Thursday 26 December 2013

Masalah yang Abang Has tak mampu lagi nak tanggung

Kadangkala Abang Has juga tak mampu menanggung masalah yang datang menghadap.Pernah satu masa tu, perkara ini terjadi dan membuatkan Abang Has rasa bagai dihimpit gunung yang besar.Abang Has memandu kereta tanpa arah tujuan.Berhenti di mana sahaja tatkala kereta kehabisan tenaga.Isi semula dan berjalan lagi.

Walaupun dalam kekusutan,mata masih mampu melirik melihat papan tanda di jalan.Chenor,Gambang,Kerteh,Catbang Tiga,Batu Enam,Jerteh, Pasir Putih,Wakaf Tapai,Grik,Jelapang,Sg.Petani,Ipoh,Menglembu dan akhirnya Abang Has singgah di sebuah gerai di Lenggong.

Sedang alpa menghirup Nescafe tarik tu dengan fikiran melayang tanpa tumpuan,tiba-tiba seorang pakcik tua duduk di hadapan Abang Has.Dia memberi salam dan kenalkan dirinya sebagai Pakcik Bakar.Pakcik Bakar tanya nama siapa, datang dari mana,asal mana,ada saudara ke dekat sini......Tapi Abang Has cuma layan ala kadar sahaja.

"Pakcik tahu awak ada masalah sekarang.Kalau tak takkan awak boleh sampai ke tempat sedalam Felda Lenggong ni.Awaklah orang luar pertama sampai ke sini tahun ni.Cikgu-cikgu baru kat sekolah sekitar sini pun belum ada yang muncul lagi.",cerita Pakcik Bakar panjang lebar."Malam ni awak tidur mana?",tiba-tiba Abang Has terasa seperti tertarik sangat dengan pertanyaan tu setelah hampir 60 jam memandu tanpa henti."Tak tahulah pakcik.Sini ada hotel tak?",tanya Abang Has."Meh dok rumah pakcik malam ni.Awak tu dah jauh berjalan.Tengok muka macam baru lepas mengembara empat lima negeri je", ahh sudah.Pakcik Bakar ni macam tahu pula apa yang berlaku pada Abang Has ni.

Malam itu Abang Has tidur di rumah Pakcik Bakar.Sunyi je.Pakcik Bakar tinggal seorang di rumah tu.Anaknya 2 orang masih belajar.Seorang di Ohio,Amerika dan seorang lagi Melbourne,Australia.Dua2 perempuan.Hebat anak pakcik ni belajar.
Esoknya bila Abang Has tersedar,jam dah menunjukkan pukul 10 pagi.Tersentak Abang Has kerana terlepas solat Subuh.Walaupun dah tiga hari tak menunaikan kewajiban tu sebelum ni."Hah, dah bangun.Nah tuala.Pergi mandi segarkan badan tu."

"Pakcik nak kejut Subuh tadi tapi tengok awak berdengkur sampai bergegar lemari bilik tu.Penat sangat nampaknya.Tu yang pakcik biarkan je awak tidur.lagipun awak musafir.Boleh kada' je solat tu nanti."

Selepas bersiap,Pakcik Bakar hidangkan ubi kayu rebus dengan kelapa.Sedap rasanya ubi tu."Pakcik tahu masalah awak besar sangat.Kalau awak boleh tanggung masalah tu,awak takkan sampai ke sini.Hanya orang yang dah tak boleh tanggung masalah je akan jadi macam awak ni",tiba-tiba Pakcik Bakar berkata umpama dia tahu membaca diri Abang Has ini.Tiba-tiba dia ke dapur dan mengambil segenggam garam lalu mencurahkan ke dalam jug berisi air masak di depan Abang Has."Minum air ni dan bagi tahu apa rasa".Abang Has meneguk dan terus meluahkan kembali air tu."Pahit!"

Pakcik tu ke dapur kembali dan keluar dengan segenggam garam lagi,"Meh ikut pakcik".Abang Has mengekori Pakcik Bakar sehingga ke tempat mandi di belakang rumahnya.Dia menabur garam ke dalam perigi di situ.Mengambil sebatang kayu dan mengacau airnya beberapa pusingan."Cuba awak air ni",Abang Has meneguk air perigi itu," Segarnye rasa".Pakcik Bakar tersenyum.Lantas mengajak masuk ke rumah.

"Garam ni macam masalah kita juga.Kalau kita letakkan ia dalam pemikiran kecil kita macam jug tu,pahit rasanya bila kita hadapi.Tapi kalau kita nikmati ia dengan melapangkan dada selapang-lapangnya seperti telaga tadi,secara tak langsung kita akan mengubah masalah tu menjadi perkara yang menyegarkan kembali pemikiran kita"..........Abang Has tergamam.....

Itulah kali terakhir Abang Has bersua dengan Pakcik Bakar atau Tengku Bakar bin Tengku Ibrahim yang pada hari jenazahnya dikapankan baru Abang Has tahu Pakcik Bakar yang Abang Has temui itu sebenarnya datuk saudara atau abang kepada arwah nenek Abang Has.Al-fatihah..........

MELAWAN CAKAP MAK UMPAMA TAK ADA MAK PUN TAK APA

Tadi Abang Has keluar sebentar untuk mendapatkan makanan untuk perut yang berkeroncong sejak pagi ni. Angannya nak cari sate Kajang.Maklumlah kat Bangi ni bersepah sate Kajang tapi sejak bermastautin kat sini belum pernah merasa sate Kajang tu. Ketika sedang memandu penuh keenakan, tiba-tiba trafik sesak.Pemanduan yang awalnya 60km/j dah jadi pemanduan selangkah demi selangkah.Ruparupanya ada sekatan jalanraya oleh pihak polis.



Bila hampir dengan kelompok polis itu, ternampaklah sekumpulan penunggang motor ditahan dan berderet duduk di bahu jalan.Tercetus di hati ni bahawa mereka terlibat dengan lumba haram.Tiba-tiba Abang Has terkenang kembali peristiwa ketika menumpang di rumah kakak angkat di tengah Negeri Melaka dulu.


