Sunday 24 February 2013

T.JURIAH BINTI T. IBRAHIM @ MAMA JU @ KAK YAH

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

DALAM SEMINGGU DUA NI ABANG HAS TAK DAPAT MELUANGKAN MASA DENGAN ONLINE MAHUPUN MENGUPDATE STATUS FB DAN BLOG SEBAB MAMA ABANG HAS TERCINTA SEKARANG TENGAH TENAT DI HOSPITAL KERANA DISAHKAN MENGHIDAP KANSER USUS.SEJAK 9 HARI YANG LEPAS MAMA TELAH DITAHAN DI WAD DAN SEMUA DOKTOR PAKAR BERSIAP SEDIA UNTUK MENJALANKAN PEMBEDAHAN BAGI MENYELAMATKAN MAMA...

RAMAI ORANG YANG MENGENALI MAMA KERANA MAMA ADALAH PENGUSAHA TASKA YANG BERJAYA DI SEGAMBUT.BOLEH DIKATAKAN KEBANYAKAN ANAK-ANAK SEGAMBUT MEMBESAR DI TASKA MAMA JU, TAMAN SPPK.SELAIN ITU MAMA JUGA SERING MENYERTAI CERAMAH-CERAMAH MAHUPUN KELAS-KELAS AL-QURAN DI SEKITAR SEGAMBUT MALAH SAMPAI KE KEPONG DAN DAMANSARA BERSAMA-SAMA RAKAN YANG LAIN.

MENGIKUT KATA DOKTOR, USUS MAMA TERSUMBAT KERANA SEL KANSER TELAH MENUTUPI SALURAN USUS MAMA.MELALUI SCAN YANG DILAKUKAN PADA AWALNYA,DIDAPATI RAHIM MAMA JUGA TERJEJAS TETAPI DOKTOR TAK DAPAT SAHKAN SEHINGGA PEMBEDAHAN DILAKUKAN.JIKA SEMASA PEMBEDAHAN DIDAPATI RAHIM MAMA TURUT TERLIBAT,MAKA SEBAHAGIAN USUS DAN RAHIM MAMA AKAN DIBUANG.

SELAIN ITU HATI MAMA JUGA TELAH DISAHKAN MEMPUNYAI KETUMBUHAN.DOKTOR MENYATAKAN AKAN MEMBUANG KETUMBUHAN DI HATI MAMA SERENTAK DENGAN PEMBEDAHAN KANSER TERSEBUT..DUA HARI LEPAS MAMA SEKALI LAGI DI SCAN JANTUNGNYA DAN DIDAPATI JANTUNG MAMA TERSUMBAT....

SETIAP JAM MAMA MENGADUH KESAKITAN DAN PEDIH DI PERUT......HANYA TUHAN YANG TAHU PENDERITAAN MAMA....

DOKTOR JUGA MEMAKLUMKAN PEMBEDAHAN ITU NANTI MEMAKAN MASA PALING CEPAT 5 JAM.JADI MAMA PERLULAH MEMPUNYAI SEMANGAT YANG KUAT SUPAYA TIDAK BERLAKU SEBARANG KOMPLIKASI KETIKA PEMBEDAHAN BERJALAN.

YA ALLAH YA TUHAN KU......AKU HANYA ADA SEORANG IBU INI SAHAJA.WALAUPUN PADA FAKTANYA AKU DAN DIA TIDAK SEDARAH KETURUNAN,NAMUN IBU INILAH IBU AKU SEJAK AKU KECIL LAGI.......AMPUNILAH DOSANYA....PERMUDAHKANLAH URUSAN RAWATAN INI....HILANGKANLAH PENDERITAAN YANG DITANGGUNGNYA INI........AKU TAK MAMPU MEMIKIRKAN PERKARA LAIN SEJAK 2 MINGGU LEPAS.....KERJAKU MULAI TERTANGGUH DAN SEMANGATKU HILANG UNTUK MEMBIMBING ADIK-ADIKKU YANG MEMERLUKAN.......

YA RABB......AKU BERSERAH PADAMU..........

Wednesday 13 February 2013

MASIH DENGAN POTRET INI........

Seperti potretku,wajahku tetap seperti sebelumnya.Aku menyambut hari itu dengan gembira seiring dengan mereka yang menyambut Hari Kekasih.Tak pernah sebelumnya aku menyukai hari tersebut tapi tahun ini,hari itu memberi sinaran pada hati ini yang kian lama malap.Jauh disudut hati,ketakutan dan kerisauan mencucuk-cucuk tatkala mengenang kisah dulu yang telah melukakan hati ini.Tapi akal ini nekad dan bersungguh-sungguh memberi keyakinan bahawa hati ini mampu menanggung kiranya kepedihan itu berulang.Hati ini juga dalam sekelip mata mengisi seluruh ruang dengan cinta-cinta yang telah lama ditanamkan.Sayang itu bangkit serta-merta dari perkuburannya yang saban hari disirami kerinduan.Maka kerinduan itu kembali subur malah tumbuh mekar menggapai cahaya cinta itu.Harapkan panas selamanya seperti terik matahari,tapi awan hitam melintas hati ini.Semakin hari semakin kerap awan itu melintasi.Akalku cuba sedaya upaya menerangi bahagia ini dengan suluhan kesabaran.Kesabaran yang menuntut perubahan pada cinta itu.Tapi hati ini sebenarnya masih belum cukup kebal untuk melindungi kebahagiaan itu.Dan akhirnya titisan hujan jatuh bersama deraian airmata dan kembali mengairi luka di hati ini.Namun cubaan menongkah arus kepedihan itu tetap kuat.Semangat semakin kental demi kebahagiaan dan cinta ini yang mendalam memenuhi ruang hati ini.Ya sayang,sesungguhnya kepedihan hati ini kutanggung tatkala melihat riak-riak tanda awal hati ini bakal ditinggalkan namun cinta itu menuntut kesabarannya untuk berubah.Nyata sekali perubahan itu tidak jua kunjung tiba.Janji setia tetap terawang-awangan di celahan awan hitam itu.Mana mampu tiupan hati ini meniup awan itu jika saban hari ia melintasi pandangan mata.Hati ini kini kembali nekad menguburkan jiwa yang mati ini.Lagi-lagi bila cinta itu merestui untuk ditinggalkan.Hati ini pasrah dalam sebak.Semalaman rasanya hati ini bertungkus-lumus mengorek liang lahad yang cukup dalam untuk menguburkan jiwa kembali dengan lebih dalam.Kini akal telah menyimpan memorinya sebagai pedoman agar akal sentiasa mengingati kepedihan dari awan hitam itu.Tak mungkin lagi ada yang seterusnya.Inilah yang terakhir buat hati ini,buat potret ini yang pasti akan kesunyian sampai ajal tiba...

