Tuesday 22 January 2013

Adik angkatku lagi sorang....

Sudah lama kami tidak bertemu, rasanya hampir lima tahun. Kali terakhir aku menghubunginya untuk memberitahu ucapkan tahniah atas perkahwinannya sebab waktu itu aku di luar daerah. Selepas itu hubungan kami terus terputus, sepi tanpa berita.
Tapi, panggilannya minggu lepas mengejutkan aku. Berita yang dikhabarkan seakan tidak percaya. Diakui, adik aku ni seorang yang cantik jelita, kulitnya putih bersih macam taufu fa. Tutur katanya lemah lembut, telinga yang mendengar suaranya boleh jadi kembang. Berkerjaya, seorang programmer, graduate oversea. Orang kata dari hujung rambut sampai hujung jari kuku dia ni memang ‘perfect’. Sampaikan nak bersalam pun rasa segan, maklumlah tangan abang angkat dia ni kasar macam kertas pasir.
Dia memang beruntung, amat bertuah mendapat seorang suami yang berkedudukan tinggi. Aku tak tahu suaminya kerja apa, tapi gaya hidup mereka mewah. Orang berada! Rezeki Allah…
Pada pandangan, pendapat aku mereka berdua ni memang ‘loving couple’. Cakap je tekak nak makan apa, pasti dapat. Bak kata minum pagi kat Jepun, makan tengah hari kat London, makan malam kat Muara Klang. Ishh.. ishh… Jauh, macam langit dengan bumi jika dibandingkan dengan aku yang hidup kais pagi makan pagi, kais kais kadang2 tak dapat pun. Begitulah gambarannya…
Aku gembira melihat adikku ini bahagia, seronok bila tengok mereka bergurau senda suami isteri. Tak cemburu tapi jeles...
Tetapi inilah kenyataan yang harus di terima. Kita insan kerdil, sentiasa ada kekurangan. Hampir 10 tahun menyulam kasih, berintikan cinta, tapi sayang benih tak subur. Mereka tidak ada cahayamata. Sebabnya, wallahualam…
“Tolong la, adik dah tak tahu nak buat apa…” katanya dalam tangis.
“Sabar. Abang nak buat macam mana. Dia nak anak, itu keputusannya. Dia lelaki! Adik terima je la… adik tahan dulu, terima wanita itu sebagai madu.” Entah… aku pun tak tahu nak cakap apa.
“Please… adik tak boleh terima semua ni!” Hmmm…. Aku pun bingung!
Aku tidak menyebelah mana-mana pihak. Kedua-duanya sempurna, baik. Tidak tahu di mana silap mereka. Aku pening!
Tapi aku sayu dengan cerita adikku ini. Dia tidak tahu langsung suaminya mempunyai niat untuk berkahwin lain. Seperti biasa suaminya pulang ke rumah, mereka tetap mesra seperti biasa. Bercumbuan, berpelukan, bermesraan sambil bersuapan kut…
“Abang nak anak. Izinkan abang kahwin lagi satu…” tiba-tiba. Aduhhh… kesiannya. Dan sejak itu mereka terus dingin hingga kini. Aku kira bukan adik aku je yang tak boleh terima. Semua wanita di dunia ni akan berasap telinga bila suami mereka cakap macam tu…
Terharu… aku lihat wajahnya bila berjumpa baru-baru ni tidak ceria seperti dulu. Hatinya tercalar luka. Kusut masai macam orang mati laki. Paling terkejut, dia ambil keputusan untuk bercerai! Aku pegang tangannya, suruh berfikir masak-masak. Linangan airmatanya menggambarkan dia ‘terpaksa’ nekad dengan keputusan itu. Aku tahu dia masih sayangkan suaminya. Kasih sayang mereka berdua masih tebal, harum semekar bunga tulip.
Aku ceritakan padanya dari A to Z, aku bawa dia balik ke rumah (tapi aku tak tidur umah ye...Rasenye sume pon tahu aku tido mane kan tiap2 malam)… biar dia lihat sendiri bagaimana kehidupan selepas bergelar ‘single’. Biar dia tahu, biar dia rasa macam mana aku rasa. Aku tidak mahu kekesalan menghantui hidupnya nanti. Cerita punya cerita aku yang tak tahan dan kami sama-sama menangis!(Jantan pun tak tahan tau kalau luka hati ni).
Aku doakan semoga dia kembali ke pangkuan suaminya. Membina semula bahagia yang telah sedia ada. Lupakan pepatah ‘retak menanti belah’, retak sikit2 tak per…. Adatlah tu!

Aku ni dah macam abang Long se Malaysia la pulak. Bila ada adik2 yang ada problem rumahtangga datang jumpa aku. Gaduh ngn laki pun nak cerita kat aku. Macam-macam hal! Lama-lama kepala aku yang pecah nak pk masalah adik-adik kesayangan ni. Kononnya aku ni banyak pengalaman, boleh bagi nasihat. Minta pendapat apa nak buat kalau laki dorang tu main kayu tiga ke, tak balik umah ke, ada simpan pompuan ke. Senang… aku jawab, buat bodo jer… 

No comments:

Post a Comment