Ketika sedang menikmati makan malam yang disediakan oleh kakak angkat Abang Has malam tu dengan ditemani adik lelakinya, Abang Has mengajukan soalan pada kakak angkat Abang Has tu," Jaie mana Kak Leha?", tanya Abang Has tatkala tiada melihat kelibat anak lelaki Kak Leha tu di rumah ketika itu.Si Jaie ni adalah bekas peserta program yang pernah Abang Has sertai dulu.Masa tu Abang Has cuma jadi fasilitator je.Dan ketika itulah Abang Has kenal Kak Leha ni.Dia ibu tunggal yang amat teliti dalam menjaga anak dia yang seorang ni.Semua kem atau program yang boleh membentuk anaknya menjadi anak yang baik dia hantar.


"Entahlah Has.Tadi kata nak pergi rumah Zahari buat kerja sekolah,Nanti -nanti baliklah dia tu", sejuk perut ibu yang mengandungkan anak yang bertanggungjawab macam tu.Seingat Abang Has masa tu, remaja sebaya dengan Jaie tu kalau malam-malam begini kalau tak tidur senyap dalam bilik,mesti melanguk tengok tv je. Tiba-tiba telefon bimbit Kak Leha berbunyi.Kak Leha menyambut panggilan tu dan terus muka dia berubah.Beberapa detik kemudian, perbualan dimatikan.


"Has jom teman akak jap.Jaie kena tahan polis dekat Lorong Pandan", kata Kak Leha.Abang Has dan Kak Leha pun terus mengisi perut kereta dan berlalu meninggalkan adik lelaki Kak Leha di rumah seorang diri.Kak Leha kelihatan muram.Di balik wajahnya yang ayu persis Vanida Imran tu terselit perasaan kecewa dan kerisauan."Akak tak tahu lagi nak buat macam mana dengan si Jaie tu lagi.Akak dah cuba macam-macam.Tapi semuanya masih tak dapat ubah perangai si Jaie tu....", kata Kak Leha pada Abang Has.Secara tidak disedari airmata Kak Leha meleleh ke pipi.Kak Leha meletakkan kepalanya di bahu kiri Abang Has."Tak ada apalah tu kak,Has kan ada.Jaie tu baiklah budaknya.Cuma belum sampai akal dia untuk berfikir matang.Biasalah kalau berfikiran budak ni,asyik ingat benda seronok je..",pujuk Abang Has meredakan hati Kak Leha yang gundah itu.

Bila tiba di lokasi, rupanya ada sekatan jalanraya oleh pihak polis.Dalam hati terdetik juga si Jaie ni dah terlibat dengan jenayah ke sampai sekat-sekat jalan ni.Bila Abang Has berhenti di bahu jalan, Kak Leha terus keluar menuju ke arah segerombolan anak muda yang duduk berkumpul di suatu sudut.Nampak kelibat Jaie sedang memandang ke arah ibunya.

Dari jauh, tampak si ibu bagai meluru tak sabar-sabar untuk tiba ke tempat anak lelakinya berdiri. Abang Has pula berjalan lesu. Waktu tika itu hampir jam 12 tengah malam.

Sebaik tiba di depan anaknya, tanpa lengah si ibu bagai melepas geram terus mencubit dan menampar badan anaknya si Jaie. Abang Has dan anggota-anggota polis di situ terpinga-pinga melihatkan situasi itu lantas beberapa anggota polis trafik meredakan keadaan.

Terkedu si Jaie yang dua jam lalu, beriya-iya mendakwa ibunya sudah memberi keizinan untuk dia menunggang motosikal milik arwah bapanya dan turut dibonceng rakan sekampung berusia 16 tahun.Itu apa yang diceritakan oleh polis tu pada Abang Has.

Ketika cuba ditahan, dia melarikan diri dari sekatan jalanraya dan turut menendang motosikal anggota penguatkuasa yang mengejar mereka.

"Masuk lokap je encik. Masuk sekolah jahat Henry Gurney. Tak apa, saya rela," tercetus akhirnya luahan hati si ibu sebaik diredakan.

"Aku tak boleh kawal kau lagi. Kat sekolah kau anak murid aku, kat luar aku tak boleh kawal kau seorang. Selama ini kau cakap tak goyang, tak goyang, tengok semua polis ni, tengok!!!"

"Kalau dahi ni tak sujud pada sejadah, inilah jadinya", berterusan si ibu melepaskan geram bagai sebuah drama realiti di depan hampir 50 pegawai dan anggota polis serta anggota Rela yang turut bersama-sama dalam operasi itu.

Suasana menjadi sunyi dan hanya kedengaran suara si ibu. Semua memerhati. Semua bagai menyokong tindakan si ibu. Mat-mat rempit lain yang sibuk berbual sesama sendiri turut kaku melihat adegan itu. Mungkin timbul keinsafan dalam diri mereka.....

"Ibu cakap, jangan keluar, kau cakap nak pergi buat keje sekolah.Ibu dah kata malam minggu jangan keluar. Jangan! Jangan!. Tak tengok kat TV ke orang kena tangkap", luah si ibu dan suaranya beriring nada kekesalan.

"Bila kita marah, dia cakap nak rompak rumah orang. Tak kurang ajar punya anak? Sampai hati kau jadi anak macam ni. Budak sekolah pukul 10 duduk rumah," kata si ibu lagi dan kali ini nada sudah berselang kesedihan.

Tatkala itu, sudah mula mengalir airmata si ibu itu lagi. Si anak hanya tunduk kaku, tak seperti tika selepas ditahan dua jam sebelum itu, ceria, beriya iya. Kata polis pada Abang Has, sebelum tu dia kelihatan suka je bila kena tahan dan menegakkan kata-kata dia yang ibu dia bagi kebenaran.Ibu dia datang sayur jadinya budak tu.
 

Abang Has tak mampu nak berkata-kata. Mungkin sudah puas meleteri anak-anak orang yang macam itu. Mungkin sudah kering airmata Abang Has memikirkan kedegilan anak-anak sebegini tika ibubapa keluar mencari rezeki buat kesemua anaknya.

Bagi meredakan keadaan, seorang inspektor polis mencelah Kalau tak silap nama yang tertulis di pakaiannya Ajwad..

"Kami akan charge (tuduh) dia lari dari sekatan jalan," kata Inspektor Ajwad tegas.

