Friday 28 February 2014

SMART

Tak sedar selama ini banyak kesilapan dan keburukan yang wujud dalam diri abang ni.Tatkala dirodok siulan cerca dan sindiran, bukan kesedaran yang menerpa tapi amarah pula yang dibangga. Bila perkara menjurus kepada konflik baru terkapai-kapai mencari kesedaran dan menyesal tak sudah.

Ya....abang tak sehebat langit yang sentiasa didongak orang ramai.Abang tak segagah lautan yang boleh menerima segala-gala yang dihumban padanya.Tapi selemah-lemah abang, abang jelas tentang masa depan abang.Mencipta matlamat yang jelas bukan susah. Seorang yang abang hormati mengajar satu konsep untuk merangka matlamat.SMART. Specific,Measurable,Achievable,Reasonable,Timebound.

Matlamat kita mestilah terperinci(specific).Kita selalu bercita-cita.Sebagai contoh nak jadi guru.Tapi Guru apa?Guru sukankah?Guru agamakah? Kalau nak jadi guru agama, tapi di mana?Guru agama di sekolah rendah ke? Guru agama di sekolah agama ke? Guru agama di pusat pemulihan akhlak ke? Inilah yang dinamakan terperinci.

Matlamat kita juga mestilah boleh diukur(measurable).Ukur? Macam ni.....Saya nak jadi seorang guru agama yang boleh mengajar 100 orang murid dalam satu masa di sekolah rendah.ermmm....Maksudnya orang boleh menilai tahap pencapaian kita...Mungkin guru lain mampu mengajar 30 orang je dalam satu masa.Dan ada yang boleh mengajar sehingga 500 orang dalam satu masa tanpa masalah.Jadi kita tetapkan matlamat kita untuk mengajar pada satu tahap mengikut kemampuan kita.

Matlamat juga mestilah yang boleh dicapai(achievable) dan munasabah(reasonable) untuk dilakukan.Saya nak jadi seorang guru agama di sekolah rendah yang boleh mengajar 100 orang murid dalam satu masa selama 24 jam tanpa henti di sekolah rendah.LOGIK ke? Ada ke yang mampu mengajar tanpa henti seperti itu?Atau pun ada ke yang nak diajar selama itu tanpa henti?Jadi jangan buat matlamat yang tak logik apatah lagi terang-terang bercanggah dengan hukum agama mahupun sains.

Dan yang pasti kita mesti menetapkan tempoh(timebound) matlamat kita untuk dicapai. Saya nak jadi seorang guru agama yang mampu mengajar 100 orang murid serentak di sekolah rendah.....Tapi bila nak jadi tu? Bila umur 40 tahun?Lepas dapat anak ke 5? Sebelum masuk universiti? ermmm........Kalau nak matlamat yang hampir tepat macam ni. SAYA NAK JADI SEORANG GURU AGAMA YANG MAMPU MEMBIMBING 100 MURID SERENTAK DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH YANG TERKENAL DI MALAYSIA DALAM MASA 7 TAHUN DARI SEKARANG......BOLEH?   Be SMART!!!!!

Bukan adik abang tak boleh. Memang boleh pun buat matlamat yang sempurna dmi masa depan kita.Tapi tanpa semangat yang kuat untuk menempuhi laluan ke arah matlamat tu, matlamat tu tak mungkin menjadi realiti pun.Abang teringat satu rangkap masa kursus pra perkahwinan dulu... 

 "Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"

Ni ayat Al Quran....Ayat ni selalu abang ingat setiap kali menghadap kesukaran....Sebab Dia suruh kita tetap lakukan walau payah macam mana pun sebab baru kita ketahui kenapa perkara yang kita buat tu payah...Kalau kita tak lakukan sebab payah, sampai bila pun kita tak tahu sebabnya kenapa benda tu payah nak buat........ 

   

Tuesday 11 February 2014

Mohon doa kalian buat diri ini..............

Secara jujurnya.....Memang ada keinginan ingin berteman setelah hampir 6 tahun bersendirian. Dan pernah juga bertemu seorang guru yang punyai 3 anak di mana dia digantung tidak bertali. Namun  setelah berusaha membantu menyelesaikan hal mahkamahnya, si dia meluahkan tentang kasihnya yang masih utuh pada sang suami. Mungkin kerana namaku yang diberi makna kemaafanku, aku membantu sejujurnya menjernihkan hubungan keduanya.Alhamdulillah mereka telah rujuk kembali malah kini telah bertambah seorang anak lagi. Sesungguhnya memang terasa kegembiraan itu bila segalanya mula kembali bahagia....

Tatkala perkara itu berlalu, memang tidak ada lagi niat di hati untuk mencari.Tapi disapa oleh seorang guru kaunseling pada satu ketika.Juga seorang ibu dengan 2 anak digantung tak bertali. Malah anak sulungnya tiadalah berbinti....Tika itu sekadar niat untuk membantu anak tersebut agar masa depannya cerah. Ditawarkan namaku sebagai bapanya lalu kuuruskan segala hal dengan JPN. Ketika urusan tersebut berjalan, sekali lagi hati ini disulami bibit hubungan setelah diluahkan sang ibu. Namun aku dapat meneka pisang bakal berbuah kali kedua tatkala kulihat kelibat sang suami di sekolahnya. Lalu tidak ditunggu untuk mengundur diri sebelum ditolak kemudian hari.Memang benar, tiada penyesalan malah keduanya kembali bertaut walaupun tidak diketahui status di antaranya.

