Friday 15 March 2013

Untuk Adik-adik Di Tahun Peperiksaan......Cara Mudah Nak Ingat Semua Yang Dipelajari Di Dalam Kelas....

Kepada adik-adik yang anggap , mereka susah nak belajar kat sekolah,, yang kuat merungut, rasa buat semua perkara memenatkan... Selamilah kehidupan orang lain.

Pada 21 Oktober 2011 Yang Lepas, Beberapa Gambar Mengenai Seorang Pelajar Sekolah Rendah Di Hunan Mendukung Adik Lelakinya Di Kelas Telah Tersebar Luas. Ramai Yang Menangis Apabila Mendengar Kesusahan Yang Dihadapi Oleh Pelajar Ini. Ramai Rakyat China Menderma Untuk Membantunya.

Menurut Jurugambar Sebenar Gambar Ini, Lu Qixing.. Gambar Yang Diambil Bertarikh 29 Julai 2011 Berlokasi Di Kelas Sekolah Rendah Shanjiang Town, Hunan, China. Pelajar Tersebut Terpaksa Menjaga Adiknya Kerana Ibu Bapa Mereka Bekerja Di Luar Hunan. Manakala Datuk Dan Neneknya Pula Terlalu Sibuk Menguruskan Ladang Mereka. Oleh Yang Demikian, Si Kakak Tersebut Membuat Keputusan Untuk Membawa Adik Tercinta Ke Sekolah Agar Dia Dapat Menjaganya. Si Adik Dilaporkan Mengalami Kekurangan Zat Berkhasiat Yang Menyebabkan Kepalanya Begitu Besar.

*Alangkah Mulianya Hati Anak Kecil Ini. Demi Tanggungjawabnya Terhadap Pelajaran Juga Terhadap Keluarga.. Dia Sanggup Memikul Bebanan Yang Sepatutnya Digalas Oleh Kedua Orang Tuanya. Betapa Kita Di Malaysia.. Ramai Bahkan Berlambak Pelajar-Pelajar Yang Mengabaikan Pelajaran, Tidak Mahu Ke Sekolah Biarpun Tidak Dibebani Sebarang Bebanan.

Sesungguhnya, Manusia Akan Alpa Dan Lalai Sekiranya Mudah Untuk Memperolehi Sesuatu Ni'mat.. Mereka Akan Mula Menghargai N'mat Tersebut Apabila Ia Hilang Ditarik Tuhan.. Semoga Kita Sentiasa Digolongkan Dalam Golongan As-Syaakirin.. Golongan Yang Sentiasa Berterima Kasih Dan Mensyukuri Nikmat Kurniaan Pemilik Sekalian Alam.


Kita Kena Selalu Ingat Bahawa Kita Lebih Baik Dari Orang Lain.Jangan Cari Kelemahan Kita.Cari Kelebihan Kita Berbanding Orang Lain.Inilah Cara Terbaik Untuk Jadi Yang Terbaik!
Ingatan Ikhlas Dari Abang Has...... 


Kejadian di satu Jumaat

Kringggg.....Abang Has tersedar dari tidur pagi tadi untuk solat Subuh.Tiba-tiba teringat satu masa dulu ketika di sekolah.
Kringgg....!!!! Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.
"Awak tak rehat ke Shafiq?" Ujar Abang Has kepada pelajar ni. "Tak cikgu." Jawab Shafiq ringkas.

"Kenapa Shafiq tak rehat?" Jawab Shafiq "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang-panjang dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu ." Shafiq tertunduk malu.

Perasaan Abang Has mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman moden ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.

  Abang Has tanya lagi, "Kalau hari Jumaat awak tak pergi kantin la ye?"
"Owh.... hari Jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan Yasiin cikgu." Jawab Shafiq dengan bersahaja. "Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..".

Mata Abang Has dah berkaca...Abang Has terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh Abang Has, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan Yasiin.

Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi Abang Has ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan Abang Has dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.

Bagaimana pula dengan kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari Jumaat?

Hari ni Jumaat. Ayuh kita berazam untuk lebihkan sedekah pada hari yang mulia ini kepada masjid masa solat Jumaat, kaum kerabat yang dalam kesusahan dan untuk fuqarak serta masakin,Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kepada adik-adik semua......

Tuesday 12 March 2013

Mata yang mana milik kita........

Mata hati itu bukannya mata yang celik seperti kelopak mata yang terbuka. Sedangkan yang celik itu sendiri tak mampu melihat dari hati.Jika mampu melihat dari mata hati juga belum tentiu menimbulkan kesedaran dalam diri....Orang buta biasanya hati mereka tak buta... tapi orang yang celik dan boleh melihat ni kadang-kadang buta hati! Tak boleh nak melihat sesuatu tu dari aspek yang betul... asyik semuanya salah di mata mereka!
Kejadian berlaku pada Abang Has hari Isnin lepas... secara tiba-tiba enjin kereta mati semasa berhenti di lampu isyarat... Abang Has pun tak pasti masalah apa! Panik jugaklah masa tu, cuba start enjin tapi tak boleh... Dahlah tengah panik, orang belakang pulak boleh tekan hon banyak kali... padahal masa tu Abang Has dah keluar dari kereta dan angkat tangan minta ke lorong sebelah...
Ttapi mungkin disebabkan dia buta hati kot, tetap jugak nak tekan hon sekuat hati... Sepatutnya dia boleh fikir, tak akanlah orang nak berhentikan kereta mereka di tengah jalan kalau takde masalah kan? Apa salahnya kalau dia keluar dari kereta dan tolong bantu, bukannya tekan hon sekuat hati....
Memang beginilah mentaliti masyarakat kita... mata tak buta tapi hati yang buta! Cuba letakkan situasi itu berlaku pada dia sendiri, bagaimana dia rasa kan? Jadi peringatan pada kita semua, kalau melihat sesuatu berlaku di depan mata, pandanglah dengan mata hati... tengok dulu apa yang sebenarnya berlaku, jangan tau nak marah je.........Tak pasal-pasal hati Abang Has terdetik mengharapkan sesuatu yang buruk berlaku pada dia.....Astaghfirullah......


Kesakitan yang meruntun jiwa Abang Has...

Masa tengah buat carian gambar di google pasal kes culik ni, Abang Has tertarik dengan satu gambar ni, teruk jugak gambarnya! Terus Abang Has klik pada gambar tu untuk baca apakah cerita di sebaliknya...
Satu persatu Abang Has baca kisah tersebut.....Secara tak sedar setitik demi setitik airmata Abang Has mengalir di pipi.... Sangat menyayat hati kisah tersebut dan rasa simpati sangat dengan nasib gadis di dalam kisah itu... Dirogol, diseksa dengan sangat kejam dan dibunuh! Tak dapat nak bayangkan bagaimana gadis itu menanggung dan menahan segala kesakitan bila diseksa sedemikian rupa...
Walaupun kejadian tu berlaku 25 tahun lepas tapi memang terbukti ada manusia yang sangat kejam... Dan zaman sekarang juga sudah terbukti ada yang bersikap kejam terhadap kanak-kanak dan wanita... Jadi sentiasalah kita berhati-hati dan berwaspada setiap masa kerana orang yang kejam sedemikian rupa, dia tak kisah siapa mangsanya!
Adik-adik boleh baca kisah menyayat hati tersebut di  Info Abang Has  ini......