SEPERTI POTRET AKU...

Seperti potret aku...Aku tersenyum menampakkan kesenangan hidupku.Tapi hati ini amat terasa kesusahannya tatkala mengharungi ranjau dunia seorang diri.Seperti potret aku....Aku merenung dan memahami keindahan yang ada di sekelilingku lalu mensyukuri kejadian itu.Tapi aku mengeluh sendiri bila aku merasakan diriku umpama sebutir pasir sahaja untuk mencukupkan keindahan persisiran pantai kerana aku langsung tidak dipandang sebagai pilihan utama dalam segala perkara.Masih seperti potret aku.....Aku mampu memiliki apa yang orang lain miliki seperti rama-rama yang cantik itu. Dan akhirnya aku juga yang cuma memiliki baki kecantikan itu,rama-rama indah yang telah kepatahan sayapnya.Terasa jua akhirnya diri ini terlalu kerdil dan rendah tahapnya berbanding orang lain.Tapi itu cuma potret aku.Kenyataannya aku tetap keseorangan dan cuma bertemankan sepi.Rama-rama dalam potret itu pun aku masih tak mampu miliki....

bILA mARAH mELANDA......

Hanya seorang yang pemarah yang boleh betul-betul bersabar. Seseorang yang tidak boleh merasa marah tidak boleh disebut penyabar, kerana dia hanya tidak boleh marah. Sedangkan seorang lagi yang sebetulnya merasa marah, tetapi mengawal kemarahannya untuk berlaku baik dan adil adalah seorang yang berhasil menjadikan dirinya bersabar. Dan bila kita mengatakan bahawa untuk bersabar itu sukar, kita sangat tepat, kerana kesabaran kita diukur dari kekuatan kita untuk tetap mendahulukan yang benar dalam perasaan yang membuat kita seolah-olah berhak untuk berlaku melampaui batas.Jadi janganlah memandang serong orang yang marah.Cubalah membantu untuk meredakan kemarahannya...........kerana orang itu sedang kesunyian....sunyi dari nasihat dan kasih sayang orang sekeliling........




Andai dia fahami......

Andai dia dapat merasai
Tapi berpura tak faham .

Terima kasih sayang
Sematlah di hati sayang
Cinta itu untuk sayang .

Mungkin sayang tidak dapat menerimanya
Tapi , apalah daya cinta itu bukan paksaan
Andai sudah di takdirkan cinta itu tidak berbalas
Biarlah ianya terus ada di hati ku ....

Sejarah duniawi cinta tak semesti nya di balas juga dengan cinta
Aku insaf dan akui
Insan yang bercinta dan bertahun bersama mencurahkan kasih sayang
juga tak semesti berkesudahan dengan keindahan pelamin yang di harapkan .

Sayang ....
Aku akan menunggu cinta mu hingga ke bila bila ......
Andai ditakdirkan kita terpisah
Aku anggap inilah cinta tak berkesudahan yang sangat manis di kenang ......

Andai sebenarnya sayang tidak memahami
Satu hari sayang akan memahami
Mungkin juga saat cinta itu di rasai
Talian hubungan ini tida lagi
Biar lah cinta ini hidup sampai ke mati.....
Bersanding dalam hati .........

Untuk mu di medan Kinrara.......

Aku memang sedar aku bukan siapa-siapa.
Aku memang sedar aku tidak pantas dihargai
keberadaan aku tidak pernah diperlukan

Aku sahaja yang menghargai kamu seperti ini
aku sahaja yang menganggap kamu seperti permata yang tiada nilainya
aku sahaja yang tidak pernah dapat menerima perubahan

Kamu bergerak pantas meninggalkan aku jauh di belakang
Kamu lupa pada apa yang pernah kamu ucapkan dulu
atau sebenarnya kata-kata itu memang bukan untuk aku
atau segalanya berubah kerana perbalahan antara kita

Aku mohon maaf ...
maaf atas semua kesilapanku
maaf atas semua yang tersilap bicara, tersilap tulis, tersilap kata
aku mohon maaf dunia akhirat.

Semoga Allah swt melindungimu selalu .........
Aku pergi dulu ..........

Tuesday 12 February 2013

Adik-adikku semua..........


Adik-adikku....
Adik harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapan adik ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalan adik dan cukup berani untuk membetulkan kesilapan adik.
Adik-adikku...
Jadikan diri adik bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
Adik-adikku....
Bermimpilah tentang apa yang ingin adik impikan, pergilah ke tempat-tempat adik ingin pergi. Jadilah seperti yang adik inginkan, kerana adik hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin adik lakukan.
Adik-adikku....
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Adik tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan adik sampai adik melupakan kegagalan adik dan rasa sakit hati.
Adik-adikku....
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.
Adik-adikku.....
Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisi adik ketika adik memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.
Adik-adikku......
Waktu adik lahir, adik menangis dan orang-orang di sekeliling adik tersenyum.
Jalanilah hidup adik sehingga pada waktu adik meninggal, adik tersenyum dan orang-orang di sekeliling adik menangis.
Adik-adikku.....
Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.
Adik-adikku......
Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.
Adik-adikku....
Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Adik-adikku...
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.
Adik-adikku....
Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
Adik-adikku....
Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.
Adik-adikku....
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.
Adik-adikku.....
Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
Adik-adikku....
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.
Adik-adikku...
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.
Adik-adikku....
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Adik-adikku....
Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Adik-adikku...
Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Adik-adikku....
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.
Adik-adikku sayang....
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi...