Mungkin mendengar penjelasan ringkas Inspektor Ajwad itu, tercetus luahan si ibu lagi.

"Kat rumah berapa kali dia nak tumbuk saya. Sekarang ni apa? Aku ni ibu kau. Hari-hari aku doa, Ya Allah jadikanlah anak aku golongan yang baik-baik. Tapi kau jawap apa? Ibu mampus, ibu mampus". Ya Allah, terkejut Abang Has bila Kak Leha kata macam tu.Ada juga anak yang cakap begitu pada ibu yang melahirkannya.

Ketika itu, si ibu mencucuk-cucuk perut si anak. Hilang segala kehebatan si anak. Akhirnya ibu juga yang datang. Biar marah, kesemua yang menyaksikan bagai mengerti, dia tetap anaknya. Dia tetap darah dagingnya. Mungkin sudah kemuncak kemarahan si ibu.

"Nanti puan datang ke balai trafik untuk jamin anak makcik," jelas Inspektor Ajwad lagi.

Sambil menjeling marah ke arah anaknya, si ibu dengan cepat menjawab: "Jamin kau? No, no. Ibu tak akan jamin kau, tak ada tak ada," katanya bagai puas, biar malam itu menjadi pengajaran buat si anak yang degil itu.

  Kak Leha berlalu pergi mendapatkan Abang Has.

Lantas, Inspektor Ajwad mengarahkan anak buahnya untuk membawa Jaie dan semua tahanan itu ke balai. Tak sempat dibawa, Jaie itu meraung-raung menangis mengejar ibunya.

Sekali lagi kami tersentak. Si ibu tak mempedulikannya. Kami yang melihat bagai menyokong tindakan si ibu. Biarkan dia rasa. Biar dia serik. Biarkan. Itulah kata hati kami. Kami pun marah. Apatah lagi mendengar luahan hati si ibu di pagi yang bening itu.

Berterusan suara si anak merintih pada ibunya. Semakin jelas suaranya. Si ibu berhenti. Dibiarkan anaknya menangis, meraung di depannya. Direnungnya anaknya itu.

Siapa tak sayang anak. Tentu wanita ini ibu yang baik. Apatah lagi sebagai seorang guru, sifat penyayang tinggi dalam diri mereka. Tampak wajah amarah si ibu sudah bertukar menjadi simpati dan penuh kasih sayang, tatkala si anak menarik-narik tangan yang sama mengendong dia ketika kecil, memimpinnya ketika melintas jalan, menepuk-nepuk tika mahu tidur.

Akhirnya si ibu mengalah. Dipimpin tangan anaknya ke kenderaan polis. Berdiri kaku si ibu melihat si anaknya di bawa pergi.

Selepas segala proses selesai, Abang Has dan Kak Leha berjalan keluar dari balai beriringan dengan anaknya sambil tangan dipimpin erat, kuat-kuat bagai tak mahu melepaskan anaknya itu.

  Abang Has sempat menegur si Jaie menasihat si anak itu ,"Jika tak kasihan pada diri sendiri, kasihanlah pada ibu. Kasihan ibu berhempas-pulas membesarkan awak. Esok awak dah kahwin, awak nak anak awak macam awak?".

Tertunduk diam si anak itu. Abang Has tepuk bahunya beberapa kali dan sempat berkata padanya , "Awak mesti anak yang baik sebab tu awak menangis minta maaf pada ibu tadi", Dan sempat Abang Has mengucapkan terima kasih kepada si ibu kerana tak putus asa dengan kasih sayang pada si anak yang degil ini. Tersenyum si ibu bagai mereda hati dan perasaannya..

Itulah antara kisah kisah kecil yang mahu Abang Has jadikan iktibar untuk kita semua. Kongsilah dengan sesiapa, pada anak-anak, pada anak saudara atau mungkin pada diri sendiri. Jahat mana sekalipun, ibu mahupun ayah tetap bersengkang mata buat anak-anak. Biar sakit lutut, biar membuai diri dek tak lena tidur, demi anak!

Itu hanya sekelumit. Abang Has memang mahu berkongsi semua kisah di sini tetapi kadangkala masa tak mengizinkan. Yelah kais pagi makan petang. Kalau tak dikais, mahu tak makan petang nanti kan..........


Wednesday 18 December 2013

UNTUK ADIK-ADIK TERSAYANG......

Adik-adikku....
Adik harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapan adik ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalan adik dan cukup berani untuk membetulkan kesilapan adik.
Adik-adikku...
Jadikan diri adik bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
Adik-adikku....
Bermimpilah tentang apa yang ingin adik impikan, pergilah ke tempat-tempat adik ingin pergi. Jadilah seperti yang adik inginkan, kerana adik hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin adik lakukan.
Adik-adikku....
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Adik tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan adik sampai adik melupakan kegagalan adik dan rasa sakit hati.
Adik-adikku....
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.
Adik-adikku.....
Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisi adik ketika adik memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.
Adik-adikku......
Waktu adik lahir, adik menangis dan orang-orang di sekeliling adik tersenyum.
Jalanilah hidup adik sehingga pada waktu adik meninggal, adik tersenyum dan orang-orang di sekeliling adik menangis.
Adik-adikku.....
Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.
Adik-adikku......
Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.
Adik-adikku....
Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Adik-adikku...
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.
Adik-adikku....
Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
Adik-adikku....
Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.
Adik-adikku....
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.
Adik-adikku.....
Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
Adik-adikku....
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.
Adik-adikku...
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.
Adik-adikku....
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Adik-adikku....
Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Adik-adikku...
Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Adik-adikku....
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.
Adik-adikku sayang....
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi...

Adik-adikku sayang semuanya........

Ada yang lebih menarik buat ibubapa dan guru di sini KLIK

Sunday 8 December 2013

Makan tengahari yang paling bermakna buat Abang Has....

Hari Sabtu yang kosong ini Abang Has penuhi dengan menyelenggarakan nadi penting kerjaya Abang Has, kereta Honda Accord SV4 kesayangan. Dari menukar minyak hitam sehinggalah menukar ekzos yang telah reput kepada ekzos yang baru. Selepas segalanya selesai dan duit pun selesai jua bertukar tangan, Abang Has terus memandu pulang.