Semoga ia memberi sedikit keinsafan pada kita yang berada dalam kehidupan yang serba bahagia ini......
 

Hati itu qalbu......

Duhai hati…
Apakah perkhabaran dirimu sekarang?
Sihatkah dikau, segarkah dikau menempuhi hari-harimu yang semakin sukar ini?

Aku tidak tahu mengapa aku kerap mengingati dirimu kini,
Katanya kau semakin berubah,
Jika dulu engkau sentiasa sibuk dengan zikrullah,
Kedengarannya kini engkau semakin culas dengannya.
Mengapakah begitu wahai hati…?

Jika dulu dirimu sentiasa kelihatan di Masjid,
Di awal waktu, berpakaian suci dan bersih,
Begitu bersegera bertemu Rabbmu Yang Maha Agung.
Namun mengapa kini engkau jarang ke sana?
Jarang sekali.
Cukup jarang…

Kemana dirimu di waktu subuh?
Ketika setiap hamba menyahut seruan Ilahnya,
Mengorak langkah ke masjid, memperbanyak fikir dan zikir.
Kemana dirimu wahai hati.

Jika dulu setiap kata-katamu diselangi dengan ayat-ayat Allah,
Rasa takut dan gerun akan azab dan seksanya,
Mengapa kini cukup mudah engkau mengeluarkan kata?
Cukup mudah engkau bermadah walau songsang maksudnya walau sesat tujuannya.

Wahai hati…
Kesibukan apakah yang melanda dirimu?
Adakah kamu sibuk dengan pelajaranmu
hingga kamu tiada masa untukNya?
Apakah kamu asyik pula memikirkan soal duniamu,
Hingga kamu tidak lagi seronok bersama Rabbmu.
Atau mungkin dirimu terlalu hanyut dalam rasa cinta dan perasaan.
Hingga Dia engkau ketepikan.

Namun sedarkah dirimu,
Pelajaranmu untuk siapa?
Urusan dunia mu menuntut redha siapa?
Dan cinta dan perasaanmu, atas dasar apakah ia dibina?
Insaflah dikau wahai hati.
Insaflah dikau seketika ini dan selamanya…

Duhai hati…
Aku sebenarnya takut.
Aku sebenarnya risau.
Aku sebenarnya gerun.
Aku tidak mahu engkau terus-terusan begini.

Kerana…
Rosak dirimu maka akan rosaklah seluruh diriku.
Sedang baiknya dirimu maka akan eloklah diriku.
Bersegeralah engkau kearah keampunan dan maghfirahNya wahai hati.
Kerana di situ masih ada tempat buat dirimu,
Mencari REDHA ILAHI…

Monday 11 March 2013

Aurat seorang perempuan yang dicintai sang lelaki......

Pagi tadi kolam mata Abang Has bergenang membaca satu emel yang dikirimkan oleh seseorang dalam Majalah Solusi. Baris demi baris pada emel tersebut Abang Has amati. Setitik demi setitik air mata menitis ke pipi. Abang Has menangis.
Bukan terharu kerana emel yang dibaca berisi pujian dan maklum balas positif terhadap artikel penulis : Darurat Bukan Semudah Itu yang disiarkan di dalam majalah tersebut, akan tetapi Abang Has menangis kerana tersentuh dengan tindakan mulia seorang wanita semata-mata untuk menjaga iman serta maruah diri dan suaminya demi melahirkan zuriat yang dikasihi.
Berikut emel yang dikirimkan :
"Saya begitu meminati ruangan Tanbih yang ditulis oleh Puan Noraslina Jusin kerana setiap artikelnya pasti memberi kesan yang tersendiri kepada pembaca.
Begitu juga dengan tulisan Puan Fatimah Syarha Mohd Noordin yang begitu saya minati hinggakan tiap-tiap patah perkataan yang ditulisnya saya cuba hayati satu persatu.
Bersyukur kepada Allah kerana insan-insan yang istimewa dan berbakat ini terus dilimpahi idea dan ilham dariNYA untuk sama-sama berkongsi dengan kami, para pembaca yang dahagakan ilmu.
Namun, isu Tanbih, bertajuk Darurat Bukan Semudah Itu tulisan Puan Noraslina benar-benar menyentap hati dan perasaan saya sebagai seorang ibu.
Pengalaman saya mendapatkan rawatan kehamilan di klinik dan hospital kerajaan sejak anak sulung hingga anak yang ketiga seolah-olah menjadi 'igauan ngeri' buat saya hingga sekarang.
Bukannya masalah masa menunggu yang lama atau layanan khidmat diberi kurang memuaskan, sebaliknya saya menerima 'sentuhan' tangan dari doktor yang berlainan jantina.
Tidak dinafikan ketika itu, saya masih berada dalam keadaan yang jahil berpegang kepada konsep 'darurat'. Jadi saya menyimpulkan tidak mengapa mendapatkan rawatan doktor lelaki sepanjang tempoh kehamilan.
Namun, ada juga rakan yang bertuah kerana mendapat 'sentuhan' doktor muslimah sepanjang kehamilan dan proses bersalin berlaku di hospital kerajaan. Syukurlah.
Paling tidak dapat saya lupakan apabila doktor lelaki yang memasukkan ubat ketika proses induce bagi mempercepatkan kelahiran.
Walau ditemani seorang jururawat wanita, perasaan malu tetap menebal sepanjang proses memasukkan ubat induce berlaku.
Malah, ketika dalam labour room pun, saya perasan ada dua orang doktor pelatih lelaki berada berhampiran saya dan melihat aurat saya ketika hampir hendak bersalin!.
Semoga Allah mengampuni dosa saya dan suami ketika itu kerana tidak berusaha mendapatkan rawatan dari doktor muslimah di hospital swasta.
Namun, ketika mengandungkan anak yang keempat tahun lepas, saya berazam untuk tidak membenarkan diri disentuh doktor lelaki sepanjang kehamilan.
Harapan saya itu disuarakan kepada suami dan Alhamdulillah suami sangat memahami rasional di sebalik permintaan saya itu.
Ujian Allah datang lagi. Ketika memasuki trimester ketiga kehamilan, perniagaan saya dan suami benar-benar merosot dan kami menghadapi masalah kewangan yang agak serius.
Saya agak buntu, kerana hasrat di hati ingin bersalin dengan mendapat rawatan dari doktor muslimah, tetapi caj di hospital swasta agak mahal.
Sedangkan jika bersalin di hospital kerajaan, bayaran yang dikenakan sangat berpatutan, namun kita tidak boleh memilih doktor.
Akhirnya, saya menggadaikan gelang tangan, satu-satunya emas kesayangan milik saya, dengan harapan dapat bersalin di hospital swasta dengan berbidankan seorang doktor muslimah.
Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya melahirkan seorang puteri dengan mudah, ditemani suami yang tidak putus-putus memberi semangat sepanjang proses kelahiran.
Sejak hamil, saya sudah berniat, andai bayi yang dikandung seorang puteri, biarlah dia menjadi seorang pakar perbidanan.
Semoga Allah membantu saya dan suami untuk mendidik anak perempuan kami ini berjaya menjadi doktor pakar Obstetrik dan Ginekologi apabila dia dewasa kelak.
Biarlah pengalaman saya dirawat doktor lelaki tidak dilalui oleh ibu-ibu hamil yang lain. Semoga lebih ramai wanita akan dapat menceburkan diri dalm bidang perbidanan, sekali gus menunaikan fardhu kifayah.
Sehingga kini, bayi saya berusia tiga bulan, membesar dengan sihat. Namun gelang emas kesayangan saya masih belum dapat ditebus. Biarlah gelang emas itu terus dalam lipatan sejarah kerana Allah telah mengurniakan seorang puteri yang saya impikan selama ini.
Hati terubat ketika membaca artikel Puan Noraslina Jusin kerana sekurang-kurangnya saya sudah memilih dan melakukan yang terbaik untuk mendapat zuriat yang berkat.
Hati juga terubat kerana saya telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan diri disentuh oleh doktor wanita muslimah sepanjang kehamilan dan kelahiran bayi berlaku.
Sejujurnya saya agak kecewa kerana masih ramai di luar sana sempurna penjagaan auratnya di sepanjang masa, namun tewas ketika mendapatkan rawatan sepanjang kehamilan dan bersalin dengan doktor lelaki atas alasan darurat.
Ada yang berkata 'dengan doktor lelaki lebih mudah, lebih lembut layanannya'. Ada juga yang berkata 'doktor tu pun dah tak hairan dengan kita, sebab dia dah merawat ribuan pesakit, dah naik lali dah'.
Macam-macam alasan yang diberi untuk menghalalkan keadaan.
Harapan saya, agar isu ini dapat dikupas dengan lebih kemas dan teliti dalam keluaran yang akan datang."