Adik-adikku sayang semuanya........


Bila Abang Has mula melalut.............


Maaf memang tercipta untuk yang bersalah. Kau, berikanlah dia kemaafan. Dia, kerana itu meminta. Maaf darimu bukanlah picisan buatnya. Kau, lahirkanlah dari hati. Dia, pasti insafi. Dia, meminta maaf. Kau, memaafkan dia. Hati terluka pasti akan sembuh. Biarlah seikhlas hati. Maaf memaafi.

Tuhanku…. ketika hati menangis, hanya kau saja yang tahu.Tuhanku…. Ketika mereka meninggalkan aku sendiri. Ketika dunia tiada simpati. Kau tetap mendengar rintihanku.PadaMu tempatku menagih kasih.Ketenangan kurasa mendekatiMu. Syahdu malam tak terasa sunyi Tuhanku…. Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan. Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar erti kematangan. Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan pada mereka yang pernah melupakanku Tuhanku…. Ketika aku buntu Kau berikan aku kekuatan. Kau tunjukkan aku jalan Kau. Tak biarkan aku sendirian Tuhanku…. Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira. Syukurku melangit pun tak tercapai. Sungguh aku merasa berdosa kerana dulu sering lalai. Semoga penyesalanku Kau terima.

CINTA takkan cair di musim panas.. Takkan beku di musim dingin… Takkan luluh di musim gugur… Namun akan senantiasa berbunga seperti di musim semi… Jalan menuju cinta itu tidak selamanya lurus.. Ada takungan yang bernama KEGAGALAN.. Lingkaran yang bernama KEBINGUNGAN. . Tanjakan yang bernama GODAAN.. Lampu Merah yang bernama KEJANGGALAN. . Lampu Kuning yang bernama PERDEBATAN.. Kadang bisa juga mengalami kemalangan yang bernama PERSELINGKUHAN. Tetapi bila kita memiliki belon udara keselamatan yang bernama KESABARAN… maka akan dapat insurans yang bernama IMAN.. Asalkan kita mengemudi dengan modal KEPERCAYAAN. . Mudah-mudahan akan sampai ketujuan yang bernama CINTA SEJATI..

Kasih..... sungguh hati ini ingin merindumu.Jiwa ini ingin mengingatmu.Namun tak kuasa aku untuk mengungkapnya. Cintaku,..... entah dimana kau kini dan entah siapakah engkau.Apakah jua kau merinduku? Gelisahkah kau untuk mengingatku.Tapi mungkin kau pun malu untuk ungkapkan kepadaku. Duhai belahan jiwaku.... mampukah kau untuk saling menjaga hati yang terkoyak oleh rindu.Bilakah kau datang untuk menjemputku bertemu dalam satu ikatan cinta nan suci.Untuk saling ungkapkan rindu yang terpendam.

Selamat Tinggal.... Cinta.Hati ini terasa sunyi tanpa nafas cintamu.Hidup ini sepi tanpa senyuman darimu. Diri ini senyap tanpa jiwa kasih mu. Ruang hatiku gelap tanpa arah untuk melangkah. Cinta....Mengapa semua harus terjadi. Mengapa disaat terang dunia kalbuku kau berlalu.Kau tinggalkan sepenggal dusta dalam rasa. Cinta...Aku hanya mampu memeluk rasa. Memeluk mimpi senja yng kelabu.Meniti harapan fajar kelana. Cinta....Kau buat aku tak yakin untuk bertepi. Kau beri aku segenggam luka.Mengapa cahaya pelangi menjadi api.Selamat jalan cinta.. Selamat berbahagia di atas luka ku.. Biarkan kata merangkai hati serupa darah dibalik tirai..

Semakin terang nama indah tentangmu yang menghantui jalan mimpi tidurku.Bertambah panjang cerita mimpiku mengisi sepinya tidurku meski dalam bayang malamku…. memaniskan rasa pahit darimu mewujudkan harapan diduniaku.Semakin lama ku berkelana di tidurku bersama bayang dirimu, semakin melekat hati ini, di nama dirimu.Sampai bilapun ku harus begini.Ku sanggup tinggalkan dunia.Ku terlelap dalam dunia ini bersamamu yang menemani mimpiku...

Kita bertemu di bangku kayu sepi. Yang temani cuma mimpi. Bersama cenggengnya hati. Rumput masih berembun harapan. Jernih berkilau bagai mutiara. Fajar bakal menerpa. Menghambat embun harapan pergi. Ku laung pada awan "Halang mentari menjelma!". Biar nyanyian ayam jantan mengajak sang mentari berdansa Di bangku pertemuan itu. Ku labuhkan episod suka. Menunggu musim duka. Kunjung ke hati yang dipersia. Pada pintu-pintu hati yang berduka.Senyum kelat sang penjaga. Sabarlah wahai hat.i Kalau jodoh tak kemana!

Ada saatnya kita terluka, lalu melangkah pergi, tak menoleh lagi. Sampai saatnya, kembali, kita kutip kenangan pada cebis luka-luka. Inilah saat, kita akan mengerti, luka mengajar kita jalan pulang.