Namun kerana sejak pagi belum menjamah sesuatu,perut rasa bergelora pula.Abang Has pun singgah di satu warung cendol di tepi jalan. Kalau di KL peniaga cendol majoritinya India Muslim dan hanya berlori.Tapi di Bangi dan sekitar jajahan Selangor ini peniaga cendol boleh dikatakan semuanya Melayu dan ada yang terung dirikan warung ditepi jalan.

Ketika duduk di meja dan menghirup cendol yang baru sampai tu, terdengar perbualan seorang ibu pada anak lelakinya di meja sebelah.Ibunya sedang sibuk menulis di dalam sebuah buku.Anaknya yang sedang menikmati durian crepe di sebelahnya tiba-tiba bertanya"Ibu tulis apa? Ibu tulis tentang siapa pulak? Ke tulis pengalaman ibu lagi?"

Kata-kata si kecil tu sedikit sebanyak menunjukkan pada Abang Has yang ibunya memang selalu menulis.Agaknya tulis diari kot.Tapi juga seorang ibu yang bertanggungjawab kerana dalam kesibukannya dia masih mampu membimbing anak itu dengan baik sekali.Lihat sahaja pertuturan dan kata-kata budak tu, langsung tak macam kanak-kanak berusia 4 atau 5 tahun.....

"Ibu tulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu
iaitu pensel ini"

"kenapa dengan pensel ni ibu?" tanya si anak.

"Ibu berharap kamu jadi pensel ini. Walaupun sebatang pensel,
ada tiga nilai yang baik pada pensel ini. Nak tahu?"

"Apa dia ibu?".

"Pertama, pensel ini boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Tapi jangan lupa, macam pensel ni, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah ada kuasa lebih hebat yang membimbing langkah
hidup kamu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu membimbing kamu menurut
kehendak-Nya."

"Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti sakit ketika diasah, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Macam hidup
kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan dulu kerana dirimu akan menjadi lebih baik lepas tu nanti."

"Ketiga, pensel ini kadang-kadang tersalah tulis. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitu yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, kalau tersilap, betulkan. Ia bukanlah memalukan tapi dengan memperbaiki kesalahan, kita akan
sentiasa berada di jalan yang benar."

Menarik sungguh pendekatan seorang ibu ini mendidik anaknya tentang ilmu kehidupan.Abang Has tersenyum keseorangan selepas itu.Kalaulah ibu kepada anak Abang Has macam ni........
"Ok kak,jumpa lagi.Abang minta diri dulu ye." Tiba-tiba sang ibu menegur Abang Has.Agaknya dia terlihat Abang Has tersenyum tadi kot....

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang
positif. Wahai ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat
yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak (walau nampak seperti mereka tidak
mengendahkan) pasti akan membawa bekas dalam jiwa mereka, insya Allah...

Ulang-ulangkanlah!





 (Gambar ni bukan ibu tu tau............Ni kenalan lama dari Kelantan...ahaks!)

Thursday 5 December 2013

TERSEDAR KESILAPAN DIRI......

Ada satu penyesalan dalam diri abang yang menyebabkan abang bekerja keras menumpukan segala kasih sayang abang dicurahkan pada mereka yang memerlukan. Setelah sekian lama mencari punca perpisahan dalam rumahtangga abang dulu, baru abang jumpa di mana silapnya.Namun kesilapan itu bukan lagi untuk diperbetulkan tapi dijadikan pengajaran pada abang agar tiada lagi insan yang abang lukai. Pengajaran ini bukan abang dapat dari seorang guru,bukan dari syarahan mahupun kata-kata cendekiawan.Tapi hanya dari tulisan seorang penulis yang menulis sebuah cerpen di dalam majalah hiburan......Bacalah....Semoga ada yang mengikuti kesedaran yang abang perolehi....
 Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.

Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku. Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.
 
 
 
 
ANAK ABAH, NURFARISYA HANANIA.........

Wednesday 4 December 2013

Ku inginkan dia secantik ini.........



























Abang Has berharap mempunyai seorang teman yang sentiasa cantik dan mententeramkan jiwa.Sejuk mata memandang dan menjadi pengubat duka dan lara. Sedikit perkongsian untuk semua agar memperoleh pasangan yang cantik wajahnya,cantik budi pekertinya dan cantik akhlaknya....Insyaallah....

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik dan Bahagia

1. Selepas solat Isya', ambil air segelas,baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri
mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami
jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya....

Dari kejauhan ku doakan untuk dia......

Sejak kecil abang Has membesar bersama-sama Taska Hidayah di Segambut.Tiap-tiap hari abang Has mengadap telatah adik-adik kecil di taska itu yang kini telah menjadi Taska Mama Ju. Salah seorang adik yang menjadi pengunjung tetap di taska itu ialah Nadiah binti Azli.Nadiah bersama adiknya Naim adalah sebahagian dari warga Taska Hidayah ketika itu.

Ibunya seorang guru dan bapanya seorang jurutera kulihat sibuk sentiasa bermundar-mandir dengan kereta lusuh berwarna hijau ketika itu.Semakin lama, adik-adiknya bertambah dengan kehadiran Najmi, kemudian adik kembarnya Nazri dan Nasri.......Dan akhirnya Nasuha.Bila Nasuha dilahirkan,ibunya membuat keputusan untuk mengambil pembantu rumah dan di situlah berakhirnya legasi keluarga Azli Paat di Taska Hidayah, SPPK Segambut.

Namun kelibat keluarga itu masih kelihatan saban hari kerana rumah abang yang berhadapandengan deretan lot kedai yang menjadi tumpuan warga Segambut ketika itu. Pernah satu ketika, abang Has nampak si kembar Nazri dan Nasri berdua-dua ke kedai tanpa ditemani sesiapa.Dan seketika kemudian pulang ke rumah dengan mengheret sekampit beras.Bayangkan kanak-kanak semuda 6 tahun membawa sekampit beras.Walaupun berdua tapi si kembar ini mengheretnya...sesuai dengan tahap pemikiran mereka ketika itu.Akhirnya berciciran sebahagian beras yang dibawa di atas jalan tar tersebut....