Mungkin, masih tiada kesedaran atau tekad yang kuat untuk adik-adik kaum Hawa mendapatkan rawatan dari doktor muslimah sepenuhnya. Abang Has juga mengimpikan seorang isteri yang mampu menjaga auratnya demi menjaga maruah suaminya yang telah ditetapkan untuk menanggung segala dosa-dosa sang isteri.

Namun Abang Has masih tak mampu melihat adik-adik perempuan Abang Has yang betul-betul memahami kehendak Ilahi dalam penjagaan auratnya.Semoga adik-adik dan teman-teman sekalian lebih memahami bagaimana yang dikatakan menutup aurat.

 Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda ;

"Dua jenis manusia penghuni neraka yang aku tidak melihatnya; golongan orang yang memegang tongkat menggerakkannya seperti ekor lembu, memukul manusia, golongan perempuan yang memakai pakaian tetapi seperti bertelanjang yang menarik pandangan lelaki dan memalingkan pandangannya kepada lelaki, kepala ( rambut ) seperti bonggol unta Khurasan. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium baunya sedangkan baunya semerbak sejauh perjalanan demikian demikian." ( Hadith Riwayat Muslim )

Hadith yang Abang Has nyatakan di atas dengan jelas menyentuh soal kod etika pakaian bagi muslimat. Menutup aurat bukan sekadar mengenakan tudung kepala sehingga menutup dada atau memakai pakaian yang longgar sahaja bahkan mestilah pakaian itu tidak menampakkan bentuk susuk badan baik bentuk luaran badan ataupun pakaian yang longgar sehingga menampakkan susuk tubuh badan si pemakai pakaian tersebut.
 

wallahualam.....

 

Sunday 10 March 2013

Kepercayaan dan Harapan.....

Aku....
Tak percaya lagi dengan apa yang kau beri.Aku terdampar di sini.Tersudut menunggu mati.
Aku....
Tak percaya lagi akan guna matahari yang dulu mampu terangi sudut gelap hati ini.
Aku......
Berhenti berharap dan menunggu datang gelap.Sampai nanti suatu saat,tak ada cinta kudapat.

Kenapa ada derita bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam bila putih menyenangkan

Aku pulang tanpa dendam.Ku terima kekalahanku
Aku pulang tanpa dendam.Ku salutkan kemenanganmu

Kau ajarkan aku bahagia.Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia.Kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia.Kau berikan aku derita

Aku pulang tanpa dendam.Ku terima kekalahanku.Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan.Kau akan mengerti semua...

Aku....
Berhenti berharap dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat,tak ada cinta kudapat........



'hasifi' bimakna kemaafanku......

Hidup ini kadang-kadang terasa sangat sulit dan menyakitkan.Masalah dengan teman-teman dan pihak atasan di tempat kerja.Masalah dengan teman-teman seangkatan.Masalah dengan jiran-jiran.Masalah dengan keluarga.Masalah itu dan ini.Masalah di sana dan sini.Semuanya menyesakkan hidup.Kadang-kadang penat memikirkan.
Jelasnya bagi Abang Has,maafkanlah orang yang menyakiti Abang Has, walaupun berulang kali mereka menyakiti Abang Has, kerana Abang Has pun sama. Sering kali membuat dosa dan mengulangi kesalahan terhadap Allah, namun Allah itu tetap menerima permohonan maaf kita dengan penuh kasih sayang.

Abang Has mulai mengerti bahawa Abang Has ini adalah salah seorang insan yang pernah berjanji di Luh Mahfuz tetapi melupakan janji-janji yang telah dibuat setelah lahir ke dunia... Menjawab persoalan :- Siapa aku? Mengapa aku dilahirkan? Apa tujuan aku dihidupkan? Ke mana aku akan pergi akhirnya...

Friday 8 March 2013

Cara muhasabah yang dapat mengalirkan airmata....

Apa khabar iman hari ini? 
Berapa juzu' Al - Quran dah baca?
Mathurat dan Surah Al - Mulk sudah istiqamah?
Sedekah? Majlis ilmu? Isu semasa ummat?
Doakan untuk kesejahteraan umat sejagat, rakyat Palestine ,Syria ,Lahad Datu,Malaysia?

Hanya sedikit pendapat peribadi dari diri Abang Has yang tidak seberapa ini. Abang Has pasti rata-rata antara kita ni, pasti ada memiliki akaun Facebook. Kalau tak ada pun,pasti tahu tentang FB. Yup, FB yang ada tulis-tulis status dekat wall, komen-komen,tag-tag, chat-chat, usrah-usrah, share-share, download-download, gaduh-gaduh, jiwang-jiwang,kahwin-kahwin, cerai-cerai...ehh!!