Bagaimana keinginan ingin dipenuhi, jika hajatnya tidak pernah ada yang sebenar. Bagaimana mungkin ada, jika tiada itu, tidak nampak, bagaimana mungkin tiada, jika yang ada masih kelam, bagaimana kepastian akan tercapai, pabila semua bagai nirwana mimpi indah, yang hancur terlerai tatkala angin membawa angan pergi, dan kenyataan menyapa kembali .Dirimu muncul bak angin lalu.Aku mengayam rasa dengan bisikanmu.Ku perjudikan hati untuk cintamu.Ku relakan hati menerima rasa itu.Berbunga mekar dihati.Tapi sayang.Aku yang kedua.Diriku memendam rasa.Korbankan segala.Ku lepaskan dirimu agar kamu dan dia bahagia.Kebenarannya aku bukan kedua.Apa sebenarnya? Kau menduga aku .Kini bagaimana? Apa aku harus lakukan? Kejamnya aku!! Zalimnya aku!! Hatiku merintih pedih menahan rasa.

Menyembunyikan derita.Ku pohon maaf darimu kasih.Adakah peluang kedua buat ku? Bodohnya aku mengambil jalan ini kasih.. Aku amat menyayangimu.Kembali pada ku.Ku pinta peluang darimu tapi tiada.Ego dirimu membunuhku.Tiada lagi rayuan dariku.Cuma berdiam diri memberi ruang buatmu.Cukup sampai disini.Tinggallah memorabilia buat ku tentang aku, kamu... pada cinta hampa.

Jauh ku tenung langit malam tanpa bintang berkerdipan.Bulan kesunyian tanpa teman.Sama seperti aku yang kesedihan dan keperitan tidak dapat ku luahkan.Tak pernah ku ketahui sahihnya hidupku penuh rintihan.Linangan air mata peneman hidup.Aku pelayar lautan air mata mencari pelabuhan hati yang menerima tapi aku karam kerana aku berhenti berharap untuk tiba ke pelabuhan.Karamlah pelayaran di lautan air mata.Tiada bahagia.

Saya ada kawan. Dia memang baik. Rumah dia atas awan. Besar gila dan cantik. Saya suka dia. Dia juga suka saya. Walaupun saya bukan orang kaya. Kami bersama ditemani ceria. Kami bermain layang-layang. Kami mengejar bayang-bayang. Macam cerita dayang-dayang. Tapi sayang. Hidup kami bukan wayang. Pagi semalam dia datang. Bersama seekor binatang. Binatang jahat berhidung belang. Dia kata nak pergi terbang. Saya cuba halang. Nasib saya malang. Dia terus pergi dan hilang…

Kala purnama mengambang. Saat hatiku mengembang. Terkenang kau seorang. Hati ku pedih kerna terkenang. Cintaku yang gersang. Kala mentari menari. Aku setia tak terperi. Mendendang lagu si pari-pari. Tatkala mataku tiada seri. Kerana kau pergi sehari. Gersang. Aku tak bilang. Kerna hatiku gundah. Kau hilang. Bukti sepasang gelang. Tak mahu dipalang. Cinta yang gersang. Aku tak mahu dipasang. Pada jolokan yang malang si gadis gersang. Mengharap cinta tak dibilang. Dari dia di sana...

Perlahan kelopak matanya menutup pandangan selepas ia tambatkan sejuta tangisan dengan airmata di lorong kecewa demi kenangan yang kian mendatang seperti mengharap waktunya kan berulang membelai perasaan ini.Hanya dia seorang wanita yang ku cintai kerana diri ku rasa sempurna walau hakikatnya terlalu berbeza.Hanya dia seorang wanita yang ku puja kerana diri ku rasa bahagia walau hakikatnya aku menderita kerna dia.Aku kian sengsara kerna diriku kan ke sana walau hakikatnya tidak ku pinta.Ia bagaikan seorang pujangga.Meratap kasihan nasib si penagih cinta.Menggigit geram sandiwara wanita.Mengeluh kesal di ambang senja.Hanya kasihnya melembutkan jiwa.Walau tersemat dendam yang membara pada wanita.Permainan dunia.

Siang-siang aku berkicau riang.Melompat-lompat.Senang hati berbunga sayang.Kicau-kicau hatiku rayau melihatnya sasau malam jadi igau malam-malam.Aku tenggelam hilang.Terdiam tahan luka terdalam.

Tuhan,beritahu aku sampai bila. Sampai bila harus aku begini. Meratapi dan menyalahkan diri. Sedang orang lain mampu bangun,berdiri dan berlari. Tuhan, beritahu aku sampai bila. Sampai bila harus aku begini. Menanggung sakit yang tiada lagi ubatnya. Cuma tinggal kecacatan yang tak siapa pun sanggup terima. Tuhan, beritahu aku sampai bila. Sampai bila harus aku begini. Melalui segalanya sendiri...

Malam ini sepi.Menghanyutkan aku ke alam yang paling gelap.Lebih gelap dari malam ini.Sunyi alam ini tidak sesunyi hatiku yang duduknya tiada yang tahu.Bintang yang terhias di dada langit.Aneh sungguh rasanya bila sepi.Bila sunyi datang temani aku dalam dingin malam ini.

Kelmarin aku mencuri lihat pelangi itu indah. Aku tahu, kau tahu aku mencintaimu.Kerana itu kau diam dan aku terus tergamam. Warna-warni dirimu pelangi, terbias, mengenai diri.Merembes dan mencorakkan satu lukisan di dalam hati. Terkial-kial aku cuba memadamnya.Tapi aku gagal .Kau gunakan pena untuk melukis di hatiku.Sekaligus, meninggalkan bekas di sini,di hatiku semalam.Kau melambai tanda menoktahi.Tanda cukup sampai di sini.Aku mengerti.Aku tertawa geli hati.Hati kecewa pelangi pergi...

Apakah nasib ini.. selalu di landa musibah.. musibah yang datang tanpa diundang.. oh nasib.. apakah daya diri ini.. hanya mampu melihat... tapi tidak mampu untuk mengubah.. apakah daya diri yang malang ini.. aku tidak mampu... tidak..