Keesokkannya kejadian yang sama berulang begitujuga pada hari seterusnya.Tapi pada hari keempat kulihat adik-adik kembar itu berjalan ke kedai dengan membawa sehelai kain pelikat.Ketika mereka pulang kulihat keduanya berjalan seiring sambil memegang bucu kain tersebut yang didalamnya diisi dengan sekampit beras.......Ada peningkatan.....dan begitu jugalah kehidupan keluarga itu yang semakin bertambah bilangan ahli keluarganya.Kereta juga semakin besar dengan menggunakan MPV pula.

Namun masa berlalu dengan singkat.Abang Has juga melalui banyak pengalaman di luar kawasan sendiri.Tatkala itulah tiba-tiba abang terpandang kelibat Naim, iaitu adik si Nadiah dalam iklan Petronas.Masa itu iklan itu berkisarkan tentang pengorbanan bapak terhadap anaknya.Lakonan Afdlin Shauki.Naim melakonkan watak anak yang bijak dan kreatif.Rajin dan berinovatif .Membantu orang lain dengan mencipta banyak barang-barang yang bermanfaat pada ketika itu.(Mungkin sama seperti ayahnya yang sebenar)......"Motor ini abah punye!"...tulah yang abang Has ingat ketika Naim melakonkan watak Aiman dalam iklan tu.

Dalam tahun yang sama abang Has baru berjinak-jinak dengan radio KLFM dan secara tak langsung abang Has mendaftar menjadi ahli melalui talian sms DAPAT (32728).Dengan menggunakan nama BacikYellow, abang Has aktif mengomen dan mengsms ke radio KLFM terutamanya info trafik. Dan paginya pasti abang Has akan mengikuti wawancara bersama pakar IT.Azli Paat.Tapi ketika itu abang Has tak perasan kerana walaupun mengenali Azli tapi abang tak tahu nama penuhnya.

Satu hari Azli Paat menjadi panel dalam sebuah rancangan TV dan kala itu barulah abang Has kenal siapa Azli Paat.Rupa-rupanya dia telah lama ku kenali dan selamanya ini suaranyalah ku dengari di radio dan ilmunyalah yang banyak abang gunakan dalam penggunaan gajet IT abang Has.Dan lebih mengagumkan abang ialah sistem sms DAPAT itu juga beluai lah yang cipta.Abang bermula mempunyai kenalan yang ramai ketika menjadi ahli KLFM melalui sms DAPAT lah....dan yang nyata ialah kerana beliaulah abang dapat mengenali ramai orang yang lain.

Pada 6hb Februari 2013, sedang abang dalam perjalanan ke KL dari Manjung,abang dikejutkan dengan berita kematian Azli Paat.Sampai abang pagi tu di rumah, terus abang bergegas menghubungi beberapa kenalan dan abang dapat tahu jenazahnya sedang dibedah di Hospital Selayang.Abang terus menuju ke sana. Semua anak-anaknya berada di sana bersam-sama ibunya di bilik menunggu.Tak banyak yang abang Has suarakan dan hanya sekadar melihat dan melihat.Ketika itu seorang selebriti muncul,Ally Iskandar datang bertemu kak Fadzilah, isteri arwah.Ketika itu aku mendengar keseluruhan cerita yang disampaikan oleh bekas guru itu kepada selebriti TV3 tersebut.Dan saat itulah aku bersembang dengan anaknya yang ketiga Najmi yang wajahnya tak banyak berubah dari zaman kanak-kanaknya,cuma rambutnya saja disimpan panjang.Nadiah kini menjadi warga kerja Petronas di Kerteh, Najmi sememangnya satu-satu anak arwah yang bergelumang dengan keseluruhan perjalanan karier dan perniagaan arwah ayahnya.Najmi kini belajar dalam bidang teknologi bunyi.Adik-beradik yang 7 orang selebihnya masih belajar dan kecil.

Kagum abang melihat keluarga ini menghadapi hari di hospital ketika itu.Ketika arwah selesai dibedah siasat, abang lihat anak-anak lelakinya berkerumun disisi sambil memandikan jenazah arwah ayah mereka.Naim lah yang paling tabah abang lihat selaku abang yang paling tua cuba menyimpan kesedihan di depan adik-adiknya supaya adik-adiknya juga tabah menghadapi semua ketentuanNya.

Ketika proses dikapankan, sekali lagi aku terpandang Naim membersihkan wajah ayahnya dari sisa-sisa kapas yang digunakan oleh mengurus jenazah untuk arwah ayahnya.Ketika itu terukir senyuman diwajah Naim.Apakah makna itu wahai adikku Naim.Mungkinkah kau gembira kerana tahu ke mana tujuan ayahmu itu nanti?Atau kau teringatkan kata-kata ayahmu yang pernah diucapkan padamu satu ketika dulu?

Ketika jenazah siap dikapankan, sang isteri dipanggil untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah.Lalu dikucup wajah arwah yang telah menjadi teman hidupnya sekian lama.Diikuti dengan Nadiah,dapat abang lihat adik abang, si gadis kecil itu merembeskan airmatanya tatkala bibir mengucup pipi si ayah.Seterusnya Najmi dan diikuti adik-adiknya.Dan yang terakhir sekali ialah Naim.Adik abang yang abang rasakan paling rapat dengan arwah ketika hidupnya. Ya, sejak kecil lagi Naim ikut sahaja ke mana ayahnya pergi dengan kenderaan yang dipandu ayahnya.

Dan tatkala itu abang lihat airmata mula berguguran dari kelopak mata Naim ketika dia mengucup pipi ayahnya yang kaku itu.Cukup lama.....Terlalu lama...seperti Naim cuba membisikkan sesuatu pada ayahnya sebelum jasad itu dibawa pergi........Kucupan itu diselitkan dengan satu dakapan yang cukup erat dan mungkin itulah pelukan paling lama yang abang pernah lihat denga linangan airmata.Seluruh yang hadir turut berkaca dan ada yang membiarkannya mengalir begitu sahaj tatkala melihat babak tersebut.

Setelah abang dan pengunjung yang hadir menunaikan solat jenazah,jenazah dipindahkan ke dalam van untuk di bawa ke kampung halamannya di Batu Pahat.