Bagi Abang Has secara peribadi, Abang Has start aktif berFB semenjak 2007. Sewaktu Mr. Vishnu iaitu Post Manager Abang Has mengarahkan kami para pengawal keselamatan semua membuat akaun FB untuk tujuan laporan harian dan arahan. Awalnya, begitulah niatnya tapi bila dah rasa seronok berFB laporan dan arahan pihak atasan menjadi perkara ke-2. Setiap hari WAJIB buka FB, update status lah, komen lah, pendek cerita tak buka FB satu hari, gelisahnya lain macam. (ikut kajian Abang Has sendiri)

Dan semenjak dari 2007, FB ni tak lah cool sangat. Biasa-biasa saja. 2008, Abang Has mula slow down. Jemu dan rasa tidak perlu pun FB ni. Dekat setahun jugak bercuti dari FB. 2009, start aktif balik sebab majoriti rakan niaga Abang Has ketika itu akan menggunakan medium FB ni untuk bagi informasi tentang latihan, ceramah, pelanggan dan lain-lain. Kena add rakan-rakan baru. Dan macam-macam lah aktiviti biasa bila berFB. Waktu ni FB macam dah cool sikit. Boleh upload gambar banyak-banyak sekaligus, itu je lah setakat yang Abang Has tahu.
                                                                                                                                 
Tahun berganti tahun, FB bertambah cool. Dan yang paling terkini, video conference dan FACEBOOK TIMELINE. Abang Has tahu ramai yang tidak begitu setuju dengan FB Timeline ni. Ramai yang merungut-rungut...susah,keliru, benci, macam-macam lah. Mengakui juga ada beberapa kesulitan tapi semua tu tak menjejaskan kehidupan walau sedikit pun kan. Disebalik ramai-ramai yang merungut tu, Abang Has yang tersenyum kot. haha...Sebab Abang Has suka FB Timeline. Opsss, jangan buat spekulasi tentang ayat ini dengan wajah comel anda. Abang Has suka kerana beberapa sebab munasabah.Antaranya :


Sedarkah kita FB timeline ni banyak membantu kita mengetahui bagaimana kita membuang 
masa-masa berharga kita suatu tika dahulu?  


Cuba kita semak kembali, status-status kita terdahulu di FB. Buka 1 per 1 dan renungkan. Secara peribadi sekali lagi, Abang Has terkesima seketika. Cuba mengimbau masa silam. Pasti, gugur air mata. Kadang timeline ini membantu kita mencari kesilapan kita terdahulu yang baru sekarang kita terperasan. Mungkin ketika itu kita belum cukup matang lagi, tapi tidak salah itu menjadi panduan hidup hari ini. Saat kita berbahagia, bersulam nikmat ukhuwah tanpa henti kita menerima peringatan dan teguran dari sahabat yang sentiasa menemani, serasa begitu akrab dan sentiasa berdampingan, saat persahabatan dengan sahabat seangkatan dan adik-adik yang sangat awesome, mesej-mesej dakwah dan banyakkk lagi lah. 
Saat itu, mungkin kebanyakan dari kita tidak menghargai moment-moment indah itu. Sebab itulah sampai 1 peringkat, perang FB bermula. Keluhan kecil dilepas sehingga menjadi punca pergaduhan, terasa hati dan akhirnya kian menjauh dan jauh............

Dan hanya sekarang, baru kita dapat analyze benda tu. Rugikan. 

Okay semua, selebihnya anda yang berhak menilai. Ini cuma pandangan peribadi Abang Has. Jam menunjukkan pukul 2.00 p.m dan Abang Has sudah agak terlalu kepenatan untuk hari ini. InsyaAllah, Abang Has kongsi lagi ilmu untuk adik-adik supaya dapat diintai-intaikan pengetahuan ini di lain masa.

Di mana kekuatan kita tatkala kita hadapi kesukaran?

Banyak persoalan dan pertanyaan yang berlegar dalam kotak fikiran Abang Has ini tatkala hal-hal yang melibatkan kehidupan seharian menjadi sukar dan menimbulkan perasaan-perasaan negatif di dalam hati.

Maka selalulah Abang Has ajukan soalan-soalan ini kepada yang pakar atau yang nampak pakar atau yang cuba berlagak pakar.

Alhamdulillah Abang Has akhirnya dapat jawapan yang paling memuaskan dari banyak pihak.....Tapi yang paling penting,semua jawapan itu datang dari satu sumber iaitu Al-Quran...

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka
dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan
mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar
dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang berdusta."
-Surah Al-ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal
ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan
janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang2 yang paling tinggi
darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman."
-surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang
itu amatlah berat kecuali kepada
orang2 yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

AKU TAK DAPAT TAHAN!!
"....dan janganlah kamu berputus asa
dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah
melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 87

Semoga semua ini menjadikan kita kuat untuk mengharungi cabaran hidup kita.....


Thursday 7 March 2013

Kenapa kita lupa kerja kita?

Kadang-kadang Abang Has sendiri terlupa apa yang hendak dilakukan.....

Tengahari tadi sewaktu sedang kusyuk menyusun fail-fail di dalam My Documet komputer yang berserabut ni,tiba-tiba bunyi 'ping' yang menandakan bunyi email masuk.Lalu Abang Has pun terus open email dan ada promosi tentang alat ganti kereta.Lalu Abang Has terus klik laman webnya dan meneroka keseluruhan isi web tersebut. Intai punya intai,baru Abang Has tersedar yang masa telah menginjak petang.

Astaghfirullah.....Terlupa semua kerja yang patut dilakukan hari ini. Inilah akibatnya jika kita tidak membina matlamat sebelum melakukan sesuatu.Inilah jadinya bila tugasan yang kita buat itu sekadar mengisi ruang tanpa menitik beratkan keberkatan dariNya.

Selalunya Abang Has akan setkan matlamat yang akan Abang Has capai setiap hari.Contohnya ,"Sebelum balik hari ini aku mesti pastikan senarai nama peserta yang telah menghadiri program Abang Has sebelum ini lengkap kesemuanya." Jadi Abang Has akan merangka tugasan apa yang perlu dilakukan dulu supaya perjalanan kerja Abang Has hari tu tidak tergendala dengan perkara-perkara remeh kerana kesilapan sendiri....

Intai-intaikanlah....

Saidina Umar RA pernah berkata, kita tidak akan keluh  kesah  jika kita tahu apa yang hendak kita cari. Kata-kata penuh  hikmah  ini sangat signifikan dengan kehidupan kita. Cuba kita bayangkan, kalau kita keluar rumah dengan sebuah  kenderaan tanpa arah tujuan? Ke mana kita hendak pergi?

Begitulah kehidupan kita seharian, kalau kita tidak tahu apa yang kita hendak buat, tentu kita bercelaru. Minda boleh jadi kosong kerana tidak tahu  apa yang hendak dilakukan. Kerja-kerja kita tidak boleh dilakukan.

Kalau minda kosong kerana berada dalam keadaan tenang tidak mengapa. Kerana ketenangan merupakan perkara yang  dicari oleh semua orang.

Lantaran itu, kembalilah  kepada Allah SWT, hati akan jadi tenang. Dia juga akan tunjuk arah tujuan hidup kita.



BIARKU MENJADI LILIN......


Dedikasi Abang Has untuk pejuang negara.....
Hayati kata-kata ini.Sebuah lirik dari lagu BIARKU MENJADI LILIN

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

Wednesday 6 March 2013

Kepentingan yang paling penting.......