Patah hati menjeruk rasa. Terlerai cinta rapuh hatinya. Cinta Ilahi. Cinta syurga. Cinta dibawa ke akhirat jua. Patah hati tak sapa menduga. Hancur cinta tak dipinta. Hilang kasih hilanglah jiwa. Kecamuk hati apa kesudahannya.Patah hati membawa derita. Terlerai kasih membawa sengsara. Hilang pedoman cinta terluka. Hancur kasih sepi hatinya. Patah hati mengundang duka. Merana jiwa meratah sengsara. Kubawa hati mengubat luka. Moga ketemu penawar lara. Patah hati membalut rasa. Meruntun hati kian sengsara. Jiwa bergolak badan terseksa. Tak tertahan lagi menanggung akibatnya.Patah hati membawa derita. Jiwa resah menanggung lara. Kecamuk akal merosak rasa. Kecamuk jiwa mati hatinya. Patah hati berlinangan air mata. Meruntun jiwa memalit durjana. Hilang kasih. Hilang cinta. Hilang pedoman buruk akibatnya...

Dulu awak pernah berkata. Sesuatu yang manis. Yang bikin saya di puncak kayangan. Namun... Tak tinggi mana pun saya terbang. Akhirnya jatuh ke bumi yang melukakan. Mungkin saya yang salah. Bermimpi di siang hari. Berpaut pada yang tak peduli. Mungkin saya yang salah. Menganyam impian sendiri. Berharap pada yang tak sudi. Mungkin... saya yang salah!

Sekian lama mencari.Mencari erti sayang yang dah lama terbuang.Mencari erti rindu yang tercalar.Mencari makna sebuah hubungan.Semuanya tiada erti semenjak kau berlalu.Mentari tidak lagi secerah dulu.Tidak lagi menghangatkan.Bulan juga tidak lagi secantik dulu.Semua itu semenjak kau tiada...

Malam dingin menyentuh hingga palung jiwa. Tinggal suara binatang malam dan detak jam terus berputar. Seiring berjalannya waktu. Sunyinya malam ini membuatku terjaga. Terlintas khayalan-khayalan. Tiada wujud nyata. Kudengar suara belalang bersuka ria. Di tengah dinginnya malam. Sungguh malam yang sunyi untuk ku lalui. Ditemani suara binatang kecil. Dengan suara khasnya. Mendayu mengiringi malam ku. Yang terjaga sendiri. Tanpa teman berbagi. Disini kutuliskan puisi. Pengisi hati. Dimana aku sendiri. Di atas permukaan bumi .Yang terus berganti hari.

Di dasar relung jiwaku. Bergema nyanyian tanpa kata, sebuah lagu yang bernafas di dalam benih hatiku. Yang tiada dicairkan oleh tinta di atas lembar kulit.Ia meneguk rasa kasihku dalam jubah yg nipis kainnya, dan mengalirkan sayang. Namun bukan menyentuh bibirku. Betapa dapat aku mendesahkannya? Aku bimbang dia mungkin berbaur dengan kerajaan fana. Kepada siapa aku akan menyanyikannya? Dia tersimpan dalam relung sukmaku. Kerana aku risau, dia akan terhempas. Di telinga pendengaran yang keras. Pabila kutatap penglihatan batinku. Nampak di dalamnya bayangan dari bayangannya. Dan pabila kusentuh hujung jemariku. Terasa getaran kehadirannya. Perilaku tanganku saksi bisu kehadirannya. Bagai danau tenang yang memantulkan cahaya bintang-bintang bergemerlapan. Air mataku menandai sendu. Bagai titik-titik embun syahdu. Yang membongkarkan rahsia mawar layu. Lagu itu digubah oleh renungan. Dan dikumandangkan oleh kesunyian. Dan disingkiri oleh kebisingan.Dan dilipat oleh kebenaran. Dan diulang-ulang oleh mimpi dan bayangan. Dan difahami oleh cinta. Dan disembunyikan oleh kesedaran siang. Dan dinyanyikan oleh sukma malam. Lagu itu lagu kasih sayang. Gerangan ‘Cain’ atau ‘Esau’ manakah yang mampu membawakannya berkumandang?

Nyanyian itu lebih semerbak wangi daripada melati. Suara manakah yang dapat menangkapnya? Kidung itu tersembunyi bagai rahsia perawan suci. Getar nada mana yang mampu menggoyahnya? Siapa berani menyatukan debur ombak samudra dengan kicau bening burung malam? Siapa yang berani membandingkan deru alam. Dengan desah bayi yang nyenyak di buaian? Siapa berani memecah sunyi dan lantang menuturkan bisikan sanubari. Yang hanya terungkap oleh hati? Insan mana yang berani melagukan kidung suci Tuhan?

Maaf kan diriku sayang.Bila diriku bersalah terhadap dirimu sayang.Tiada maksudku untuk melukai hatimu sayang.Tiada keinginanku untuk mengganggu pikiranmu sayang.Tiada kemahuanku untuk meninggalkanmu sayang.Tiada niatku untuk mengecewakanmu sayang.Tiada tujuanku untuk menjerumuskanmu sayang.Tiada terlintas dipikiranku untuk membuat mu malu sayang.

Setiap luka yang menetis darah.Alirnya jadi tinta hikmah.Jadi diri kita.Jeritan meradang mengasah kelopak nurani. Kalau saja….biar ia tak mencari sesiapa yang melukai.Luka adalah cinta yang bersinar muram.Luka adalah semangat yang terhalang.Luka adalah cita-cita yang meredup.Luka adalah titik-titik tak terisi.Syukurkan ada luka di kita kerananya ada akan terus menjadi.

Semoga luka-luka ini cepat sembuh.Semoga rasa perih cepat reda.Agar wajah ini terasa bersih menatapMu.Agar hati ini terasa basah mengeja Mupada warna senja yang begitu ungu di ujung langit.Kutitipkan selembar luas mendung yang pernah kulukis dengan tinta hitam, suram bagai getah lekat, erat melekati kulit batang-batang pohon dari patahan dahan dan daun-daun dari ranting pepohonan atau seperti pekatnya cairan malam.Menitis pada kain sebentang.Membentuk gambar-gambar rumit.Bercorak khayalan,.Senja yang ungu.Bagaimana aku bisa memintamu menempa warna-warni lukisan.Kusedar tinta-tinta itu terlalu pekat.Sedang gambar-gambar itu terlanjur lekat.Semoga luka-luka ini cepat sirna. Semoga rasa perih ini cepat lega.Agar hati ini mampu merunduk.Agar hati ini mampu bertawadu’.

