Semalam satu hari abang Has berehat di rumah.....Baru terasa letih sedangkan sebelum tu 3 minggu berterusan menyiapkan laporan program yang berlambak-lambak untuk ditanggung. Tapi malam tadi sempat jugalah selitkan diri keluar minum-minum di restoran kesukaan abang. Sedang menunggu pesanan tu abang ternampak seorang kenalan yang abang cukup kenal melalui Facebook sbelum ini.Dia ni seorang penulis buku.Lalu abang pun menghampiri mejanya.Syukur kerana dia juga kenali abang sebagai rakan Facebooknya.Maka mulalah abang bertanyakan perkembangan kerjayanya dan macam-macam lagi.Dalam masa yang sama abang mengaktifkan recorder abang yang sentiasa abang bawa..Mana tahu ada ilmu yang boleh abang dalami dari kata-kata seorang penulis ni.Dan dalam rancak bercerita tu,dia mula ceritakan pengalaman dia sebelum menjadi penulis berjaya.....Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang berjaya.
Beginilah kisahnya...
Entahlah
apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang
kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak...." Ada
duit? Minta ayah sedikit.."
Saya masih ingat waktu itu kehidupan
saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada
satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada
hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.
"Emak,
ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba,
sukar ditembak reaksinya.
" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?"
Emak
mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu.
Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu
menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga
memberinya.
Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi
yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas
dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang
sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya
masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.
Begitulah
selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya
akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu
mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk
diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan
tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak
terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).
Begitupun
setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran.
Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
sentiasa memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya.
Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat
disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana
'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya
atau disampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya
semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya
mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke
kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan
kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang
dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
"Nanti, besarlah
kereta kamu ini...." ujur ayah senyum. Apapun saya tetap memenuhi
permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan
kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang
diselitkan dalam kocek anak saya.
" Eh tak payahlah ayah..."
sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil.
Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk
kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi
kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa
segan, duit diberi melalui anak.
"Kenapa, dah kaya?" usik ayah.
Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang
bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya
mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini
sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak
semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa
melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh mulut ayah.
Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya
menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak
bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk
kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan
semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya
tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang
berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau
kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah
al-Wahhab itu!
Adik-adik ingin tahu apa pesan penulis itu kepada abang? Ya, mari kongsi bersama :
"
Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah
itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi
betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi
mengabaikannya.
"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada
diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi
percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA
MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah
sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada
keredhaan ibu bapa."
Baiklah, inilah sebenarnya rahsia
'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga
tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya
ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?Tidak mengapa, memberilah
kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa
sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain
bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita
ketika mula memberi!............Tersentuh jua hati abang Has tatkala dengar kisah tu.(Tapi masa dengar balik recorder tu dah hilang dah perasan tu...ahaks!)