Masa tengah makan nasi ayam di pejabat tadi,tiba-tiba Abang Has teringat perbualan Abang Has dengan seorang ustaz dua minggu lepas di hospital.Masa tu Abang Has telah seminggu menjaga mama Abang Has di hospital kerana masalah usus.Dan setiap pagi dan petang Abang Has akan melalui sebuah bilik yang dihuni oleh seorang pesakit lelaki.
Hampir seminggu Abang Has melewati bilik itu,baru timbul rasa di hati untuk menoleh penghuninya.Masyaallah, rupanya pesakit itu adalah bekas ustaz Abang Has semasa menimba ilmu dahulu.Ustaz ini memang telah menubuhkan sebuah sekolah agama. Dia begitu aktif berdakwah dan berusaha membangunkan sekolah agama tersebut. Beliau bukan sahaja aktif dalam menyampaikan ilmu tetapi juga merupakan orang kuat sebuah badan yang memperjuangkan syiar Islam.Hampir sebulan guru agama itu tidak dapat mengajar di surau berdekatan sekolah agama itu lantaran kesakitan yang menimpanya. 
Kini dia terlantar di atas katil dan doktor mengesahkan dia mengidap penyakit jantung. Meskipun beliau tidak mampu bergerak banyak, namun setiap kali ada orang yang datang menziarahi beliau pasti ada sahaja nasihat yang dia berikan. Dakwahnya masih tetap berjalan biarpun di atas katilnya.
Sepanjang perbualan dengan Abang Has hari tu, dia sentiasa tersenyum seolah-olah tiada sebarang kesakitan pada dirinya. Namun, pada suatu ketika dahinya berkerut secara tiba-tiba. 
"Kenapa ustaz, sakitkah?" Abang Has bertanya kepada penyuluh hidup Abang Has itu...
  Ustaz itu memberi jawapan, "Bukan sakit. Tetapi ana teringat kisah Saidina Uthman R.A.yang pelik"
"Apa yang peliknya?" tanya Abang Has lagi.
" Saidina Uthman R.A. merupakan seorang sahabat yang hebat. Beliau dikasihi Allah SWT dan Rasulullah SAW. Dia juga dikenali dengan kekayaan yang dimilikinya. Namun, kemanisan hidupnya bukan kerana kekayaan yang dimilikinya." ujar guru agama itu.
"Habis, ustaz apa yang peliknya." tanya Abang Has lagi masih tidak dapat maksudnya.
"Saidina Uthman R.A. pernah berkata dia mencapai tahap kemanisan dalam ibadah dengan empat perkara iaitu apabila dia menunaikan apa yang difardukan Allah SWT, meninggalkan segala yang diharamkan Allah SWT., ketika menyeru kepada kebaikan dan ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT."jelas guru agama tersebut.
Intai-intaikanlah...........
Allah SWT sentiasa menjaga hamba-Nya seandainya kita menjaga agama-Nya. Penjaga agama boleh diertikan sebagai orang yang mentaati perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Apabila kita mampu memperoleh penjagaan daripada Allah SWT, maka kita bakal merasai nikmat yang tidak terperi. 
Hal inilah yang dirasai oleh Saidina Uthman R.A. yang merasai kenikmatan ketika melakukan ketaatan kepada Allah SWT.
Moga-moga kita dapat beristiqamah dalam mentaati titah perintah Allah SWT yang Maha Kuasa........

Tuesday 5 March 2013

Putus asa kerana tiada perhatian.......

Assalamualaikum wbt......


Dunia teknologi maklumat semakin canggih. Boleh dikatakan setiap isi rumah mempunyai komputer ataupun laptop. Apatah lagi di organisasi-organisasi besar sama ada institusi pendidikan, ketenteraan, perubatan dan sebagainya semua menggunakan komputer untuk memudahkan kerja dan pengurusan sistem kerja.
Begitu juga dengan dunia penulisan. Dahulu, para penulis menulis menggunakan alat tulis seperti pen dan pensil. Kemudian bertukar menggunakan mesin taip dan kini menggunakan komputer atau laptop.
Oleh kerana kecanggihan teknologi maklumat yang semakin hebat memudahkan penulis menulis. Lantaran itu, lahirlah penulis-penulis baru yang menulis buku dan yang semakin ramai sekarang ini adalah penulis blog.
  Abang Has teringat kisah ulamak-ulamak dahulu bahawa mereka menulis banyak kitab. Setelah mereka meninggalkan dunia ini, karya mereka masih dibaca dan dijadikan rujukan. Yang penting sekali karya mereka menjadi amal jariah sampai ke akhirat nanti. Sebab itulah Abang Has ingin menulis. 
  Abang Has juga merupakan salah seorang penulis blog yang ada pada masa kini. Abang Has mula berjinak-jinak dengan blog sejak 2006. Abang Has belajar sendiri untuk membuat blog ketika itu. Sungguh teruja apabila tulisan pertama Abang Has berjaya dipostkan melalui blogspot. Apatah lagi bila ada orang yang komen ke blog Abang Has. 
Setelah sekian lama Abang Has menulis di bermacam-macam blog(sebenarnya banyak blog yang dibuat,cume selalu stop tengah jalan,dan bila timbul semangat balik,buat blog baru.Ahaks!) Abang Has rasa tidak ramai orang yang peduli dengan apa yang Abang Has tulis. Memang  diakui Abang Has tidak pandai menulis seperti penulis-penulis yang ada. 
  Abang Has juga mempunyai cita-cita untuk menulis buku. Meskipun beberapa buah manuskrip buku telah Abang Has buat dalam tempoh hampir 3 tahun. Tetapi belum berjaya diterbitkan.Pelbagai cara dilakukan termasuk berhubung dengan beberapa buah syarikat penerbitan, namun sampai sekarang Allah SWT belum izinkan buku Abang Has diterbitkan.
Bukanlah ingin karya Abang Has dirujuk dan disanjung seperti karya ulamak terdahulu. Cukuplah sekadar perkongsian ilmu yang boleh disimpan dirak buku di rumah atau perpustakaan.
Kalau hendak ikutkan Abang Has seperti putus asa. Tetapi Abang Has teringat ada ustaz kata orang Islam tidak boleh putus asa daripada rahmat Allah SWT. Mungkin ada hikmahnya.
Biarlah orang tidak peduli apa yang abang tulis.
Meskipun abang tidak pandai menulis.
Walaupun tidak semua orang suka apa yang ditulis.
InsyaAllah abang akan cuba lagi menulis .
Demi kewajiban ke atas diri abang sebagai khalifah(Penyampai) ilmuNya...


Adik berambut perang......

Seorang adik perempuan berambut perang datang berjumpa dengan Abang Has. Dia ingin bertanya beberapa soalan

"Abang Has, bagaimana hendak ikhlas?"

"Kita perlu usaha untuk ikhlas."

"Ibu saya sering kali menyuruh saya memakai tudung."

"Kenapa kamu tidak mahu pakai tudung?"

"Saya tidak biasalah Abang Has.  Lagipun buat apa saya hendak melakukan pekerjaan yang saya sendiri tidak ikhlas."

"Habis tu, bila kamu hendak pakai?"

"Entahlah, tunggu saya ikhlas dahulu baru saya akan pakai. Bukankah, sebagai umat Islam, kita dituntut melakukan segala amal kebajikan dengan ikhlas. Ini kerana, hanya amalan yang ikhlas sahaja bakal mendapat pandangan Allah SWT."

"Kalau kamu mati dahulu sebelum ikhlas bagaimana?"

Intai-intaikanlah.......
Sesiapa yang berjaya mencapai keikhlasan di dalam beribadat, maka dia merupakan orang yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT. Oleh yang demikian, kita perlu berusaha  untuk melakukan amal ibadah seikhlas mungkin walau dengan apa cara sekalipun.