Sengaja kubiarkan kenangan lalu terus membelai rasaku kerana ia adalah penambah mimpi-mimpi nan usang.Kubiarkan pula ilusiku mendera khayal agar seribu dendam mencinta tak lagi meronta dalam angan.Pancaran yang kukira matahari namun ternyata ha...nyalah bias pelangi dari setitis embun indah.Namun hanya sesaat dan perlahan lenyap dikebiruan cakerawala nan luas.Mahligai indah yang pernah tercipta walau sesaat akan kuukir serta abadikan di dinding hati dan jiwaku.Meski kusedar jika segala kenangan itu tak mungkin dapat terulang kembali hingga ke hujung masa.Kenangan biarlah menjadi memori dalam catatan sejarah perjalanan hidupku.Semoga ia pula yang akan menjadi cambuk untuk menggapai kembali rasa yang pernah tercicir di tepian cinta yang berkurung.Rindu yang terbatas waktu akan kuhadang pada setiap rasa yang meronta dari bilik kalbuku agar keindahan yang tercampak tetap bersemayam dan bertahta di istana sanubariku.

Kusisir malam dalam kesunyian, dikehampaan kelam kurentangkan kedua tangan, mencuba rebah di peraduan nan sepi. Di langit kamarku, samar kutangkap bayang seraut wajah yang dulu warnai hari-hariku bersama cinta dan kasih terindah.Namun masa ceria itu kini telah pudar, terusung bersama keranda cinta matiku. Kasih…… berjuta harap diderma kudus do’aku, disana engkau telah tunai bahagia abadi… malam ini aku teramat merindukanmu… rindu yang sampai membuat jasadku sukar untuk berdiri tegar.Kuingin jumpa dengan dirimu meski itu hanya sebatas dalam bunga tidurku… Hanya keindahanmu yang kutemui kini disebalik cinta kita yang luruh menjadi serpih puing-puing.Takdir tak dapat dihindari.Saat ini pun ku tak tahu bahagiakah aku dengan mahligaiku…?! Nyatanya bagiku semua tampak suram dan beku, menangis dalam lara nan pilu.Sungguh ku tak ingin tambatkan hati ini pada dermaga manapun… kerana disini coretan namamu setia menghiasi lembar hatiku… biarlah…. biarlah kulalui hidup ini keseorangan, menepi direlung takdir Illahi dalam mimpi aku sendiri… bias cinta kasih ini masih terang menyala untukmu, meskipun engkau telah jauh pergi….

Tiap kali rindu menghinggapi benak fikirku, seperti rengkuhan temaram malam yang menyusup kebilik-bilik terkunci.Hanya namamu yang kuteriakkan kuat-kuat, walau habis suara ini menjerit, walau tenggorokan kian kering berkerak.Aku tahu engkau hanyalah buah mimpiku, kerananya aku titipkan rindu abadi untukmu.Kurangkul erat bayangmu, karena dirimu bukanlah milikku.Aku rela menggugurkan air mata demi melihat engkau tersenyum bahagia, kerana kutahu senyummu untuk diriku walau nyatanya engkau bercanda dengan yang lain.Walau aku tak bisa menjagamu, namun hatiku akan tetap dan selalu terjaga untukmu, rindu yang aku punya abadi untukmu, kuukir indah dengan namamu diceruk hatiku.Disini… aku akan terus menanti sampai datang fauna berganti dan biarpun terbujur tulangku ini, kerana inilah keindahan rinduku untukmu walau mungkin tak dapat engkau rasakan sendiri.

Kumiliki sepenggal cinta yg tak mungkin jadi nyata. Dan sebuah rindu yang hanya mungkin aku sendiri yang mengerti. Kerana dirimu tak mungkin ku miliki… Seakan penantian yang tak berhujung… Ku tempuh jalan hidupku sambil berjanji dalam hati untuk selalu menyayangimu. Meski bayangmu selalu hadir dalam angan dan mimpiku. Kucuba untuk mengerti bahawa masa ini adalah masa yang tak bertepi. Dan kini….aku jatuh cinta lagi. Bila kau baca coretan ini. Jujur aku sangat merindukanmu. Walau tak pantas untukku berharap tentangmu. Kerana kau bukan milikku.Terlalu berat rasa rindu yang ada… Tapi ini adalah realiti… Dan aku hanya bisa berucap..... "Aku sangat mencintaimu…."


Rindu pula...........

Rindu ..
rindu pada sebuah senyuman
walau senyum itu bukan untukku ...
pada suara
yang sememangnya cuma sekali itu kedengaran,
rancak dalam perbualan

Rindu ..
walau aku sahaja yang merasakan
bagai kapal yang berlabuh di pelabuhan
tanpa mahu belayar lagi
rinduku berlabuh sarat, terbenam di dalam hati.........

Sedikit renungan setelah sunyi beberapa hari kebelakangan ini..............

Wahai hati bersabarlah…
Wahai jiwa janganlah engkau lengah…
Wahai diri janganlah engkau lupa…
bahwa ada ALLAH yang sentiasa menemani setiap langkah..


ALLAH tak pernah hampakan hambanya.
ALLAH tak pernah tinggalkan hambanya
yang sedang dalam kesusahan.
ALLAH tak akan pernah mengeluh
kerana asyik dengar rintihan kita..
sesungguhnya ALLAH sentiasa ada bersama kita..

Jangan pernah berputus asa dari rahmatNya yang Maha Esa.
Jangan pernah lupa ujian adalah nikmat dunia...