Kini moga diri tabah mengharungi perjalanan yang belum selesai ini. Tekad di hati menutup segala seri dari seorang bergelar isteri. Cukuplah kejayaan anak bangsa menjadi penyeri.Cuma kumohon doakan moga hatiku kuat menongkah arus, jiwaku kuat mempertahankan kasih sayang yang tulus ini dari terus diguris dengan lebih dalam lagi..............

Ikhlas dari seorang insan bergelar lelaki yang pernah berteman, pernah mengecapi kebahagiaan, pernah rasa disayangi mahupun dicintai, dan pernah dilukai.Luka yang paling dalam diperoleh oleh sang lelaki tatkala dikhianati wanita yang paling dicintai..............


Monday 10 February 2014

Watak kita yang mana?

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam-macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada juga yang kurang elok mahu pun busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang baru belajar hidup berdikari, mereka berusaha membantu adik-adik mereka yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang lupa diri.

Tiba-tiba, semasa sedang berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Percabulan si adik itu dilakukan oleh sekempulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik lain yang lemah ini hanya mempu memandang dengan kesayuan dan senyap. Tetapi abang-abang ayng kaya dan berkuasa hanya melihat dengan keseronokan bahawa adik perempuam mereka dicabul kehormatannya di depan mata sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, "marilah berbincang dahulu, jangan terburu-buru, bahaya."



Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah penuh rakus dan nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan. Maka si abang-abang telah mengambil tindakan dengan berbincang sambil menjamah makanan-makanan yang mewah beserta minuman-minuman yang lazat di khemah mereka. Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." itu kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dan berdarah muda dengan bersemangat ingin bergaduh dengan pendatang haram tersebut, dan ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata, "Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambil jalan yang lebih berdiplomasi."
Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut. Seraya berkata "Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu." Lagak si abang kononnya ingin memberi tekanan walaupun sebenar mempunyai kekuatan dan kuasa untuk menolong.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari adik-adik berdarah muda cuba mendapatkan bot penyelamat, tetapi dihalang oleh abang yang lain.

"Hoi monyet..senyap..pengkhianat!" Getus hati si adik yang tidak berpuas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik-adik berdarah muda ini merosakkan keadaan dan suasana sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan kehilangan kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi mengadakan mesyuarat lagi, tapi kini kononnya lebih derastik dan tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat pula.

"kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pandatang haram mencabul adik perempuan kami."

"Selamatkan adik kami yang kelemasan."

Tetapi mereka hanya memasang banner(sepanduk) di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang akan membantu mereka. Walhal mereka tidak tahu atau buat-buat tidak tahu atau terlupa, bahawa yang sebenarnya sekeliling sudah tahu dan memerhati apa yang terjadi, cuma tidak dapat membantu kerana bagi mereka, si abang sendiri tidak menolong bagai mana mereka ingin menolong, tambahan pula adik sendiri yang mahu menolong pun dihalang apatah lagi dari pihak luar.

Adik perempuan mereka semakin rakus dan teruk dicabul, pakaiannya sudah robek entah kemana, tiada apa yang melitupi tubuhnya kini, hanya tangisannya dan jeritan kesakitan meminta tolong semakin kuat kedengaran.

Adik-beradik tadi hanya terus menonton darama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kononnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi hanya kelihatan tangan terhuyung hayang di terngah lautan meminta tolong, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu melaikat maut datang mengambil nyawa.

Lalu si Abang mengambil tindakan, kini dikatakan lebih tegas kononnya, "Selamatkan adik kami yang kelemasan," banner yang tadinya diangkat lebih tinggi dengan harapan ada orang lain membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik, besar dan mahal. Sedang pula adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut dilautan. Adik-beradik lain terus bermesyuarat, mesyuarat da mesyuarat, untuk menghasilkan banner dangan wording yang lebih menarik....



Itulah kisah "keluarga besar" di sat tempat yang dirahsiakan namanya.
catatan :-
+ Adik perempuan itu bernama Palestine.
+ Adik lelaki itu bernama Iraq(dan umat Islam lain yang ditindas, spt di tak bai, khasmir dll)
+ Abang-abang itu negara2 Arab yang kaya raya dan berkuasa.
+ Adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun/mundur.
+ Adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam (spt Ikhwanul Muslimin)
+ mesyuarat itu pula adalah mesyuarat OIC
+ bapa yang mati itu adalah Khalifah.


"lalu, siapakah kita dan dimanakah kita??? watak apakah yang sedang kita lakonkan sekarang???"

-paling tidak pastikan do'a kita tidak putus-putus untuk saudara kita :)