Monday 17 June 2013

Assalamualaikum wbt......

Abang Has masih meniti sedikit ruang bimbingan demi tanggungjawab yang dipikul untuk kejayaan adik-adik semua walaupun kini Abang Has sedang bergelumang dengan perniagaan baru yang berasaskan kepak ayam. Abang Has bukanlah pengasas perniagaan ini tapi cuba menjadi perancang utama (Master Planner) untuk membawa industri kepak ayam madu ini ke tahap yang lebih tinggi.

Kepak ayam madu ini memang popular di Sabah. Sudah menjadi kewajiban kepada pelancong untuk merasai keenakan kepak ayam madu Sabah ini.Namun yang menjadi keutamaannya ialah sos hitamnya yang menjadi pencicah kepada ayam tersebut.Kepak ayam madu ini dikuasai oleh kaum Bugis di Sabah. Namun budaya kesaksamaan di Malaysia ini sekali lagi berjaya membawa makanan tradisional kaum Bugis ini ke pusat bandar Malaysia, kota metropolitan Kuala Lumpur.

Seorang bangsa Bugis yang cukup kuat semangat juangnya cuba membina empayar kepak ayam madu di Lembah Klang ini. Abang Has kenal beliau sebagai Raswan dan perkenalan bermula sekitar tahun 2005 semasa Abang Has masih lagi melantun-lantun di dalam industri telesales atau jualan melalui talian talipon....

Berbekalkan sedikit modal dan memulakan dengan me'rambo' je (main buka je tanpa kebenaran sesiapa) tapak perniagaan ketika itu, Raswan telah banyak melalui pengalaman pahit untuk mencapai impiannya.Sudah berapa pemanggang disita oleh penguatkuasa tempatan,sudah berbelas payung dirampas,sudah berpuluh kali bertukar tempat berniaga.Namun usahanya tidak sia-sia apabila dia mula diterima oleh masyarakat di sekitar Sentul yang menjadi tempatnya berpindah-randah berniaga.

Kini Raswan sudah mempunyai banyak cawangan sekitar Lembah Klang ini dengan membawa jenama KING CHICKEN WING ( Layari http://kingchickenwingkcw.blogspot.com) . Ketika Abang Has sudah bosan membantu mereka yang hanya mahu mengambil kesempatan terhadap kepakaran yang Abang Has ada sehingga menyebabkan Abang Has pergi meninggalkan mereka, Raswan pula menyambut kehadiran Abang Has untuk sama-sama mencantikkan lagi pengurusan perniagaannya yang sudah berkembang luas itu.

Tapi Abang Has bukan mudah memikirkan jalan yang terbaik untuk sesuatu perkara tanpa Abang Has mendalami selok-beloknya dahulu. Jadi Abang Has mengambil alih tugas penghantaran barang dan pekerja KING CHICKEN WING itu.Sambil menjadi pemandu tetap, Abang Has juga memerhatikan perjalanan proses penyediaan kepak ayam madu setiap kali berada di kilangnya.Dari membersihkan ayam, merempah, mencucuk pedal dan buntut ayam,membuat sos, cara bakar arang, teknik memanggang, kos, keuntungan dan semua yang berkaitan dengannya. Abang HAs sehingga kini masih lagi sedang memerhati sambil menjadi pemandunya.

Jadi Abang Has buat masa ini akan cuba mencari  ruang meneruskan legasi blog ini untuk tatapan adik-adik tersayang.  Salam ukhuwah dari Abang Has.Semoga adik-adik berjaya dalam apa jua yang adik ceburi.........