Jika ada diantara kita yang sekarang ini diuji dengan apa jua ujian sekalipun,
ingatlah, ALLAH ada bersama kita.
Hadapilah halangan itu dengan sebaiknya.
Halangan itu antara tujuannya adalah untuk menjadikan diri kita lebih hebat.
Andai seluruh dunia berpakat menjatuhkan kita,
jika tanpa izin dari ALLAH,
pakatan itu tidak akan ada kesannya buat kita.
Bersabarlah~

renungkanlah

Imam al-Tirmizi membahagikan hati kepada 6 kategori.

1.Hati yg hidup ialah hati yg penuh dgn iman
2.Hati yg mati ialah hati yg kufur kpd ALLAH
3.Hati yg sihat ialah hati yg taat pada ALLAH
4.Hati yg sakit ialah hati yg dipenuhi dgn maksiat
5.Hati yg terjaga ialah hati yg ingat ALLAH.
6.Hati yg tertidur ialah hati yg lalai


lalu hati kita dimana agaknya yer...

Tuesday 5 February 2013

Boleh dan pasti...........

Jiwa yang kosong selalu tercari-cari untuk diisi dengan kasih-sayang... harapan...mahupun semangat...

Namun, ketahuilah kadang-kadang apa yang datang pada adik-adik bukan seperti adik-adik harapkan...

Yang ada cuma kekecewaan...kesedihan...dan kesepian...

Harapan yang masih ada...

Semoga hari ini...kesabaran dan ketenangan menerangi sinar kehidupan adik-adik

Azimat pengubat luka semalam....

Hari ini adalah lebih baik daripada semalam.....

Hari esok lagilah bertambah cemerlang daripada hari ini....

Adik-adik akan rasa lebih bahagia bila adik-adik sentiasa melihat kelemahan adik-adik...berubah menjadi yang terbaik...bukan mencari kelemahan..kekurangan diri orang lain jadikan sebagai iktibar...

Mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim dan senyuman manis....katakan pada diri adik-adik...kita semua baik...kita kuat...kita pandai...kita boleh buat semua ini...dan bertindaklah sekarang !!!

Di mana kita yang dulu?

Kadang kala kita berasa tidak selesa dengan keadaan kita sekarang. Kita kurang puas dan tiada rasa kasih dan sayang terhadap keadaan ini.

Kita mendambarkan sebuah tempat yang selesa,yang mampu memberikan kenikmatan  dalam diri kita dan memuaskan hati kita....

Kita mengimpikan tempat yang sebegitu rupa dan membayangkan betapa kita akan kasih dan sayang sangat kepada tempat yang kita impikan itu jika dapat memperolehinya kelak....

Tapi itulah sebenarnya yang kita rasa tatkala kita belum merasai keadaan kita sekarang.Dulu kita rasa kita pasti kasih dan sayang terhadap keadaan dan tempat yang kita berada ini....
Dulu kita mendambakan kepuasan yang kita kecapi kini....

Tapi kenapa kini kita merungut dan mengeluh terhadap keadaan kita sekarang?Ke mana hilangnya sayang kita pada tempat yang kita jejak kini?

Sesungguhnya kita tidak ada rasa syukur terhadap apa yang kita telah kecapi dan miliki ini.....

Walaupun kita letih,kita penat dan kita rasa bebanan yang berat sekarang.....namun ingatlah,kita sendiri yang inginkan keadaan ini satu masa dulu kerana pada masa itu kita cuma sayangkan kecantikan dan kesenangan pada keadaan ini sahaja tanpa memikirkan kesusahan dan rintangan yang bakal dihadapi di tempat tersebut...........


Sebenarnya in cuma ingatan untuk adik-adik...............

SEBENARNYA...................

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu...

BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu...

BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu...

BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu...

BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu...

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu...

MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu...

MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu...

MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu...

MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu...

Masihkah lagi tidak bersyukur?


Sunday 3 February 2013

Sayang.........




Sekali air sungai melimpah,sekali pasirnya pun berubah,itulah falsafah yg menjadi ikutan dan juga bualan,tapi bagi ku pula berbeza,sungai mengalir tetap berliku,yg berubah cuma adalah pasir saja penghujungnya muaraHati ingin berbicara,hati ingin merasai,nikmat cinta yang sering diperkata,tetapi sebaliknya tiada terlaksana.. ...dahan yg patah tiada bersambung lagi,hati ku pasrah,dalam mencari mimpi,getar hati ku serta kepayahan ku,hanya kau saja sudi memahaminya. ...setia ku kini hanya satu,dan kasih ku bukanlah beribu,biar bercerai badan jasad atau pun nyawa aku tetap setia...Abang tetap akan setia pada sayang..Sayang tetap di hati abang sampai bila-bila..thanks 4 everything Sayang..i luv u so much...u complete me..

DUHAI HATI KU..........

Duhai hati 
tenanglah dikau
Mengapa masih mengeluh 
Terimalah kekecewaanmu 
dengan penuh keredhaan
sesungguhnya Allah menyukai 
jiwa hamba-Nya yang sentiasa tenang.

duhai hati 
tenanglah dikau
mengapa mesti kecewa
mengapa mesti bersedih
mengapa mesti mengalah
ingatlah, 
di sebalik kegagalan akan ada kejayaan
di sebalik kejayaan akan ada kegagalan
di sebalik kehidupan 
akan ada pahit manisnya

duhai hati
tenangkan hatimu
berusahalah menerima kegagalan
kerana di sebalik yang tersirat
Tuhan sudah tetapkan hikmahnya
Usah menangis
Usah tangisi kegagalanmu

Duhai hati,
Sabarkanlah hatimu
Tabahkanlah hatimu
Carilah pengajaran di sebalik kekusaman itu
Carilah yang tersirat di sebalik yang tersurat
Dan
Carilah hikmah di sebalik kegagalanmu
Ingatlah
Bahawa tidak semuanya apa yang kita inginkan
Akan menjadi kenyataan
Juga
Tidak semua apa yang kita miliki
Akan kekal bersama kita
Jadilah hamba-Nya yang sentiasa bersyukur
Dengan nikmat yang Dia berikan
Belajarlah menerima Qada Dan Qadar
Yang sudah tersimpan di Luh Mahfuz

Belajarlah menghadapi kekalahan
Duhai hati!!