Abang kagum dengan seorang insan yang bernama Azli Paat ini.Berkali-kali abang terdengar kata-kata tetamu yang hadir ketika itu"Kerana dialah kita bertemu", "Kerana arwahlah kita boleh kenal".......Ya tanpa kepakaran arwah., mungkin abang masih tak mengenali sahabat-sahabat KLFM yang lain, Mungkin abang tidak mengenali Sahabat RakanCop yang lain......dialah yang mencetuskan perkenalan di antara kami semua ini......


Semoga rohnya dicucuri rahmatNya. ALFATIHAH buat Allahyarham Azli Paat.........................
Semoga semua yang menyayanginya sentiasa mendoakan kesejahteraan Arwah. Nadiah, Naim, Najmi,Nazri,Nasri,Nasuha dan adik-adik yang lain...abang Has tahu kamu semua adalah anak yang terbaik yang telah dibentuk dan dibimbing oleh arwah Azli Paat untuk kesejahteraannya di alam sana.........


Ketagihan Abang Has terhadap permainan komputer

Selepas solat Jumaat, Abang Has terus pulang ke rumah kerana nak siapkan segala keperluan untuk program keesokkannya.Maklumlah, ini kali pertama Abang Has jalankan program dengan Politeknik Behrang tu. Jadi kenalah buat yang terbaik supaya dapat maklumbalas positif.Program tu pula Abang Has buat di Lembah Azwen Resort dekat Langat tu.Itu pun Abang Has yang cadangkan.Jadi semuanya harus yang terbaik dari Abang Has seperti program-program yang sebelumnya.

Selepas Isyak barulah segala-galanya selesai. Sesudah Abang Has mandi, Abang Has terus layari internet dan menggelongsori laman sosial Facebook. Sambil membelek-belek senarai nama peserta untuk esok, Abang Has cuba mencari akaun-akaun Facebook peserta.Namun hanya sebahagian sahaja yang dijumpai.Maklulah zaman sekarang, lebih ramai menggunakan nama samaran daripada nama yang ibubapa beri.Sambil cuba menganalisi personaliti sebahagian peserta ini melalui pemerhatian tarikh lahir(ada di nombor kad pengenalan mereka) dan wajah mereka, maka dapatlah serba sedikit gambaran peserta yang akan dikendalikan esok.

Selepas mata letih mengadap Facebook, Abang Has sambung pula bermain game yang dah sedia ada di dalam komputer ini.Main punya main, sedar tak sedar jam dah menunjukkan pukul 2 pagi.Selang beberapa minit, kawan Abang Has pula baru pulang dari kerja.Bila dia masuk je pintu rumah dia terus bertanya" Tak tidur lagi?', Abang Has cuma tersenyum lalu sambung bermain permainan komputer tersebut.Tahap satu dah lepas.Tahap dua pun dah lepas.Tapi tahap tiga ni dah masuk 53 kali dah masih tak lepas lagi.

Sedang mata tertumpu terhadap permainan tersebut,tiba-tiba terdengar pintu bilik atas terbuka.Lalu kawan Abang Has turun menyusuri tangga.Dia terus ke dapur dan Abang Has teruskan permainan tersebut.
"Hampeh! Aku ingat kau buat keje ape sampai ke Subuh ni.Rupanya mengadap game. Sudah-sudahlah.....Aku tahulah kau ni hebat bab-bab strategi ni. Mental ko kuat,mata ko tajam,sentiasa memberi perhatian pada segala yang ada kat sekeliling kau tu.Sampai dinding kat atas tu tercalar 1/2 sentimeter pun kau nampak.Memanglah aku tak sengaja tapi aku pelik macammana kau boleh jadi terlalu observation macam ni sekali.Agaknya sebab kau ni terlalu ketagih main game minesweeper ni kot?!"

Itulah kisahnya.Memang Abang Has pun suka main permainan komputer tapi permainan yang betul-betul menguji minda macam minesweeper ni. Bukan saja perlu teliti malah juga mesti mahir mengira. Inilah salah satu bahagian hidup Abang Has sejak sekolah menengah lagi.Dan ia juga menjadi salah satu faktor dalam diri Abang Has menjadi seorang yang betul-betul teliti macam sekarang.Bukan nak bangga diri tapi banyak manfaatnya jika kita dah terbiasa memerhati sesuatu dengan teliti ini.Sekurang-kurangnya kita jarang melakukan kesilapan dalam kehidupan seharian kita........


Bila baldi yang mengajar Abang Has Al-Quran........

Suatu masa dulu, Abang Has pernah menginap bersama keluarga angkat selama sebulan. Ketika itu Abang Has sedang cuti sekolah setelah tamat peperiksaan UPSR.Keluarga angkat Abang Has ialah ayah Haron,mak Biah dan anak-anaknya Fatin, Ruhani, Fadilah dan Fahmi.

Walaupun Abang Has dah banyak kali  pergi ke rumah itu, kali ini ada perkara baru bagi Abang Has yang Abang Has nampak iaitu kehadiran seorang lelaki tua yang menyapa Abang Has dengan panggilan cucu.

