepas tengahari Abang Has cuba tenangkan hati Abang Has di bilik rehat yang telah tersedia di pejabat tu.Bilik itu jarang ada orang sebab semua pekerja akan mengambil peluang untuk mengisi perut bila sampai waktu tengahari.Kalau tak makan, ada yang pergi jalan-jalan dengan pasangan masing-masing.

Sedang Abang Has mengelamun di bilik tu, tiba-tiba lalu segelas air di depan mata Abang Has. "Hah! Termenung apa tu sampai Tasha masuk pun tak perasan!", rupanya Tasha cuba menyakat Abang Has dengan mengganggu pandangan Abang Has dengan segelas air di tangannya.Abang Has cuma tersenyum dan terus memalingkan muka ke arah lain.Memang Abang Has selalu mengelak dengan kaum Hawa ni sebab dirasakan diri ni tak mungkin disukai mereka....

"Ada masalah ye Has?",Tasha mula bertanya."Tak adalah", balas Abang Has pendek. Tasha terus duduk di sebelah Abang Has.Abang Has tak berganjak dari bersandar di sofa tu.Sambil tu Abang Has pejamkan mata macam orang yang sedang hendak berehat."Has, rasa-rasanya berapa berat air dalam gelas ni?", tanya Tasha sambil menunjukkan gelas di tangannya.Abang Has membuka mata lalu berkata"Dalam 200 gram hingga 300 gram je kot?".....

"Ermmm....ini bukanlah masalah berat mutlaknya, tapi bergantung kepada berapa lama kita memegangnya.Jika saya pegang selama satu minit,tidak ada masalah.Jika Tasha memegangnya selama sejam,lengan Tasha akan sakit.Dan jika Tasha pegang gelas ni sehari penuh,mungkin Has kena panggilkan ambulans untuk Tasha.Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama Tasha pegang,maka bebannya akan semakin berat", celoteh Tasha panjang lebar walaupun Abang Has buat macam tak layan.Tapi sudah menjadi kebiasaan, telinga sentiasa peka dengan apa yang orang sekeliling cakap.

"Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat-laun kita akan tak mampu membawanya lagi.Beban itu akan meingkat beratnya. Apa yang Tasha harus lakukan adalah meletakkan gelas itu sekejap.Berehat sejenak dan mengangkatnya lagi.Kita harus meninggalkan beban kita secara berulang-kali agar kita kan lebih segar untuk membawanya lagi.Jadi sebelum Has pulang ke rumah lepas kerja petang ni, tinggalkan beban tersebut", kata Tasha dan terus berlalu pergi. Abang Has terpinga-pinga................Tapi makna di sebalik kata-kata tu cukup Abang Has faham.......

.

No comments:

Post a Comment