Saturday 2 February 2013

Hebat!

Abang tidak terus MENEGUR jika adik-adik abang membuat SILAP
Jika semua yang abang kehendaki terus abang MILIKI, dari mana abang belajar IKHLAS

Jika semua yang
abang impikan segera TERJADI, dari mana abang belajar SABAR


Jika setiap doa
abang terus DIKABULKAN , bagaimana abang dapat belajar IKHTIAR

Seorang yang dekat dengan TUHAN, bukan bererti tidak ada air mata


Seorang yang TAAT pada TUHAN, bukan bererti tidak ada KEKURANGAN


Seorang yang TEKUN berdoa, bukan bererti tidak ada masa masa SUKAR


Biarlah TUHAN yang menentukan sepenuhnya atas hidup
abang


Kerana TUHAN TAHU yang tepat untuk memberikan yang TERBAIK


Ketika kerja
abang tidak dihargai


Maka saat itu abang sedang belajar tentang KETULUSAN


Ketika usaha 
abang dinilai tidak penting, maka saat itu abang sedang belajar KEIKHLASAN


Ketika hati
abang terluka sangat dalam


Maka saat itu abang sedang belajar tentang MEMAAFKAN


Ketika
abang lelah dan kecewa


Maka saat itu abang sedang belajar tentang KESUNGGUHAN


Ketika
abang merasa sepi dan sendiri


Maka saat itu abang sedang belajar tentang KETABAHAN


Ketika
abang harus membayar sesuatu yang sebenarnya tidak perlu abang tanggung


Maka saat itu abang sedang belajar tentang PEMURAH


Tetap semangat….


Tetap sabar….


Tetap tersenyum…..


Kerana
abang sedang menimba ilmu di UNIVERSITI KEHIDUPAN..
 
TUHAN letakkan
abang di “tempat abang” yang sekarang, bukan kerana “KEBETULAN”…… 


Orang yang HEBAT tidak dihasilkan melalui kemudahan, kesenangan, dan kebahagiaan.


 MEREKA dibentuk melalui KESUKARAN, TENTANGAN & AIR MATA

WANITA DAN ABANG.........



"WANITA SELALU MENGEMBALIKAN YANG LEBIH UNTUK LELAKI."
JIKA KAMU MEMBERINYA RUMAH, MAKA DIA AKAN MEMBERI KAN KAMU KEHANGATAN DALAM RUMAHMU.
JIKA KAMU MEMBERINYA BERAS, DIA AKAN MENGEMBALIKAN NASI UNTUKMU.
JIKA KAMU MEMBERINYA CINTA, DIA AKAN MEMBERIMU PENGABDIAN SEUMUR HIDUPNYA.

TAPI JIKA KAU MEMBERINYA HINAAN, IA AKAN MEMBERIMU DOA DALAM AIRMATA KEPEDIHANNYA, DAN ITU BERERTI PERSIAPKAN LAH DIRI KAMU UTK SEGALA KEMUNGKINAN!"

JIKA DAHULU KAMU BERDOA DAN YAKIN BAHAWA DIALAH TULANG RUSUK KAMU, MAKA TERIMALAH DIA BUKAN SEBAGAI WANITA YANG SEMPURNA, MELAINKAN SEBAGAI WANITA YANG TERBAIK DARI TUHAN UNTUK KAMU.
BUKANLAH DIA YANG TIDAK PERNAH MEMBUAT KESALAHAN, TETAPI DIA YANG SELALU BERKATA MAAF UNTUK SETIAP KESALAHANYA DAN DIA YANG MEMPUNYAI SEJUTA MAAF UNTUK KESALAHAN KAMU.

DIA YANG MENERIMA MASA LALU KAMU DAN YANG SIAP MERANCANGKAN MASA DEPANNYA BERSAMA KAMU.
DIA YANG SELALU CEMAS DAN RUNSING KETIKA KAMU LEWAT PULANG.

JIKA DULU SIFAT MANJANYA MEMBUAT KAMU TERTAWA RIANG, CEMBURUNYA BERERTI SAYANG , AIRMATANYA YANG MENYAYAT HATIMU, TAPI SEKARANG SEMUANYA ITU JADI ALASAN KAMU MELEPASKANNYA, MAKA RENUNGKANLAH KEMBALI PERBUATAN KAMU!

"MENGAPA WANITA TERCIPTA DARI TULANG RUSUK LELAKI,, BUKAN DARI TULANG KEPALA, KERANA WANITA BUKAN UNTUK MEMIMPIN LELAKI,, BUKAN DARI TULANG KAKI, KERANA WANITA BUKAN ALAS KAKI LELAKI,, WANITA TERCIPTA DARI TULANG RUSUK LELAKI KERANA DEKAT DENGAN HATI, AGAR WANITA MENJADI PENDAMPING, PENJAGA HATI.

KERANA WANITA AKAN TERLELAP DALAM DAKAPAN LELAKI. KERANA WANITA TAHU DARI SANA DIA BERASAL. SEMOGA BERMANFAAT BUAT KITA SEMUA BAIK BAGI SEORANG LELAKI MAUPUN WANITA.......
 INI BUKAN AWEK ATAU GADIS YE ADIK-ADIK....NI SALAH SEORANG ADIK LELAKI ABANG HAS SEMASA PROGRAM DIJALANKAN OLEH ABANG HAS.....BELIAU TELAH DIHIASKAN SEBEGINI RUPA OLEH AHLI KUMPULANNYA DALAM SATU AKTIVITI YANG DIANJURKAN OLEH PIHAK RESORT.........