Dari pemerhatian Abang Has,orang tua tersebut bekerja sendiri dengan mengambil upah menganyam tikar mengkuang.Sebelum azan subuh berkemandang, dia sentiasa mengajak Abang Has berjalan ke surau berdekatan dengan rumah untuk bersolat subuh secara berjemaah. Kemudian daripada itu, dia akan mengajar Abang Has mengaji Al-Quran walaupun Abang Has kata dah tahu.
Kadang-kadang dia akan menyediakan sedikit sarapan pagi untuk kami makan bersama-sama. Jika tidak,  dia sendiri atau Abang Has akan pergi membeli sarapan di kedai bersebelahan dengan surau kampung itu.
Seusai solat Dhuha barulah dia akan melakukan kerja-kerja menganyam tikar mengkuang bersama Abang Has yang ketika itu cukup berminat belajar apa yang dibuat oleh orang tua itu.. 
Begitulah rutin harian bagi orang tua itu bersama Abang Has pada setiap pagi di rumah itu.Sebenarnya seluruh keluarga itu pergi bercuti ke luar negara kerana menghantar anaknya yang sulung Fadilah sambung belajar.Jadi Abang Has ditinggalkan bersama orang tua ini sampailah sesi persekolahan bermula.
Pada suatu hari, ketika kami sedang asyik melakukan kerja-kerja menganyam tikar, Abang Has bertanya beberapa soalan.
"Atuk, Has ingin bertanya beberapa soalan boleh atau tidak?" Soal Abang Has.
"Boleh, apa salahnya." Jawab atuk
"Saya selalu tengok atuk membaca Al-Quran siang malam dan atuk sering mengajar saya pula pada setiap pagi?"
"Ya...". Jawab atuk dengan ringkas.
"Tetapikan atuk, apa kelebihannya kita membaca Al-Quran, kalau kita tidak tahu maknanya?" Sambung Abang Has lagi.
"Baiklah sebelum atuk jawab soalan kamu, atuk hendak beri satu tugas kepada kamu. Kalau kamu dapat melakukan tugas ini, atuk akan beri hadiah istimewa kepada kamu." Balas atuk pula.
"Apa tugasnya atuk?" Jawab Abang Has dengan begitu teruja. Abang Has tidak sabar untuk mendapatkan hadiah yang dijanjikan oleh orang tua itu.
"Begini, kamu nampak atau tidak baldi yang terletak di sebelah pokok nangka itu?" Soal atuk sambil menunjukkan sebuah baldi lama yang terletak di atas tanah bersebelahan dengan pokok nangka.
"Nampak." Jawab Abang Has.
"Kamu pergi ambil baldi itu dan bawakan kepada atuk." atuk memberi arahan.
  Abang Has bergegas sambil berlari-lari anak untuk mendapatkan baldi yang dinyatakan oleh orang tua itu.
"Atuk, baldi ini kotor dan berlubang lah." dari jauh, Abang Has menjerit.
"Kamu bawa sahaja baldi itu kepada atuk." Atuk menjawab dengan suara yang agak tinggi agar dapat didengari oleh Abang Has.
Setelah diserahkan baldi tersebut kepada orang tua tu, Abang Has pun duduk berdekatan dia.
"Atuk hendak kamu bawa ambil air di dalam telaga di belakang rumah dengan menggunakan baldi ini dan penuhkan tempayan itu dalam masa seminggu setiap pagi. Sekiranya kamu berjaya, atuk akan berikan hadiah yang atuk janjikan tadi." Atuk memberi penjelasan.

"Laluan yang kamu lalui untuk mengambil air dan mengisi tempayan perlulah sama setiap hari. Kamu juga perlu perhatikan apa yang berlaku di kiri dan kanan sepanjang perjalanan yang kamu lalui." Sambung atuk lagi.

"Baiklah atuk." Jawab Abang Has, tidak sabar untuk melakukan tugasan yang diberikan atuk itu.

Jarak perjalanan dari tempayan ke telaga di belakang rumah itu lebih kurang lima ratus meter sahaja. Di sepanjang jalan tersebut hanya dipenuhi dengan rumput kecil beserta kayu-kayu kering yang patah.

Maka sepanjang tujuh hari Abang Has berusaha keras demi mendapatkan hadiah yang dijanjikan oleh atuk itu. Orang tua itu hanya memandang dari jauh dan tersenyum dengan tindakan cucu angkatnya yang rajin ini.

Apabila sampai hari yang ke tujuh Abang Has masih belum mampu memenuhkan tempayan yang dimaksudkan oleh atuk itu. Pada ketika itu juga Abang Has berasa kecewa kerana tidak dapat memenuhkan tempayan itu, maka harapan untuk mendapatkan hadiah itu hanya tinggal impian sahaja.

Kemudian, orang tua itu mendekati cucu angkatnya ini yang sedang keletihan kerana baru sahaja mengangkat baldi yang berisi air.

"Wahai cucu atuk, bagaimana sekarang? "

"Berjayakah?" Tanya atuk berturut-turut.

"Saya tidak berjaya." Abang Has menjawab dengan rasa kecewa.

"Jangan terlalu kecewa Has...ada perkara yang lebih besar untuk atuk sampaikan kepada Has."kata atuk.

"Apa maksud atuk?" Tanya Abang Has.

"Cuba kamu perhatikan baldi itu, apa yang kamu nampak?" Atuk mula bertanya kembali.

"Tidak ada apa-apa pun?" Abang Has kehairanan.

"Cuba tengok sekali lagi?" Pertanyaan atuk berulang.

"Baru saya perasan sebelum ini baldi itu kotor, tapi sekarang telah bersih." Jawab Abang Has.

"Soalan seterusnya, apa yang kamu perasan sepanjang perjalanan kamu berulang alik mengambil air." Tanya atuk.

"Pada mulanya saya dapati jalan yang saya lalui itu nampak usang kerana di kiri dan kanannya hanya ada ranting-ranting kering dan pokok-pokok kering. Namun, lama-kelamaan, saya dapati jalan itu semakin ceria kerana ada rumput-rumput, pokok-pokok bunga dan cendawan mula tumbuh di tepi jalan. Malahan, laluan yang sering saya gunakan itu semakin bersih." Jelas Abang Has.

Atuk tersenyum.

"Has ingat lagi soalan Has kepada atuk minggu lepas?" Soal atuk lagi.

"Ya, ingat." Jawapan Abang Has seringkas mungkin.

"Jawapan yang kamu tanya ada pada baldi tersebut." Atuk memberi jawapan.

"Saya tidak faham lah atuk." Abang Has agak terpinga-pinga.

"Sebelum atuk jelaskan, ini hadiah atuk kepada kamu di atas kesungguhan dan kerajinan kamu." Orang tua itu mengeluarkan sekeping duit kertas yang bernilai RM50 daripada kocek sebelah kanan dan diserahkan kepada cucu angkatnya ini.

  Abang Has yang tadinya kelihatan bermuram durja bertukar wajah menjadi ceria serta merta.

Intai-intaikan.....

Terdapat beberapa perkara yang cuba disampaikan oleh orang tua itu iaitu baldi yang berlubang disangkakan tidak berguna tetapi sebenarnya baldi itu telah berjasa. Tanpa disedari oleh Abang Has, air yang diambil daripada telaga itu telah membersihkan baldi yang asalnya kotor.