Ustaz Azhar Idrus pernah menyebut:
Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa...
Solatlah walaupun keadaan terpaksa...
Puasalah walaupun keadaan terpaksa...
Kerana kewajipan itu memang kadang kala sifatnya terpaksa...
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan 
hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribdah kepada Allah SWT.
Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dahulu baru untuk beribadah, sampai bila hendak menunggu?
Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari. 
InsyaAllah....
Ibarat makanan, kita perlu suap. Makanan tidak boleh masuk ke dalam mulut sekiranya tidak disuap...

Kenapa Abang Has pentingkan solat.........Ini pengajarannya....

Sudah menjadi rutin Abang Has dan kawan-kawan menziarahi Tok Tam yang semakin uzur setiap tahun.Tok Tam adalah bapa angkat Abang Has dan kawan-kawan semasa menyertai program anak angkat masa zaman sekolah dulu. Umurnya kini hampir mencecah 65 tahun tetapi masih lagi kuat bersolat di masjid meskipun terpaksa jalan bertongkat. 
Alhmdulillah, Hari Raya Aidilfitri dua tahun lepas dirasakan agak meriah kerana semua kawan-kawan seadik-beradik angkat Abang Has dapat berkumpul bersama. Kawan pertama Abang Has bekerja di Kubang Kerian, Kelantan. Manakala kawan kedua bekerja di Kedah.Kawan ketiga pula berniaga di Kulai,Johor.Yang kawan keempat bekerja di Pulau Pinang dan Abang Has sendiri bekerja di Lembah Klang. Keadaan menjadi bertambah ceria tahun itu kerana semua dah mempunyai pasangan masing-masing dan keseluruhan anak saudara angkat telah meningkat kepada 7 orang.
Semua berkumpul di rumah Abang Has di Damansara.Perjalanan untuk sampai ke rumah Pak Tam mengambil masa hampir tiga jam lebih memerlukan kami bertolak awal pagi. Setelah diputuskan dalam mesyuarat kami kelmarin, kami semua setuju bahawa kami akan bertolak pada jam 9.30 pagi.
Oleh kerana semua ahli keluarga akan turut serta dalam rombongan ini, maka kami memandu kereta masing-masing menjadikan rombongan ini mempunyai 5 buah kereta. Kami bergerak secara berkonvoi.
Sebaik sahaja jam di tangan Abang Has menunjukkan 8.25 pagi, Abang Has meminta isteri dan anak-anak masuk ke dalam kereta. Begitu juga kawan-kawan yang lain, semuanya kelihatan telah siap sedia untuk memulakan perjalanan.
Lebih kurang jam 8.33 pagi, kami pun mula bergerak menuju ke lebuh raya utara selatan. Dengan harapan perjalanan kami selamat dan sampai seperti mana yang dirancangkan.
Sejam lebih kami berada di atas lebuh raya dan perjalanan kami berjalan dengan lancar. Namun, keadaan jalan semakin sesak dengan bilangan kenderaan yang kian bertambah. Keadaan ini menyebabkan kelajuan kereta terpaksa dikurangkan. Semua yang berlaku sudah ketetapan Ilahi. Sebagai hambaNya yang lemah, kita perlu redha dengan ketentuanNya.
Berdasarkan perhitungan kami, perjalanan untuk sampai ke rumah Tok Tam memakan masa lebih kurang tiga jam jika pemanduan dapat dilakukan dengan kelajuan yang tetap iaitu 100km/jam. Sekiranya kelajuan terpaksa dikurangkan atau ada masalah-masalah lain yang tidak diingini seperti kemalangan dan sebagainya mungkin perjalanan mengambil masa lebih daripada tiga jam.
Kelajuan kenderaan kami terpaksa di kurangkan lagi kerana jumlah kenderaan semakin meningkat.Di tambah pula hari semakin terik dan bahang sinar mentari kian terasa. Kereta  yang Abang Has pandu berada di belakang manakala empat buah kereta yang dipandu oleh kawan-kawan Abang Has berada di hadapan. 
Pada awal perjalanan, kereta kami berlima dapat berturutan tanpa ada halangan oleh kereta lain. Namun, dengan pertambahan kenderaan yang banyak dan ada pula kenderaan lain yang bergerak laju untuk mencari ruang yang dirasakan muat untuk dimasuki menyebabkan jarak kereta Abang Has semakin terbelakang. Sehinggakan Abang Has tidak dapat melihat di mana kereta kawan-kawan Abang Has.
Empat jam telah berlalu. Abang Has bersama isteri dan anak masih lagi berada di atas lebuh raya dan Abang Has rasakan kawan-kawan lain telah jauh ke hadapan. Maklumlah Abang Has kurang mahir dalam pemanduan berbanding yang lain. Mereka lebih cekap dan tindakan mereka lebih pantas berbanding Abang Has.
Tiba-tiba telefon bimbit Abang Has berbunyi. Abang Has dapati nama kawan dari Johor terpampang di screen telefon. Abang Has serahkan telefon tersebut kepada isteri supaya beliau dapat menjawabnya. Abang Has tidak dapat menjawab telefon kerana hendak memberi penumpuan terhadap pemanduan.
"Abang, diorang kata mereka telah keluar dari lebuh raya utara selatan." 
"Mereka hendak tunggu kita di stesen minyak Petronas sebelah kiri selepas susur keluar tol lebuh raya." Isteri Abang Has bersuara sambil menyampaikan maklumat daripada panggilan telefon.
"Baguslah mereka telah keluar, diharap kurang sedikit kesesakan lalu lintas." Abang Has menjawab dan meneruskan pemanduan.
Sekiranya kesesakan di lebih raya yang membolehkan pemanduan dengan kelajuan 30km/jam, Abang Has rasakan hampir sejam baru boleh Abang Has keluar daripada lebuh raya. 
"Tolong cakap dekat diorang, kalau abang lewat lebih baik tunggu di masjid berkubah kuning. Nanti boleh solat terus." Tambah Abang Has lagi memandangkan hari dah hampir ke tengahari.
Isteri Abang Has menyampaikan maklumat tersebut menerusi telefon dan perbualan mereka terhenti.
Di takdirkan, perjalanan di atas lebuh raya masih tidak berubah. 45 minit telah berlalu. Kami sekeluarga masih jauh dari susur keluar.
Telefon bimbit Abang Has berbunyi sekali lagi. Isteri Abang Has terus mengangkat dan menjawab panggilan telefon. Abang Has biarkan isteri  menjawab tanpa menyoal sebarang soalan.
Kemudian, isteri Abang Has menghentikan panggilan telefon. Dia menyatakan kepada bahawa kawan-kawan hendak bergerak ke rumah Tok Tam sekarang juga kerana menunggu Abang Has terlalu lama. Abang Has tersenyum sambil memandang ke arah jam tangan. Lebih kurang sepuluh minit lagi akan masuk waktu solat zohor.
Anak isteri Abang Has nampak gelisah berada di dalam kereta. Mungkin mereka terasa jemu, tidak selesa ataupun perut mereka telah lapar. Abang Has meminta kepada isteri keluarkan sedikit makanan yang dibawa dan diberikan kepada anak dan Abang Has sendiri.
"Sabar ya...kita hampir sampai ni." Abang Has melontarkan kata-kata.
Alhamdulillah, akhirnya Abang Has pun keluar daripada lebuh raya dan terus berhenti di masjid berkubah kuning yang berada dua kilometer selepas stesen Petronas. Kami bersolat Zohor terlebih dahulu kerana takut tidak sempat bersolat Zohor kerana perjalanan untuk sampai ke rumah Tok Tam lebih kurang 45 minit lagi.
Usai solat Abang Has rasa lega dan lapang dada sebab berjaya menyelesaikan tanggungjawab penting. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke rumah Tok Tam.
Syukur, kami sampai  juga ke rumah Tok Tam. Kami dijemput masuk  ke dalam rumah. Namun, Abang Has agak terkesima kerana Abang Has dapati kereta kawan-kawan lain belum sampai. Sedangkan mereka berada di hadapan Abang Has dan lebih dahulu keluar daripada lebuh raya. Abang Has tanya kepada Tok Tam adakah kawan-kawan lain sudah sampai. Namun, Tok Tam sendiri tidak tahu.
Setengah jam kemudian baru kawan-kawan sampai. Mereka dijemput masuk. Abang Has dapati mereka agak kepenatan. 
"Kenapa lewat?" Abang Has bertanya.
"Kami tersesat. Pulak tu jalan yang kami lalui tadi ada kemalangan." Jawab kawan yang dari Kelantan.
  Abang Has terfikir sejenak. Kawan Abang Has yang dari Pulau Pinang ni seorang yang mahir dengan jalan ke sini sebab dia selalu juga bertandang ke sini sebelum ini. Inilah kuasa Tuhan.
"Tok Tam, boleh kami tumpang solat Zohor?" Kawan Abang Has meminta izin untuk bersolat.
"Silakan, jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri." Jawab Tok Tam.
  Abang Has memandang ke arah jam tangan. Tinggal lagi dua puluh minit akan masuk waktu Asar.
Intai-intaikanlah......
Sarjana Islam pernah menyebut seandainya kita menjaga agama Allah maka Allah akan mudahkan urusan kita. 
Kisah di atas kisah sebenar tetapi mungkin pernah berlaku kepada sesiapa sahaja. Bukan juga berniat menyalahkan sesiapa. Namun apa yang perlu kita fikirkan bagaimana untuk biasakan diri dalam mengutamakan tanggungjawab kepada Allah SWT. Umpamanya bersolat di awal waktu merupakan saranan Rasulullah SAW untuk kita amalkan kecuali ada keuzuran.
Sekiranya kawan Abang Has tadi menunggu waktu solat dahulu kerana waktu solat sudah hampir tiba sebelum meneruskan perjalanan mungkin dia tidak tersesat dan tersepit di tengah jalan.
Waalahu'alam. Astaghfirullahal 'Azim...
 