Yang keduanya, jalan yang yang dilalui oleh Abang Has sepanjang menjalankan tugasan mengangkat air itu telah bertukar menjadi bersih dan ceria. Ini kerana air yang keluar dari baldi itu secara tidak langsung telah menyiram kiri dan kanan jalan. Lantaran itu, tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan boleh tumbuh dengan subur.

Begitu jugalah dengan bacaan Al-Quran yang dilakukan setiap hari. Meskipun kita tidak memahami sepenuh maksud kandungannya, tetapi dengan bacaan Al-Quran yang dilakukan secara istiqamah dapat menyucikan jiwa kita yang kotor dan hitam.

Selain itu, membaca Al-Quran merupakan amalan kebaikan yang bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada kita tetapi juga kepada orang lain di sekeliling kita. Hal ini kerana Allah SWT sedia menurunkan rahmat kepada hambaNya yang sering melakukan ketaatan. Marilah kita membaca Al-Quran setiap hari di samping mengekalkan amalan menuntut ilmu untuk memahami dan menghayati isi kandungannya......

Petang menyentuh hati abang........

Siang tadi abang ada urusan di sebuah sekolah di Gombak. Selesai urusan dengan di sana, abang terus ke kereta untuk pulang ke pejabat di Bukit jalil. Tiba-tiba cermin kereta abang diketuk oleh seorang anak remaja dan bertanya 'Pak Cik, nak beli buah jambu batu potong? Ada dua bungkus, last.'(Dia panggil aku pakcik?) Pada mulanya abang teragak-agak untuk melayan anak remaja ini, tetapi hati kecil abang menyuruh abang untuk melihat barangan yang dijual anak ini, dan memastikan yang anak ini jujur dalam menjalankan urusannya bila dia menyebut 'tinggal dua bungkus, last.'

Abang keluar dari kereta dan mengikuti anak ini ke tempat dia meletak buah jambu potongnya di bawah pokok di hadapan sekolah tu. Memang betul tinggal dua bungkus plastik jambu, dan anak ini bercakap benar. Terdapat dua orang lagi sedang menunggu di bawah pokok, seorang berumur lingkungan 11 atau 12 tahun dan seorang lagi sekitar 5 tahun. Abang mengambil kesempatan untuk berbual dengan anak-anak ini.

'Tinggal kat mana?' tanya abang. 'Kami duduk di Batu 15,' jawab yang tua. Jaraknya dalam 5 hingga 6 km, dan dengan membawa tong berisi barangan setiap sejauh itu memang amat mencabar.

'Ayah tak datang ambik?' selidik abang lagi. 'Ayah tak ada kenderaan. Ayah baru dapat kerja jadi jaga kat kilang,' jawabnya lagi.

'Yang dua orang ni adik ke?' tanya abang lanjut. 'Yang dua ni sepupu saya. Mereka tinggal dengan kami. Ayah mereka dah meninggal sebab penyakit lelah,' jawab yang paling tua. Tersentak abang mendengarnya. Dua anak yatim kecil ini terpaksa menumpang di rumah bapa saudaranya yang kerja pun ala kadar sahaja, di tengah bandar yang serba mahal ini.

Abang mengambil kedua-dua bungkus jambu dan membayarnya. Jelas kegembiraan terpancar di wajah mereka kerana berjaya menghabiskan jualan mereka petang itu. Abang ambil lagi 2 not RM10 dan memberinya kepada yang paling tua yang pada mulanya berkeras tidak mahu menerima pemberian abang. 'Ini untuk belanja sekolah esok, dan untuk yang dua ni jugak. Mereka anak yatim,' ujar abang.

Anak ini tunduk dan mencium tangan abang, sementara senyuman anak paling kecil yang berumur 5 tahun begitu memberi kesan pada hati abang, mengingatkan abang pada anak abang yang sebaya, Nurfarisya......kerana itulah di antara senyuman paling 'pure' yang abang pernah lihat. Wajah 'innocent' yang belum tahu apa-apa, tapi telah mula merasai pahit getir satu kehidupan.

Abang kembali masuk ke kereta, dan terasa ada air mata tumpah semasa abang memandu balik ke pejabat. Dan sepanjang perjalanan, abang teringat kembali jalan sepanjang Surabaya yang abang lalui untuk ke warung Wak Ji dengan berjalan kaki setiap hari, dan jeruk kelubi atau kuih-kuih yang hasil jualannya abang kutip setiap petang selepas habis kerja. Itu lebih setahun dulu, tetapi untuk melihat perkara yang sama sekarang di negeri 'maju' ini agak menyesakkan dada ini. Alhamdulillah, keperitan hidup ini memberi abang sedikit kesedaran untuk memahami kesusahan orang lain.....

Siapa kita yang dipanggil anak ini?

Lima kali sehari mendoakan mama dan ayah tersayang rasanya masih belum mencukupi......

Tapi sekurang-kurangnya adik-adik doakan mama dan ayah 5 kali sehari berbanding orang yang langsung tak reti nak mendoakan mama dan ayahnya......

Mama dan ayah sayangkan kita kerana kita dikatakan sebagai tinggalan yang mampu membantu mereka ke syurga kelak.......

Jangan salahkan mereka jika kita mempunyai perangai dan tingkahlaku yang teruk dan buruk.

Semakin kita besar,semakin banyak pengalaman yang kita lalui, semakin akal kita bijak mengenali yang mana betul dan yang mana tidak.

Selalu abang Has ingatkan adik-adik,BUKAN SIAPA SILAP ATAU SIAPA SALAH YANG KITA PERLU FIKIRKAN, TAPI CARA DAN TINDAKAN YANG MACAM MANA MESTI KITA LAKUKAN UNTUK MENGEKALKAN HUBUNGAN DAN KEBAHAGIAAN KITA....

Biar macam mana buruk mama dan ayah kita,kita dipertanggungjawabkan oleh Dia untuk menjamin mereka ke syurga.Mohonlah keampunan buat mama dan ayah...Semoga kita juga akan dikurniakan warisan yang mampu membantu kita ke syurga kelak..............