 

Monday 4 March 2013

Cara paling berkesan mendidik anak menjadi cemerlang

Pernah satu ketika dulu Abang Has dibanjiri pelbagai soalan dari kalangan ibubapa seusai Abang Has berceramah berkenaan tanggungjawab ibubapa di sebuah sekolah rendah.

Soalan-soalan yang dikemukakan oleh mereka banyak berkisar kepada cara dan teknik mendidik dan membimbing anak supaya anak cemerlang dalam akademik.Sudah menjadi lumrah zaman sekarang, kebanyakan ibubapa lebih mementingkan kejayaan anak dalam pelajaran berbanding kejayaan anak dalam ibadah mahupun pegangan.

Setelah semua jawapan diberikan sehingga semua yang bertanya berpuas hati, maka sesi soal jawab pun tamat dan diambil alih oleh pengacara majlis dari pihak sekolah.Seperti biasa majlis akan mengadakan majlis penyampaian sijil penghargaan sebagai menghargai kedatangan Abang Has untuk memenuhi pengisian program yang dirancangkan.

Ketika Abang Has sedang berjalan menuju ke kereta, seorang bapa datang kepada Abang Has lalu terus menegur.

"Assalamualaikum warahmatullah." 
"Waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh."
"Encik Has, saya ingin bertanya soalan kepada tuan."
"Silakan."
"Tuan, saya mempunyai seorang anak lelaki yang berumur 7 tahun. Dia seorang yang agak nakal. Macam-macam cara saya buat. Saya nasihat, saya marah, saya hantar dia mengaji dan berbagai-bagai cara lagi yang saya buat. Bukan itu sahaja, saya telah menghantar ke bengkel pelajar cemerlang. Namun, semua usaha saya tidak berkesan." tanya lelaki itu sambil dikerumuni oleh ibubapa yang lain.(Macam artis popular pula tatkala dikerumuni sedemikian....Ahaks!)
"Sebelum menjawab soalan encik itu. Bolehkah tuan-tuan dan puan-puan yang ada dalam di sini ikut apa yang saya akan katakan." ujar Abang Has pada semua orang yang ada ketika itu..
"Begini, sekarang ini cuba tengok jari saya. Semua hadirin tolong buat macam ini " jelas Abang Has  sambil menunjukkan jari telunjuk abang yang diletakkan di atas hidung abang sendiri.
Semua yang ada ikut melakukan perkara yang sama seperti yang ditunjukkan oleh abang.
"Baiklah, semua sudah bersediakan? Sekarang ini saya hendak, tuan-tuan dan puan-puan alihkan jari tuan-tuan dan puan-puan...di atas dagu."
"Atas dagu!" Abang Has mengulangi perkataan yang sama lebih tegas sambil meletakkan jari telunjuk abang di atas dahi.
"Jangan lepas jari tuan-tuan dan puan-puan. Sekarang cuba tuan-tuan dan puan-puan perhatikan di mana jari  telunjuk tuan-tuan dan puan-puan?"
  Abang Has yang berada di hadapan kereta di atas bonet dapat melihat dengan jelas, sebahagian besar ibubapa yang hadir meletakkan jari telunjuk mereka di atas dahi.
"Berapa ramai yang meletakkan jari mereka di atas dahi. Bukankah saya menyuruh tuan-tuan dan puan-puan meletakkan jari di atas dagu?"
Para ibubapa tersenyum dan ketawa kecil mengenangkan telatah mereka sendiri yang tersilap meletakkan jari di tempat yang sepatutnya.
"Di sini bolehlah kita simpulkan bahawa manusia mudah mencontohi apa yang kita buat berbanding dengan apa yang kita cakap. Oleh itu, kalau hendak mendidik anak tidak cukup sekadar bercakap. Kita perlu tunjukkan contoh yang baik kepada mereka kerana cara ini lebih berkesan." jelas Abang Has secara sinis.
Intai-intaikanlah......
Sekiranya kita imbau sejarah di zaman Rasulullah SAW. Ramai orang yang asalnya kafir telah beriktikad memeluk agama Islam kerana terpesona dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Lantaran itu, hal ini boleh menjadi pengajaran kepada kita bahawa akhlak yang mulia merupakan pendidik yang sungguh berkesan dalam hidup kita.
 
 

Sedikit Dikongsi Banyak Manfaat

Seorang atuk sedang berehat sambil membaca surat khabar, manakala cucu kesayangannya  bermain-main dengan sebuah kereta permainan di  pokok manggis yang rendang lagi redup. Udara yang begitu segar pada petang itu memberi kedamaian kepada sesiapa sahaja yang menghirupnya.
Di saat keasyikan bermainnya seorang anak kecil berhampiran atukanya, muncul seorang kanak-kanak membawa sesuatu tidak jauh dari situ. Usia kanak-kanak itu dalam lingkungan 9 tahun. Dia membawa sebuah bakul yang berisi dengan sejumlah kuih-muih.
Suasana kesunyian pada ketika tadi telah dipecahkan oleh suara pekikan kanak-kanak itu, "Kuih...kuih...". Atuk dan cucunya memandang sesama sendiri tanpa berkata apa-apa.
"Pakcik hendak membeli kuih?" kanak-kanak tersebut bertanya kepada atuk yang sedang memegang surat khabar. Cucunya pula bingkas bangun mendekati atuknya.
"Tidak mahulah, lagipun kami sudah makan tadi." jawab atuk itu.
"Pakcik boleh tengok dahulu, mungkin cucu pakcik ingin memakannya." kanak-kanak itu bercakap dengan lemah lembut.
"Saya kata tidak mahu, tidak mahulah." suara atuk itu agak keras. Cucunya memandang ke arah atuknya. Lantas, dia memegang kaki atuknya kerana bimbang atuknya bertambah marah.
"Belilah atuk, boleh Muhammad makan. Lagipun, petang ini nenek sibuk mengemas rumah. Dia tidak sempat untuk membuat kuih untuk kita" cucunya bersuara perlahan.
"Atuk masih kenyang lagi. Kalau kamu hendak kuih ini juga, kamu pergi minta duit dekat ayah kamu." jawapan atuk kepada cucunya agak tegas. Kanak-kanak penjual kuih itu pun berjalan perlahan-lahan meninggalkan si atuk itu.
Cucunya sedikit kecewa dan bergegas lari ke atas rumah. Atuknya tidak mempedulikan kanak-kanak penjual kuih itu, dia terus sahaja duduk di atas kerusi untuk menyambung bacaan surat khabar. 
Setelah beberapa minit kemudian si cucu datang bersama ayahnya. Ayah kepada anak kecil itu datang membawa sebuah dompet. Dari jauh, anak kecil itu memanggil penjual kuih supaya datang balik kepadanya kerana hendak membeli kuih.
"Berapa harga kuih ini adik?" ayah kepada anak kecil itu bertanya kepada penjual kuih. Anak yang berada disisi ayahnya hanya sekadar melihat.
"Empat biji seringgit. Abang boleh campur semua jenis." jelas kanak-kanak penjual  kuih itu.
"Kamu ambil sepulluh ringgit ini. Abang ambil semua ini." ujar si ayah kepada anak kecil itu.
"Tidak boleh abang, harga kuih ini hanya lima ringgit sahaja." balas penjual kuih.
"Kenapa pula?" lelaki itu bertanya. Si atuk yang berada di atas kerusi sebenarnya sedang menadah telinga mendengar perbualan antara menantunya dengan kanak-kanak penjual kuih itu.
"Ibu saya akan memarahi saya jika saya membawa pulang duit yang lebih daripada hasil jualan. Emak kata, kita mesti bekerja untuk mencari nafkah. Allah SWT berikan tulang empat kerat untuk saya berusaha. Emak tidak benarkan saya mengemis kerana itu perbuatan orang yang tidak berupaya." ujar kanak-kanak kecil itu.
"Kenapa kamu terus berjalan pergi tadi?" tanya anak kecil itu kepada penjual kuih pula.
"Emak saya pesan, kalau orang tidak mahu membeli jangan dipaksa. Rezeki kita ada di mana-mana. Oleh kerana pakcik itu kata tidak mahu beli, saya pun jalanlah." jawab penjual itu.
Cuba Intai-intaikan......

Pengertian rezeki adalah sangat luas dan bukan terbatas kepada wang ringgit semata. Ringkasnya, rezeki adalah sesuatu yang bermanfaat kepada kita seperti kesihatan, makanan, pakaian, keluarga dan sebagainya.
Oleh kerana terlalu banyak rezeki yang Allah SWT anugerahkan kepada kita, seharusnya kita bersyukur akan nikmatnya. Antara cara mensyukuri nikmat-Nya adalah dengan tidak marah, bersedekah dan mengambil iktibar di setiap kejadian yang berlaku di sekeliling kita.

Di samping itu, kita perlu sedar bahawa Allah SWT tidak membezakan umur, bangsa atau pangkat untuk memuliakan seseorang.

Sunday 3 March 2013

Peringatan buat seorang bapa.....

Sebuah kisah yang sering di dengar tentang seorang lelaki yang mengadu akan kederhakaan anak di zaman Saidina Umar Al-Khatab R.A. perlu di ulang-ulang  sebagai peringatan untuk kita semua. Kisah ini semakin releven kepada kita kerana barangkali masalah keruntuhan akhlak yang berlaku pada hari kerana kederhakaan ibu bapa terlebih dahulu sebelum mereka diderhakai oleh anak-anak.

Kisahnya lebih kurang begini. Pada suatu hari datang seorang lelaki mengandu bahawa anaknya telah menderhaka kepadanya.

Lalu Saidina Umar Al-Khatab R.A. memanggil anak lelaki  itu dan memarahinya kerana telah menderhaka kepada bapanya serta lupa  akan hak-hak terhadap bapanya. 

Anak itu menjawab , "Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?"

Saidina Umar Al-Khatab R.A. menjawab," Ya".

Dia bertanya lagi, "Apakah ia wahai Amirul Mukminin?"

"Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarkan al-Kitab (al-Quran)." jelas Saidina Umar Al-Khatab R.A.

"Wahai Amirul mukminin! Sesungguhnya bapaku  tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya  seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula bernama "Ju'olan" iaitu sejenis kumbang biasa bewarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran."

Saidina Umar Al-Khatab R.A. lantas berkata, " Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku jahat sebelum dia berlaku sedemikian terhadapmu."

Cuba intai-intaikan.....

Sekiranya kita merujuk kepada kisah di atas, ada tiga perkara yang perlu dilakukan oleh seorang bapa iaitu:
  1. memilih ibu yang baik kepada anak, 
  2. memberikan nama yang baik dan 
  3. mengajarkannya al-Quran (ilmu kehidupan).

Namun demikian, di zaman serba serba canggih ini mungkin kita mudah mendapat ilmu menerusi bahan bacaan terutamanya internet, maka itu kita tahu akan hal ini. Oleh itu, dua perkara yang dinyatakan atas merupakan perkara yang kita jaga dan utamakan untuk disempurnakan. Bagaimana dengan perkara pula yang ketiga? Mengajarkan Al-Quran memerlukan ilmu. Jika kita tidak memiliki ilmu bagaimana hendak mengajarkan anak kita al-Quran, meskipun kita telah memilihkan kepadanya ibu bapa yang baik dan memberikan namanya yang baik.

Peringatan buat diri abang dan adik-adik semua, tuntutlah ilmu. Ini kerana, perkara yang sering terjadi kepada bapa seperti yang diceritakan dalam kisah di atas adalah kerana kurangnya ilmu agama. Sedangkan ilmu agama itu merupakan pemandu kepada kita. Apabila kita faham ilmu agama insya-Allah ketiga-tiga perkara kita dapat tunaikan.